Tidak tahu kenapa saya suka panggil Qaisara, mak cik Teta sejak akhir-akhir ini.
Kalau dia tahu, mesti dia marah saya.
Dia pernah cakap, kenapa panggil dia mak cik Teta.
Kak Kham pun tak suka dipanggil aunti atau mak cik.
Suruh panggil kakak sahaja.
Teta pula kena panggil mak cik..ha ha..(ambik kau Kham).
Tinggalkan perihal memanggil Qaisara dengan panggilan mak cik Teta.
Kita cerita pasal cita-cita dia
Saya tanya Qaisara, apa cita-cita dia.
Qaisara diam sejenak..
"Umi Teta sebenarnya suka jadi macam umi, duit banyak..(AMIN...ha ha), selalu jalan-jalan. Tapi..."
"Tapi apa sayang?"
Saya melihat Qaisara mengelengkan kepalanya.
"Teta tengok, umi pagi kerja, petang kerja, malam kerja, tengah malam pun kerja.."
"Aik, mana Qaisara tahu.." tanya saya.
"Yelah, Teta bangun pagi umi depan komputer, Teta balik sekolah umi depan komputer, Teta bangun tengah malam nak pergi bilik air, umi depan komputer. Huhh..huh..asyik kerja, kerja, kerja. Teta tak jadilah, nak jadi penulis macam umi. Terukkkk.."
Ha ha ha ha..
"Abis Teta nak jadi apa?"
"Teta nak jadi cikgu?"
'Kenapa nak jadi cikgu?"
"Alah..cikgu pukul 12 dah balik.."
Ha ha ha..pandai aje si Tetakan? Macam kerja cikgu tu tak teruk...Dia melihat cikgu kelas dia, memanglah balik pukul 12, kalau cikgu sekolah lain?
Rasanya kalau dia tengok Mak Ngah dia yang mengajar menengah atas
Kadangkala hari Sabtu pun bersekolah, cuti sekolah pun masih berada di sekolah..
Pasti dia akan cakap nanti..
"Tak jadilah, nak jadi cikgu umi..Terukkkkk..".
4 comments:
salam Kyatie..bdk2 mmg selalu camtu..kjp2 nk jadi doktor..jap2 nk jadi pilot..hihi
Selamat menjalani ibadah puasa kpd K.yatie sekluarga.
salam Kyatie..bdk2 mmg selalu camtu..kjp2 nk jadi doktor..jap2 nk jadi pilot..hihi
Selamat menjalani ibadah puasa kpd K.yatie sekluarga.
lama dah x jenguk sini..rinfu nak dgr kisah teta...salam ramadan kak yati
hehe ade2 aje makcik Teta ni..jadi macam makcik Tini lah..siang bekeja malam bejaga hehehe :D
Post a Comment