Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, August 12, 2011

KEMBARA PUN BERMULA

Selama hampir sebulan kami mengadakan kempen mengutip derma untuk anak-anak yatim di dua buah rumah anak yatim di Perak dan juga Perlis. Alhamdulilah ianya sudah sampai ke penghujung. Syukur Alhamdulilah, target kami untuk mengutip sebanyak RM11,800 mencapai matlamatnya dan kami berjaya mengumpul hampir 18,000. Saya akan letak pecahannya sekembali dari kembara ini nanti.

Kami berenam, Kusyi Hirdan suaminya Zul, Khamisah, saya, Aween dan Lizabujang giat meletakkan banner kempen di fb. Syukur ramai kawan-kawan yang menderma yang rata-ratanya tidak mahu nama mereka dipaparkan.

Proses ini walau kecil tetapi sebenarnya tidak mudah. Tugas saya sebagai bendahari memastikan wang keluar masuk dan juga pembelian barang-barang (yeahhh...saya suka). Tetapi untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan murah harus sabar dan memakan masa. Nasib adik saya Nurul yang menemani saya bershopping sabar seperti kakaknya. Ha ha ha.. Bahkan telekong yang kami pesan dari Indonesia ditahan oleh pihak kastam dan dikena tax. (tak mengapa ini saya anggap cabaran kecil).

Sampul duit khas Program Kembara Ukwah tajaan NBkara

Kami juga membuat kuih raya sendiri untuk menjimatkan wang dan syukur alhamdulilah dari bajet asal kami sebanyak RM1800 untuk kuih raya, kami dapat kurangkan sehingga tidak perlu memakai bajet dari derma orang ramai.

Derma dari orang ramai bukan sahaja merangkumi wang ringgit tetapi tuala, biskut raya, kuih muih dan sebagainya.  Walau ada suara-suara nakal yang mengelar kami 'pengemis pro' tetapi ini tidak menghalang kami dari meneruskan niat kami . Walau ada mempertikaikan kenapa kami tidak mahu menerima baju lama, tetapi harap mereka faham. Hari raya inilah anak-anak ini mahu merasa baju raya yang baru dan dipilihnya sendiri.

untuk kanak-kanak perempuan, beberapa jenis kuih raya, telekong dan tuala..

Sahabat pembaca. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda semua. Derma yang saya terima bukan sedikit, ada yang menderma sehingga RM600-500. Saya benar-benar terharu. Kami dari hati yang paling dalam, mendoakan anda supaya dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah limpah rahmat, ALLAH, ya Rahim, ya Rahman..ya Kudus..Ya Jabar..AMIN.

Untuk anak-anak lelaki..



5 comments:

aida said...

Amin. Terimakasih NB kerana memberi kita peluang utk membuat amal bersama. Semuga segala usaha mendapat balasan dari Allah subahanallah taala.

LiTtLe^m3 said...

Alhamdulillah.. dipermudahkan segala urusan hendaknya. Jangan lupa kongsikan dgn kami nnt pengalaman bersama mereka.

Leeza said...

salam kak...alhamdulilah dan sangat terharu kerana usaha ini hasil kerjasama semua rakan kita demi untuk anak-anak yatim ini. Moga mereka gembira menerima sumbangan kita semua. Saya berdebar kak untuk melihat kegembiraan anak2 yatim ini.

genuine1224 said...

tahniah utk usaha murni akak dan kwn2..moga mendapat keberkatan drNYA

Intanaziela said...

kak..meleleh leleh air mata intan baca entry ini..semoga anak2 itu gembira dgn sumbangan yg diterima, seronoknya kalau dapat join sekali...