Malam tadi saya sedang menulis di meja sambil makan aiskrim berkongsi dengan Qaisara. Qaisara bertanya saya.
"Umi, umi menulis ya.."
"Ya sayang.."
"Umi tulis apa?"
"Tulis pasal hidup Qaisara, kisah kawan-kawan, kisah orang lain."
Qaisara diam sambil menjilat aiskrimnya, saya perasan lama dia melihat skrin komputer saya.
'Umi masa Teta tadika 4 tahunkan (tahun lepas), ramai kawan-kawan Teta tak suka Teta kenapa ya?"
'Aik betul ke Qaisara?"
Seingat saya tahun lepas Qaisara memang selalu menangis mahu pergi sekolah. Tidak begitu gembira walau gurunya amat baik dengan dia. Sekarang dia bersekolah di tempat lain setiap hari akan pulang dengan cerita yang mengembirakan. Setiap kali mengambil dia dari sekolah, dia akan melambai kawan-kawannya bagai nak tercabut tangan. ha haha
"Yelah, ada tu Teta tak kacau pun dia orang main, nampak aje Teta dia orang cakap kau tak boleh main. Hey..Teta tengok ajelah. Bukan Teta nak main pun.."
Cerita Qaisara sambil panjang bibirnya bercerita. Memang dahulu saya masih ingat Qaisara sering bersungut mengenai kawan-kawan yang mengatakan dia tak cantik, rambut rosak, mengambil pen warnanya dsbnya.
'Tak apalah Qaisara, dia orang cemburu dengan Qaisara agaknya.."
"Kenapa nak cemburu pula?"
"Sebab Teta putih dari dia orang kot?" (jawapan umi yang malas berfikir).
"Kulit kawan-kawan Teta tu macam kulit umi aje, apa nak cemburu pulak. Tak fahamlah umi"
'Tapi kawan-kawan sekarang okaykan?"
Tanya saya. Qaisara menganggukkan kepalanya.
"Okay sangat umi, mereka selalu kata Teta putih. Selalu bagi Teta gula-gula, tapi cikgu tak bagi dah bawa gula-gula pergi sekolah."
Ya..jika dibandingkan sekolah lama dengan sekolah baru. Anak-anak bersekolah baru mempunyai ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan tinggi dibandingkan sekolah lama. Yelah yuran sekolah baru pun dalam RM300+. Anak-anak bersekolah lama kebanyakkan berpendapatan rendah dan sederhana dan ibu mereka ramainya suri rumah. Tetapi kenapa anak-anak jadi begini? Apakah satu perubahan sudah berlaku, orang yang kurang berharta sudah malas mengajar mengenai nilai dengan anak-anaknya kerana mengejar kehidupan material yang lebih baik?
aku bukan budak baik
9 months ago
2 comments:
zaman sekarang semua kerja harta kak yati hingga anak2 pun lupa nk diajar nilai2 murni. ye la anak2 kan mudah ikut apa yang ada di sekelilingya ....
suri rumah berada dalam tekanan hidup yang terlampau sampai nak mendidik anak jadi tekanan dan bebanan secara tidak langsung. wallahualam.
suri rumah tanpa berbuat apa kerja, yakni tidak ada pendapatan sendiri, selalunya mengajar anak dengan cara 'agresif' hasil tindak balas 'kelemahan' diri yang ada.
entah..agaknya. hehek. suri rumah banyak cabaran dan dugaan walaupun sekadar duduk di dalam rumah berbanding suri rumah yang bekerja dan mmg yang berkerjaya. kot.
faktor masalah dalaman menyebabkan mereka terajar dan terdidik anak yang sama mentalitinya dengan suri rumah tadi.
Post a Comment