Semalam ketika saya berkemas terperanjat saya melihat kertas ini digantung di antara dua bilik di tingkat atas rumah.
Bila saya tanya Qaisara dia tersengeh-sengeh sahaja
Kata dia bibik yang tulis, kata bibik Teta yang suruh tulis.
Ha ha ha padanlah dua-dua orang ini
Bibik cakap Teta dan Teta cakap bibik.
Saya tahu Qaisara memaksa bibik menulisnya
Bibik pun satu hal, apa yang Qaisara suruh dibuatnya.
Tetapi mesej yang cuba disampaikan oleh Qaisara ini baik..
Cuma yang tidak baiknya menyemakkan rumah sahaja..he he..
6 comments:
ahahaha...terperanjat juga za. ingatkan akak yang tulis. rupanya keje Manja. Hasil pembelajaran di sekolah diaplikasikan di rumah.
heheh comel je.. kertas pun senget2.. :D
alahai.. so cute... my gals da teenagers, lain pulak da caranya...
hehe. klasik.
mesti bibik seronok melayan kerenah teta ni kan..
seb baik conteng kat kertas..kalu conteng2 kat dinding mau bibik ngn Teta kena cuci dinding malam2 hehehe
bijak lah Teta nih..geram jek dgn alasan2 comel dia tuh :)
Post a Comment