Sudah beberapa minggu Qaisara tidur sendiri. Sejak saya tidak begitu sihat dan tidak boleh tidur di dalam bilik yang sejuk. Jadi Qaisara yang tidur dengan saya, saya pindahkan tidur bilik sendiri. Sebenarnya Qaisara lama sudah meminta tidur di biliknya sendiri. Tetapi suami saya tidak pernah yakin dengan anaknya. Takut Qaisara mahu membuang air di tengah malam, takut anaknya mengigau. Macam-macam alasanlah. Alasan orang tua beranak kecil. Ha ha..
Rupanya, semua mudah bagi Qaisara. Malam pertama selepas saya tidurkan dia, Qaisara tidur dengan nyenyak. Cuma yang tidak nyenyak saya dan suamilah. Qaisara batuk sedikit bertempiaran kami ke biliknya. Ha ha ha..Teruk sungguhkan.
Saya ubah suai sedikit bilik Qaisara. Belikan dia meja tulis. Semuanya warna sedondon. Warna pink. Cuma lampu belajar tu warna purple, pilihan Qaisara.
Kerusi berwarna pink itu hanya tinggal satu sahaja. Dijual dengan harga RM400, saya minta separuh harga. Kalau RM200 saya ambil. Tidak sangka penjual kedai sanggup. Dalam hati menyesal pulak. Kalau tahu minta RM150. Ha ha ha..
Mula-mula beli tempat penyangkut beg ini dalam hati berbolak balik. Jangan suami marah sudahlah. Tapi bila saya bawa balik dan tunjuk pada suami, suami sangat suka. Kata suami, ini pertama kali dia melihat pensil yang bukan main besar lagi. Ha ha ha..
11 comments:
Wahh..cantik perabut bilik tidur Qaisara..teringin juga nak buat macam ni untuk bilik anak saya bila dia besar sikit nanti.. :)
akak, cantiknya bilik qaisara. tp betul kak, ida pun berkenan dgn pensil besar tu. mmg cantik dan praktikal. beli kat mana kak? hehe...
cantiknya bilik teta
Zeta..haha umi dia yang terlebih-lebih excited..dari dahulu berangan nak beli itu untuk anak..nanti bila anak zeta dah besar mungkin lain pula pattern perabutnya..
Idasm, pencil tu akak beli dekat dengan kedai perabot dekat2 mid valley, kalau datang dari taman desa dia sebelah kiri, nak ke midvalley sebelah kanan. Harga dia letak RM399, ida tawarlah tau..
thanks ida..
Berkenanlah kat penyangkut beg tu. Bagus jg ada ada penyangkut tu.Anak2 ana,balik sekolah selalu letak di kerusi meja makan. Meja mkn penuh dgn brgn sekolah anak2 & brgn sekolah si abah mrk. Penat tengok meja mkn bersepah dgn beg2.Nak suggest lah kat cik abg utk bli satu.Hehee..
Salam Kak Yati,
Wahhh finkkkkkkkk.. i like heeeee^^
1st time juga tgk pencil besar tu.. tp x leh guna nak tulis. hehehehe
wah
serba pink dah kak
cantik
seronoklah qaisara dalam bilik tu
hehe
Ala.. comeinya bilik teta..
jelesnya...:D
Cantik bilik Teta, patutlah dia x kisah tdo sorang2 hehe
ish..ishh....cantiknya....
salam kak...terimakasih pada Teta dan ibubapanya kerana meninjamkan za dan Kham bilik ini untuk tidur selama 2 malam...cantik sangat bilik ini dan Teta dalam usia sekecil ini cepat berdikari.Tahniah kepada Teta.
Post a Comment