Memang saya tak sangka Qaisara akan berpuasa. Bagi saya umur 5 tahun biarlah dia belajar puasa perlahan-lahan secara berperingkat. Mula-mula dia berpuasa sampai pukul 1. Kemudian sudah menangis mahu susu.
Sebagai kanak-kanak yang banyak bergantung dengan susu
Saya tahu agak sukar untuk dia meneruskan puasanya
Tetapi beberapa hari yang lalu, entah dari mana dia mendapat semangat.
Balik dari sekolah sahaja dia beritahu saya dia tak mahu makan.
"Teta puasa umi. Nanti dapat pahala.."
Wahhh..iye ke ni? Mimpi apa pula si Qaisara.
Pukul 3, dia masih lagi nampak ceria.
Pukul 4, masih melompat-lompat.
Pukul 5 dia seperti sudah hilang watt..tinggal beberapa kilowatt sahaja. Ha ha ha
"Umi Teta sakit kepala.."
Lantas bibik tampalkan koyok di kepalanya.
Dia tidur, sampai pukul 7.
Bila bangun dia merengek, perut lapar dan kepala sakit.
Suami mendukung dia sambil menenangkannya.
Saya pula yang sekejap-sekejap melihat dinding.
Alhamdulilah..
Bila berbuka puasa, dia terus minum susu dan nampak riang..
Qaisara dan Karina.
Alhamdulilah dia sudah berpuasa penuh selama 3 hari. Untuk budak berusia 5 tahun, saya rasa sudah cukup membanggakan bagi saya.
Yelah saya dahulu pun puasa masa usia 7 tahun.
Wajah ceria Teta selepas berbuka..
Semalam kami tiba di Melaka.
Sebelum balik Melaka dengan bibik, suami yang akan menyusul kemudian memberi amaran pada saya.
"Jangan biarkan Qaisara berpuasa. Dia musafir. Dia kena makan."
Ha ha suami memang sangat tidak setuju anaknya berpuasa terlalu awal.
Katanya saya crazy nak seksa anak kesayangan dia
Yelah budaya orang Turki, selagi tidak baligh, sekali itulah kanak-kanak tidak berpuasa.
Bila berada di kampung
Dia melompat tak ingat dunia, bermain tengah panas.
Natijahnya pukul 4 sudah mengadu terlalu lapar
Kasihan saya melihatnya, terus bagi susu...
apatah lagi bila teringat mata suami mencerlung memandang saya
dan teringat kata-kata dia.
"Kalau anak I mati.. taulah you.."
Ha ha ha ha
6 comments:
Salam kak, bagus betul qaisara. Mahu dia puasa penuh. Bukan senang tu sb dia kecik lg kan. Ayat pak seyit yg last tu.. X bleh blah.. Hehe..
tahniah pada akak sekeluarga dan khasnya qaisara... bukan mudah untuk anak kecil berpuasa. Kena kuat semangat. Tapi teta ni saya lihat tiada paksaan puasa kepada dia.. alhamdulillah. Lama-lama nanti biasalah. Semoga tahun depan dia dapat puasa penuh sebulan.
-- Lynn Sakura
hahahaha....bapak dia siap warning lagi tu....
tapi baguslah teta...kecik2 dah boleh puasa.
beberapa tahun lepas saya jumpa seorg budak umur lima tahun yg berpuasa penuh sebulan...anak org taman ni jugak...kagum.dah la tahun tu bulan puasa musim panas.
alehai gigih nye dak comel ni bposa..elok jek x meragam..sy dulu umo 6 thn br pulun belajar pose hehe
erkkk terpana sebentar dgn the last sentence tuh ..wah amaran keras tuh hehehe
sy pn usia 5thun dh brpuasa.6thun tggl sehari je..ingt lg tggl pon sbb termkn.hehe.
sygnye hubby akak kt anak dia ye..siap dberi amaran keras lg tuh.hehe
takpe kak..semangat dia yg kita hendak tu!
Tahniah makcik, puasa elok2 ye...nnti dpt pahala :)
Post a Comment