Semasa saya dalam perjalanan pulang ke Melaka dua hari lepas. Saya berceritalah dengan suami, mengenai keresahan seorang sahabat yang ayahnya bercinta dengan seorang remaja yang berusia awal 20an. Sedangkan si ayah sudah lebih berusia 70 tahun.
"Alah honey, kadangkala perasaan orang lelaki sahaja. Sedangkan remaja tu menganggap orang tua tu ayah mereka. Saya ada satu cerita.."
Saya memang suka kalau suami sudah bercerita. Beliau banyak cerita.
"Cerita apa.."
"Dulu masa saya buka kedai di Turki. Di sebelah kedai saya, ada sebuah kedai menjual karpet. Tuan punya kedai itu sudah tua. Berusia dalam lingkungan 80 tahun. Kemudian pada satu cuti musim panas, ada seorang remaja berusia 18 tahun, bekerja di situ. Dia masih belajar lagi. Tujuan dia bekerja, itu mempelajari bahasa Inggeris. Memandangkan kedai kami itu adalah tempat tumpuan pelancong.."
Cerita suami sambil memandu dengan tenang.
"Kemudian apa yang terjadi?"
"Remaja itu seorang yang sangat rajin dan baik hati. Kadangkala saya tengok dia membantu tuan punya kedai karpet itu berjalan, memandangkan dia memakai tongkat dan tidak begitu kuat. Satu hari saya tengok dia menangis di bawah pokok di hadapan kedai saya. Saya hampiri dia dan tanya, kenapa kau menangis?"
"Orang tua itu menangis?"
"Bukanlah honey, budak perempuan 18 tahun itu menangis.." suami menjelaskan.
"Oh..jadi apa jawapan budak perempuan itu?"
Saya bertanya sangat teruja mahu tahu cerita selanjutnya.
"Kata budak perempuan tu, saya anggap dia sebagai bapa atau datuk saya. Saya tolong pimpin dia dan kadangkala belikan dia makanan sebab saya kasihan, dia sangat tua. Tapi pagi ini bila saya masuk bekerja. Dia beritahu saya, dia mahu kahwin dengan saya. Dia akan beri saya banyak duit. Mana boleh! Saya baru berusia 18 tahun tetapi dia 80 tahun. Dia macam atuk saya.."
Ha ha ha saya sudah ketawa dan suami juga.
"Jadi apa yang awak cakap dengan budak itu?"
"Saya suruh dia berhenti kerja dan saya hantar dia pulang ke rumah. Bagi saya orang lelaki ini kadangkala salah menafsir, terutama kalau dah berumur. Budak perempuan baik dengan dia, dia fikir budak perempuan nakkan dia. Mungkin kerana perasaan sunyi.."
"Habis apa yang terjadi dengan jiran awak tu? Mesti merana ya kerana budak perempuan itu tidak bekerja lagi dengan dia?"
Tanya saya. Menarik cerita ini fikir saya.
"Entahlah, tetapi beberapa minggu kemudian dia meninggal kerana sakit jantung.."
Balas suami sambil tersenyum-senyum. Apa yang disenyumkan entahlah. Dalam hati berkata, agaknya lelaki ini kecewa kerana cinta ditolak? Wawahuallam. Tetapi mati hidup itu semuanya di tangan ALLAHkan?
aku bukan budak baik
9 months ago
6 comments:
salam K.Yati...bestnya dpt HB yg rajen bercerita.Syian llaki tua tue..cintanya ditolak TP mana mungkin gadis berusia 18 tahun mahu berkahwing dgn org tua berusia 80 tahun!
Kak Yati,
Tak semua orang perempuan muda berfikiran macam tu. Ada sesetengah tu, sanggup ambil suami orang sampai rumahtangga lelaki itu berkecai dan keluarga berpecah.
Salam Kak Yati,
Saya first time jenguk blog kak yati dan maaf saya ingatkan blog siapa rupanya blog penulis terkenal :). Kak Yati, saya tidak sengaja jumpa blog ni setelah sibuk mencari lebih banyak info pasal orang turki yang kahwin dengan org M'sia.
Kalau boleh di entri yang akan datang, nak mintak k.yati cerita lebih byk lagi berkenaan dengan org turki, budaya hidup dia dan mcm mana pengalaman kahwin dengan orang turki.
Saya nak tahu lebih lanjut sebab saya ingin mendirikan rumah tangga dengan orang turki setelah 3 tahun berkawan.
Tapi saya tak pernah tahu secara detail budaya orang turki. Kalau Kak Yati berkelapangan dan ada feel nk buat entri pasal turki, amatlah saya hargai.
Terima kasih.
P/S: Teta tu comel sangat :)mesti besar nanti ramai peminat :)
tak berpernah lagi jumpa kes si dara muda nak kahwin dgn yg berumur lebih 70an.. mungkin ada kot.. WA..
singgah sini, rindu kat kak yatie
Betul jgak tu, org lelaki ada kalanya cepat perasan... Hehe..
sokong2...org lelaki mmg cepat perasan.
Post a Comment