Saya pelawa Qaisara naik Poney, dia tak mahu. Takut kata dia, setahu saya dia bukan jenis penakut begitu. Mungkin baru bangun tidur agaknya.
Semalam saya ke Bagan Lalang, pantai yang 14 kilometer daripada bandar Sepang. Aduh..saya terlupa atau sebenarnya saya tidak tahu smlm ada F1 di litar Sepang. Kami bertolak dari rumah jam 2.30 petang. Masuk sahaja jalan ke LCCT, kami terperangkap dalam jam yang sangat teruk dan amat malang sekali, kami yang berada di sebelah kanan jalan tidak dibenarkan masuk ke simpang jalan ke Sepang.
"U turn..sebelah sana, U turn.."
Arah polis traffik. Suami sudah marah-marah, cari-cari jalan untuk U turn masih tidak jumpa, jadi sampailah kami ke LCTT, bila mahu Ke Kuala Lumpur semula. Polis suruh pula kami masuk semula mengikut ke jalan KLIA. Bengang sungguh kami. Saya hanya diam sahaja, tapi suami sudah marah-marah dan tiba di KLIA dia cuba masuk semula ke Bandar Sepang. Terperangkap lagi..hampir 3 jam di perjalanan. Tapi sempat lagi melihat daripada atas bukit, perlumbaan F1 itu. Suami ajak lepak lama sikit tapi saya malas. Pening kepala saya tengok kereta dipandu laju begitu dengan bunyi yang sungguh bising. (ramai rupanya orang tengok percuma).
Saya ke Bagan lalang kononnya nak tengok2lah macam mana bagusnya Bagan Lalang yang diuar-uarkan oleh Nora. (Dia sebenarnya tak pernah pergi pun tapi dengar kawan-kawan cakap..huawahh..ha.ha). Manalah tahu NB kara nanti boleh buat family day di sana dengan para penulisnya.
Habis kisah, jam yang teramat dahsyat itu. Kami sampai ke Bagan lalang dalam pukul 6 petang. Sempatlah berjalan2 sekejap dan Qaisara minta dibelikan, alat pengorek pasir dengan baldinya. Saya pula tak bawa baju renang untuk dia. Jadi saya pakaikan dia panties sahaja. Namun komen Qaisara terpaksa saya akui.
'Umi kenapa kotor. Kotornya umi.." Qaisara tak habis-habis mengomel, kata pantainya kotor. Mungkin banyak pantai dia pergi, dia tidak pernah jumpa pantai sekotor itu. (selalu pantai kami di Tanjung Bidara dan PDla).

Kasihan Qaisara baru main 5 minit, petir sudah berdentum dan hujan turun dengan selebat-lebatnya. Terpaksala kami bungkus dan masuk ke dalam kereta.
Kami singgah makan di salah sebuah restoran yang dikatakan sedap, murah di Bagan Lalang ini. Hasilnya. Setengah kilo sotong di masak bertepung, seekor ikan jenahak (tak besar manapun), sayur kailan, nasi kosong dan air milo satu dan 2 air kosong. Harganya RM70.

Ini ikan dan sotong, dengan air kosong dan juga nasi kosong harga RM70. Rasanya, mgkn lebih sedap saya masak kot..
Aduh...cekik darah sungguh. Saya yang selalu makan ikan bakar di bandar Melaka, terkejut sungguh dengan harga tersebut. Baru sahaja saya makan ikan bakar dengan suami dan adik ipar. Dua ekor ikan jenahak, ikan cencaru, nasi lemak, air 100plus 4, dalam RM60 sahaja..
Aduh..Nora, Lily.! Kita carilah tempat lain untuk berkelah dan makan-makan nanti!
Aduh..Nora, Lily.! Kita carilah tempat lain untuk berkelah dan makan-makan nanti!
9 comments:
salam kak yati
pantainyer kotor? adakah kerana pasirnya hitam..!?
tak tahu pulak saya mahal juga makanan di situ.. huhuuuhh, macam tak berbaloi. ikut citer kawan2 macam best ajer.. tapi kakyong tak pernah lagi sampai situ...
Kak Yati.. Pantai Yang Kotor..Or Air yang Keruh? Kalau air yang keruh..biasanya sebab dasar laut tu tanah selut..Kalau pantai PD..Dasarnya berpasir.. Sebab tu airnya jernih
Kakak ipar saya ada rumah weeknd kat situ. Selalu gak buat bbq. Tp sy x pernah ke pantainya. Tengok dari jauh pun mcm x terpikat.hehe
ha!ha! kita dah sengih-sengih baca ni! mahalnya tu.... yg penting pantai tak cantik.. huwaahuwaaa.. pantai angan-angan nora musnah!
tak per, byk tempat lain kan kak yati. alah, kat melaka pun best apa!
akak, kalau nak pantai yg putih bersih kena pergi pulau2 kat Trgnu, pasti Qaisara terpegun. Tapi pantai Batu Buruk atau Tanjung Jara juga bersih cuma ombaknya saje yg tak menentu. ida mmg pernah sampai ke pantai BL, so mmg jauh beza ngan pantai Trgn. Pernah juga makan seafood kat sana tapi dh 5 tahun berlalu jd mungkin harganya pun dh jauh berubah (mahal)...
kesian akak... mmg tak berbaloi, dh lah merempuh jam!
Kak yong & lady Arween
kotor sebab sampah dibuang merata-rata lalat bercempiaran sana sini, nak duduk pun geli rasanya.mcm tak ada orang yang bersihkan pantai tu...ada sesetengah pantai..ada orang yang menjaga dan membersihkan sepanjang masa, tong sampah pun tak cukup
Ain..indah khabar dari rupa, rupanya nak buat camana..
Lily, sian nora..tak apa..nanti kita cari bunglow dekat PD kalau ada, semua penulis NB boleh berkumpulkan..
Ida..
akak batu buruk ada beberapa kali pergi, tapi nak lepak2 ramai2 macam tak bestla pula..udahlah tu..jauhnya..ha.ha, cari di PD aje atau dipengkalan balak pantai dia bersih
Kak Yati,
Bercakap tentang bagan lalang saya tak pernah tahu pun ada laut berdekatan Sepang. Haha. Begitu teruja saya melihat ada laut di Selangor. Hihi. Saya sangat suka tempat tu, kalau Goldcoast Sepang tu dah buka teringin juga nak memanja-manjakan diri di sana. Huhu. Tapi satu perkara yang kurang enak, makanan di restoran seafood di sana sangat mahal. Saya pun pernah 'terkena' juga. Memang cekik darah betul!.
Post a Comment