Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 10, 2011

CUBALAH

Oh..memory card saya hilang. Memory card yang penuh dengan gambar saya ketika berada di Paris dan Belgium. Rasanya ada dalam 1,500 keping gambar. Jenuhlah saya mencarinya. Dan apabila saya meletakkan di FB, macam-macam pendapatlah yang diberi oleh kawan -kawan saya termasuk seseorang yang suruh membaca satu ayat. Kemudian Ros Mawar, inbox saya dan membetulkan ayat yang seorang pembaca suruh saya baca itu. Kata Ros ayat yang sebetulnya ayat tersebut,


 Allahumma yassir wa laa tu'assir (Ya Allah, permudahkan, jangan susahkan). 




Saya baca ayat itu berkali-kali dan saya cakap dengan diri saya, saya harus yakin walau kadangkala hati mengatakan. Iya ke tidak ayat ni? Yelah kita manusia biasakan.
Semalam saya terpandangkan satu mangkuk di atas meja saya. Mangkuk itu penuh dengan barangan kecil yang bibik letak bila berkemas atas meja tulis saya.
Hati tergerak mencarinya dan nah...syukur Alhamdulilah. Memory card itu ada di dalamnya dan saya jumpa lagi satu memory card yang sudah saya lupakan.
Syukur Alhamdulilah.
Terima kasih pada teman-teman terutamanya Ros Mawar yang memberi ayat tersebut. Pada pembaca yang kehilangan barang. Bolehlah mencubanya.




Antara gambar yang ada di dalamnya.

Gambar ini sangat saya suka....

Di Disney Paris..masa ini Qaisara baru baik demam..


Apa yang dibelek dua beranak nikan? Ha ha ha..sama aje perangainya..



4 comments:

Mama Nazhan said...

TERIMA KASIH KAK YATI.... amat2 berguna ni :)

Nor Azlina Yusof said...

Ada teman ajar Aween guna ayat nie masa nervous nak present paper, niat minta dipermudahkan. Alhamdulillah, presentation Aween dipermudahkan. Org tak tanya soalan yang susah2.

Unknown said...

ayat ini juga berguna jika kita nak cari tempat parking ke..juga jika kita dalam keadaan terikat. Tambah sikit lagi'Watammimbilkhair.Ya Fattah 3x'

Effah Mahat said...

Salam.
mak saya selalu baca ayat tu masa nak cari parking. hehe. mak kata ayat tu dia belajar masa ke Mekah. Ayat utk mengharung perjalanan merentas lautan manusia..

mak kata, mmg sesak jalan, tapi sentiasa berdoa dalam hati dengan ayat tu. sentiasa ada jalan terbuka utknya ke hajar aswad. alhamdulillah.
Allah permudahkan. Allah Maha pemberi rezeki.

salam ukhwah.

Effa