Aduh. Kepala saya sakit, hati saya pedih. Mungkin pedih dan sakit lagi orang-orang yang berada di dalam rumah hospis itu. Saya tidak tahu sama ada saya berjaya menghabiskannya. Kalau tidak berjaya..ianya sejarah bagi saya dan kalau berjaya saya tahu saya akan berjaya mengatasi rasa sakit dalam diri saya..
Sedikit apa yang sudah saya lakaran. Tidak tahulah apa pandangan pembaca.
“Aku akan terkurung dalam kegelapan. Kalau kau, kau mahu terkurung dalam kegelapanan?”
“Kematian seperti kamar mandi..”
Sofea berkata perlahan. Sejak menerima berita kematian Alfian, dia sering membaca. Bahkan banyak perkara yang dipelajarinya tentang kematian.
“Kau jangan nak merepek. Kematian bukan macam kamar mandi. Kematian menakutkan, when life ends, the mistery of life begins…”
Tun Mustapha sudah berkerut-kerut dahinya. Sofea berpandangan dengan Muaz
“Kita takut dengan kematian kerana tidak memahami makna kematian. Cuba Tun bayangkan, andai tubuh kita dilumuri kekotoran sehingga kita berasa tidak enak dan merasakan kepedihan dalam seluruh tubuh kita. Lalu kita bersihkan di kamar mandi, sehingga kita berasa bebas dari kotoran dan rasa sakit itu. Dalam keadaan demikian, apa yang hendak kita lakukan: Ingin membersihkan diri dari kotoran itu atau enggan mandi dan senang dalam keadaan kotor”
“Kau boleh bercakap, mungkin kau orang yang baik-baik. Kau boleh membersihkan diri kau kerana kau berasa kau akan di terima oleh ALLAH…”
Tun Mustapha memang seorang yang degil. Tidak akan menerima pendapat orang begitu sahaja. Namun entah mengapa, Sofea seperti dicabar dengan kedegilan tersebut.
“Serahkan diri pada ALLAH Tun, kematian bukan kita menentukan. ALLAH tentukan. Kasih sayang ALLAH pada Tun ada di mana-mana sahaja. ALLAH maha mendengar, berbisik dan merayulah pada dia. Kesakitan itu bukan tanda Tun akan mati, mungkin dugaan tuhan. Kasih sayang ALLAH pada Tun…”
8 comments:
kalau cerita ini nanti membawa kesedaran dn kebaikan kpd pembacanya, teruskan menghabiskannya. Insyallah saya sentiasa akan menyokong novel akak.
Salam yati.....
Akak sentiasa memberi sokongan pada yati.Novel-novel yati tidak pernah menghampakan malah byk memberi kesedaran dan nasihat.
please finish it, kak...
salam yati...
ibujunes sentiasa menyokong...truskan...
salam kak NB, mengingati mati tu adalah sunat kan..jadi tak salah kalau kak nak ketengahkan kisah pasal kematian dalam novel kak kali ni sebab kalau pembaca membacanya boleh mengingatkan diri kepada mati dan perkara tu adalah sunat..sebenarnya tak ramai yg mengetahui kebaikan mengingati mati, antaranya ialah mendekatkan kita kepada Allah dan ramai jugak yg sebenarnya tak suka bercakap tentang mati..tapi intan suka jugak kalau ingat2 pasal mati ni..hehe..sekurang2nya taklah terleka dengan dunia.
Salam kak, sesekali lari daripada kebiasaan apa salahnya. Mungkin boleh melihat sisi Kak Yati yang berbeza. Nik sudiiiii buat book review untuk akak hehehe!
teruskan je kak... pastinya sesuatu yg berbeza itu bakal mmberi kesan yg berbeza jua...
insyaallah kami semua sentiasa menyokong akak....
tp jgnlah selalu sakit kepala.. nanti susah pulak NB Kara...
Take care yea kak...
saya salute tul novelis2 ...sbb saya x pandai penulisan kreatif ni...idea asyik tersangkut jer...bakat semulajadi yang Allah anugerah, bkn semua org memilikinya!
Post a Comment