Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 15, 2011

KEMBARA UKWAH KE UTARA BERMULA..

Syukur Alhamdulilah, rasa gembira kerana program Ukwah kami ke Utara sudah selesai dengan jayanya. Program yang kami rancangan secara kecilan dan hanya melibatkan beberapa orang sahabat saya sudah selesai dengan amat berjaya. Langsung tidak ada halangan dan dipermudahkan perjalanan kami. Bahkan kami sangat seronok bersama anak-anak yatim Ummu Sofea dan juga Teratak Rahmat.

Perjalanan di mula dengan kami berkumpul di Jalan Duta pada jam 11 pagi. Ada 5 buah kereta semuanya dengan perjalanan di pandu oleh Iskandar yang sebelah kiri sekali. ada tokoh seperti Yang Berhormat itu..ha ha). Kumpulan kecil kami dianggotai oleh saya suami isteri, Teta dan bibik, Kusyi Hirdan suami isteri, Anita suaminya Naziq, Tini Anuar bersama mak bondanya, Kak Bedah (kalau orang tengok macam adik dengan kakak). Khamisah, Aween, pembantu saya Suraya dan Rose(mereka bujang trang trang lagi). Liza Bujang tidak dapat turut serta kerana terpaksa menjaga emaknya yang agak uzur. Perjalanan hari pertama kami menuju ke rumah anak yatim Ummu Sofea.

Alhamdulilah pada jam 2 tengah hari kami selamat sampai dengan jayanya.. Semua rasa teruja mahu berjumpa dengan anak-anak yatim ini. Kami disambut oleh Puan Faridah suami isteri. Tuan punya rumah anak Yatim Ummu Sofia

Bergambar selepas bersolat asar, adik yang bertudung biru dan merah ini adalah adik beradik. Mereka sedang berkomplot sedang membaca sepucuk surat dan saya terpa mereka.Ha a ha ha...

Malamnya kami berbuka dengan makanan yang sudah disediakan. Macam-macam juadah ada tetapi saya sangat suka dengan ikan belanak masin yang sangat sedap..syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH berikan pada kami.

Rambongan kami bermesra dengan anak-anak yatim Ummu Sofea. Anak yang berbadan besar ini baru 2 bulan berada di rumah ini. Ayahnya meninggal tahun lepas kerana menghidap sakit gout.


Sumbangan duit raya dari pengerusi kumpulan ukwan Aween untuk anak-anak yatim ini.

Sedikit sumbangan dari kami kepada Puan Faridah. Walau kami mensasarkan sumbangan 2k kepada setiap rumah tetapi syukur Alhamdulilah, ianya bertambah di saat akhir.

Qaisara yang cepat mesra dengan penghuni rumah ini. Tapi malamnya anak saya terkena hama ulat bulu sehingga badannya bengkak dan matanya tidak boleh dibuka. Puan Faridah  kemudian mengambil garam dan air dan kemudian menyapu ke seluruh badan Qaisara, Alhamdulilah dalam masa sejam Qaisara pulih semula.

Anak-anak yatim yang gembira menerima sumbangan baju raya dari pihak kami. Sebenarnya baju kurung ini dipilih dan ditempah oleh Puan Faridah dan dibayar melalui sumbangan orang ramai dari program Kembara Ukwah ini.

Fatin yang manja dengan semua peserta program. Dia dua beradik di rumah anak yatim ini.


\
Esoknya kami dengan berat hati meninggalkan rumah anak yatim menuju ke Perlis ke destinasi kedua program kami. Tengok..ayam ini pun tak mahu kami meninggalkan Ummu Sofia. Ha ha h

Alhamdulilah ......kami meneruskan perjalanan ke Teratak Rahmat di Mata Ayer Perlis...

5 comments:

wanupeh said...

Salam sejahtera kak Norhayati Berahim,

Wah, bestnyaaaa.... ^__^
kalau boleh join, lagi best huhuhu.....
Next year kalau ada buat lagi, nak try join yaas kak yati ^__^

Leeza said...

salam kak yati...alhamdulilah semuanya selamat dan beres. sejuk hati saya melihat wajah anak-anak itu. Ya insyaAllah..semoga usaha ini dapat diteruskan lagi.

aDisH.sHidA said...

salam akak...shida x sempat nak jumpa akak kat lobi hotel putra palace petang tu....tak perasan akak sekali nampak ayahnya teta baru perasan..macam kenal...tetiba nampak teta...teruja sangat...tetapi shida tengah ada perbincangan utk kembara ramadhan dengan MAYC....so x dapat nak tegur sapa dengan akak...sedangkan duduk kerusi sebelah je kita....sediiiiiiiiiiiiiiiih

Azian Elias said...

memang seronok program macam ni..boleh merapatkan persaudaraan.

aida said...

Wah Kak Yati, pak Seyit tu amat popular lah, org x perasan Kak Yati, tapi bila tengok Pak Seyit jadi perasan pulak...hahah. PaK Seyit suka warna kuning ke kak?.