Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 4, 2011

BEBELAN RAMADHAN..

Bulan puasa ni perut kita menjadi kecil..
Hari pertama saya berbuka tanpa suami. Suami ketika itu  berada di dalam perut kapal terbang pulang ke Malaysia.
Saya buat, bubur kacang, onde-onde, mee bandung, ikan masak kari dan nasi. Masak untuk sahur sekali.
Natijahnya walau bubur kacang sudah diagihkan kepada jiran, mee bandung dan ikan juga diberi kepada pekerja saya. Semuanya masih ada untuk disimpan hari kedua.

Hari kedua, saya masak ayam sambal bawang. Rebus semula nasib himpit yang ada di dalam peti ais yang ada sebelum berpuasa.
Suami makan, bukan main suka lagi dia
Tapi saya makan mee bandung hari pertama.. Panaskan onde-onde semalam.
Ayam masih ada pada hari ketiga..

Hari ketiga saya masak mee kari sahaja. Itu pun sudah diagihkan. Bubur kacang hari pertama masih ada. Suami pula berbuka puasa dengan kawan-kawannya. Biasalah orang Turki ni, kawan-kawan cukup penting bagi mereka (jangan cakap saya kecil hati, saya tak kisah pun sebenarnya..he he).

Bila bulan puasa semua makanan, walau saya buat sangat limitasi. Tetapi hairan tak pernah yang habis. Macam semalam masak mee kari. Bibik makan semangkuk, saya semangkuk. Tinggalah lagi dalam periuk itu.

Balik solat terawikh
Badan sudah penat. Dapat pula pergi surau yang pak imamnya sangat perlahan dan membaca surah sampai satu -dua muka. Sampai Qaisara pun tak larat nak mengikut dan terbaring sahaja. Syukur budak besar tapi umur kecil itu tak merayau dan melompat sana sini macam kanak-kanak lain di rumah ALLAH.

Ini agaknya kelebihan bulan puasa
Semua menjadi kecil..
Perut menjadi kecil
Masa pun macam kecil sahaja tak cukup cukup..
Macam semua benda nak buat..
nak solat banyak-banyak
nak mengaji sampai 2-3 kali khatam
Seronok sangat..sangat..

Hairannya bulan lain tidak pula terasa macam tukan..
Bulan lain, makan main sumbat aje..
Dapat mengaji 5 lembar pun dah syukur..
Bila dengar azan, malas-malas aje bangun pergi solat..
(saya bercakap pasal sayalah).he he..

Kenapa ya?
Agaknya syaitan diikat bulan puasa ini..

Hmm..inilah kuasa ALLAH
Dia ikat syaitan sebulan, mahu tengok tanpa syaitan
Dapatkan kita berlawan dengan nafsu kita sendiri....
Nafsu yang kadangkala lebih kuat dan gagah dari syaitan..
dan sebenarnya nafsu itulah yang lebih bahaya...
dari segala hantu dan syaitan....

Buktinya...
ramai juga tak berpuasa
ramai juga tak bersolat
ramai juga yang masih ke pusat hiburan..
walau di bulan puasa..




4 comments:

Affieza said...

Semua berebut2 nk beramal di bulan ramadhan ni tp dptkah kita mnewaskan hawa nafsu???

GREENJADE said...

ye la kak hari2 ade aje lauk / kuih2 kemarin2 yg x abis2 walopon dh bkongsi dgn jiran2..nkd buang syg..so transform aje lah jd menu lain.

stuju tang bab bulan lain mcm kisah x kisah tu..pon happend kat diri sy gak uhuhu

moga lps Ramadhan pun still bterusan keghairahan kita utk beribadah pd-Nya. :)

Zana S said...

setuju kak! rezeki dah dikongsi masih berbaki. syukur... walaupun penat, masih mampu berkejar nak tambah pahala sunat.. :)

Unknown said...

suka dgn n3 kak ni..

Alamdulillah, berkongsi juadah & ALlah lapangkan segalanya utk kak.