Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 18, 2011

TERATAK RAHMAT

Syukur Alhamdulilah, kami selamat sampai ke Teratak Rahmat di Mata Ayer Perlis pada jam 6 petang pada hari Sabtu. Kedatangan kami sudah ditunggu oleh Ustaz Ramzan yang membawa rambongan kami melawat Teratak tersebut. Teratak yang memuatkan lebih kurang 35 anak-anak yatim, lelaki dan perempuan. Serta mempunyai pekerja lebih kurang 9 orang. Termasuk warden lelaki dan perempuan.

Mak cik Teta sangat bersopan santun. Mendengar penerangan dari ustaz Ramzan dengan tekun dan tidak bergerak-gerak.


Ustaz Ramzan sedang menerangkan perjalanan Teratak Rahmat. Banyak yang diceritakan termasuk susah payah mahu membangunkan Teratak Rahmat ini.

Ahli rambongan kami bersama penghuni Teratak Rahmat.

Di tengah-tengah itu adalah Mak Wan (memakai tudung purple) salah seorang kaki tangan Teratak ini. Beliau dahulu bekerja tetapi sejak bersara kerap datang ke Teratak ini menyumbangkan tenaga.


Pengerusi Teratak Rahmat, Cikgu Osman sedang memberikan ucapan ringkasnya.

Ahli kelab kembara sedang mengeluarkan goodies untuk dibahagikan kepada penghuni rumah.

Sumbangan disampaikan oleh Bendahari Program Kembara Ukwah kepada Cikgu Osman.

Kami kemudian dibawa melawat Teratak ini. Ini adalah rumah di mana kasut penghuni di letakkan di sini. Saya sangat suka dengan sistem di Teratak ini.

Sebahagian daripada kayu dan bahan terbuang yang didermakan kepada orang ramai. Kayu-kayu ini dijangka akan digunakan untuk membuat perpustakaan nanti.


Semasa menunggu berbuka puasa, kami dihidangkan dengan persembahan silat ini. Saya tak berani melihat sebab melibatkan senjata (penakut sungguhkan? ) ha ha ha


Begitu tekun Pak Seyit melihat persembahan ini..


Tukang masak Teratak Rahmat sedang menyediakan makanan untuk moreh.

Chef yang didatangkan khas dengar-dengarnya.

Ustaz yang bukan sahaja berkebolehan dalam masak memasak tetapi banyak ilmu di dada. Beliau mengajar anak-anak muda makan kaca, menjilat besi panas dan juga silat.  Rupanya makan kaca ini mudah sahaja. Tidak perlukan kekuatan batin tetapi sedikit teknik dari tindakan kimia melalui air liur yang akan mencairkan kaca tersebut. Masya-ALLAH. Barulah saya tahu...

Sempat bersolat jemaah maghrib, isyak dan juga terawikh.


Selepas berbuka kami dibawa melawat ke asrama anak-anak yatim ini. Ini asrama anak lelaki.

Asrama anak perempuan. Saya suka konsep di sini, di mana anak-anak perempuan diberi ruang belajar yang agak besar memandangkan aurat yang perlu dijaga. Jadi ruang yang besar itu membolehkan anak-anak perempuan membuat pelbagai aktiviti.


Bergambar sebelum berpisah dengan harapan di tahun hadapan atau beberapa bulan lagi kami dapat menjalankan lagi kerja-kerja kebajikan seperti ini. Insya-ALLAH. Sangat sedih rasanya untuk berpisah dengan sahabat-sahabat yang sangat sporting dan tidak banyak kerenah. Harap-harap kumpulan ini dapat dikekalkan. AMIN..


Sempat ke Wang Kelian. Punyalah panas! Mengugat iman sungguh. Ahaks..ha ha

Kepada para pembaca yang telah menderma. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Sumbangan anda telah kami sampaikan dengan sebaik mungkin. Bahkan ada yang meminta majlis tahlil diadakan telah kami tunaikan di Ummu Sofia. Ampun dan maaf jika ada kesilapan yang secara tidak sengaja telah saya dan ahli kembara ukwah telah lakukan. Moga-moga sedekah dan amal bakti kita tidak terhenti di sini. Insya-ALLAH ada beberapa rancangan di dalam kepala saya untuk melakukan beberapa kerja masyarakat. Saya berdoa ALLAH izinkan. AMIN. Terima kasih sekali lagi sahabat-sahabat saya. Budi anak semua tidak saya lupakan. Sayang anda semua!


6 comments:

yatie chomeyl said...

kalau tahun depan ada projek ni lagi, dan kalau yatie dah balik malaysia mas atu..leh la join trip akak jugak :)

GREENJADE said...

comel jek makcik teta punya 'ONE' tu..hehehe

pngalaman yg sgt manis & sgt2 terkesan di hati. InsyaAllah jika dipanjangkan umur mau join lg walopun bkn di bln Ramadhan.. :)

idasm said...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagusnya usaha murni spt ini. Byk ganjarannya insyaallah.

Leeza said...

salam kak...alhamdulilah. lega rasa hati sebab hasrat nak bantu mereka telah tertunai. Kita tak tahu jika kita tak turun ke dunia mereka. Saya suka juga dengan sistem di TR , nampak kemas dan teratur. InsyaAllah usaha ini kita teruskan masa akan datang dan berharap lebih ramai akan turut terlibat samada dari segi langsung atayu tak langsung.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie insya-ALLAH boleh sahaja, tetapi kena berkorban sedikit wang ringgit dan tenaga untuk program ini..

Tinie tak menyesal ikutkan, akak tengah fikir program apa yang perlu kita buat selepas inikan?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..betul, rasanya nak balik ke rumah itu semula dan bagi motivasi pada anak-anak di sana..

Za..insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH, kau boleh ikut sekali nanti AMIN