Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 16, 2011

NAIK ANGIN

Qaisara adalah anak yang cukup manja. Dimanjakan secara berlebihan oleh bibik. Kadangkala menonton telivisyen pun duduk di pangku pembantu rumah saya itu.  Bila Qaisara menjerit memanggil bibik, terkocoh-kocoh bibik datang, apa kerja yang ada ditinggalkan. Senario itu kadangkala membuat saya angin apabila satu tahap Qaisara sudah berlagak seperti 'tuan besar'.
Beberapa hari yang lepas, saya sedang berbaring di sofa menghadap telivisyen. Saya mendengar Qaisara yang tidak jauh dari saya memanggil
"Bibik! Datang sini.."
Ketika itu bibik berada di dalam biliknya.
"Qaisara, nak apa ni?" Tanya saya.
"Teta nak susulah. Bibikk...mari sini.."
Mungkin pintu ditutup jadi bibik yang berada di dalam bilik tidak mendengar.
"Boleh tak Qaisara bangun dan pergi ketuk bilik bibik.." arah saya pada Qaisara.
"Teta penatlah umi.."
"Penat apa? Teta dah tidur tiga jamkan tengahari tadi. Bangun dan pergi ketuk bilik bibik.."
 Qaisara pura-pura tidak mendengar kata-kata saya.
"Bibik, mari sinilah bibik. Bibikkkkkkkkkkkk...dengarkah tak dengar.."
Oh..angin saya sudah naik. Saya rapati Qaisara dengan telapak tangan saya saya lepek Qaisara pada punggungnya beberapa kali dengan keras dan apabila saya mahu menampar mulutnya, dia sudah menutup mulutnya sambil menangis. Mungkin terperanjat saya sudah naik angin. (am i wrong?)
"Kenapa ni, kenapa ni.."
Bibik terkocoh-kocoh keluar dari bilik apabila mendengar Qaisara menjerit dan menangis.
'Kamu jangan nak pujuk dia,, karang kamu dengan dia saya lempar keluar.."
Saya memarahi bibik. Bibik hanya terpegun. Saya lihat dia sudah menghembes-menghembes menahan tangis apabila melihat Qaisara menangis-nangis. Saya mula membebel dengan Qaisara. Saya cakap saya tak suka dengan sikap kurang ajar Qaisara.
"Kita mahu minta pertolongan orang, kitalah harus pergi pada orang itu. Bahkan kita harus cakap Bibik boleh Tolong tak, bibik boleh buatkan Teta susu tak? Qaisara ni cantik, orang banyak puji Qaisara lemah lembut dekat luar sana tetapi kenapa dengan bibik dengan umi Teta ni tak sopan.." saya sudah membebel (NB she only 5! )
Keras sungguh suara saya. Oh.saya jarang mengamuk, bila sudah mengamuk Qaisara mungkin merasakan uminya sudah jadi alien (Ha ha ha ha ketawa dalam hati)..
"Kamu pun bik, jangan terlalu manjakan Qaisara, bila panggil aje kelam kabut datang. Biar dia pergi pada kamu. Kamu kena keras sedikit. Saya tahu kamu sayangkan dia, tetapi jangan melampau.."
Bibik pun kena sekali dengan saya. Saya tahu bibik memanjakan Qaisara secara berlebihan, walau saya membenarkan dia tegas dengan Qaisara itu tidak pernah dilakukannya.
Biasanya kalau saya mengamuk saya akan pujuk Qaisara balik, tapi kali ini tidak. Saya biarkan sahaja, Qaisara merenung wajah saya takut-takut. Saya tahu dia mahu meminta maaf dari saya tetapi saya tidak mempedulikan dia.
Saya berbaring semula dan menumpukan pada telivisyen di hadapan saya. Beberapa minit kemudian Qaisara bangun mendapatkan bibik yang sudah berada di dapur dan saya dengar dia berkata.
"Bibik..boleh tolong Teta buatkan susu tak?"



18 comments:

Qhazi said...

itu la perkembangan kanak-kanak,. cepat belajar dan terus berubah apabila dapat pengajaran baru.. kita kene pantau sikit agar pelajaran baru itu kekal dalam sifat dan t/lakunye.. teta alwys cute..hehe

p/s :komen yang ptama setelah btahun mengikuti perkembangan teta..hehe

Fadhilah Maarif said...

Salam kak,

hahaha..nampaknya akak benar-benar naik angin..kalau saya anak saya akan kata "ibu dah naik hantu..."
sebab jarang pukul, tapi kalau dah pukul memang tak ingat.

Madam Casper said...

Kak Yati

Penat dgn karenah anak2..kadang2 rasa give up pun ada dah saya ni tapi bila memikirkan tu amanah Allah kena la kuat dan tabah huhuhuhuhu

ieda said...

teta anak yg cerdik.mungkin dia terikut2 dgn rancangan tv tp yg penting sekali bibik jugak kena tegas.bila bibik terlalu melayan dia akan terbawa2 dgn perangai manjanya tu.apa pun dia masih kecil & mudah dibentuk.
anak saya along pun sama.suka suruh nurul buat kerja utk dia sb adiknya tu melayan sgt.kalau jadi depan saya mmg kena sound la.

ieda said...

saya baru baca entry 'doa'...rupa2nya bibik pun manja..hehehe

Rizziela said...

Aduh..sedihnya saya bila dengar akak kata mcm tu...mesti Teta sedih tapi memang kena ajer dari kecik kan kak..nanti takut terbawa-bawa sampai besar

suerynn.adie said...

Saya suka cara kak yati didik teta... kita memang kena ajar kanak2 menghormati org lain.. penah tengok parent yg biar anak buli maid dia.. sakit ati...
anak saya kalau suara tinggi jer saya mula bg ceramah macam kak yati tadi huhuhuhu

Umie said...

waaaa....mcm takut lak dgr akak naik angin..kalu umie dah cuak dah tu..hehhee..tp teta memang anak yang bagus..cepat blajar...

Mami Booluck said...

dulu masa bujang bila tgk org manjakn anak melampau2 saya rasa jelak jgk.smpai lgsg takmau tegur kdg2 anak dah jadi agak kasar dn kurang ajar..

saya rasa teta tu cuma manja sgt,belom lagi kurang ajar..

harap2 saya boleh ajar baby saya nnt jadi anak yg baik dn sopan mcm teta yg comei tu.. ;)

marinahunny said...

pandai pulak qaisara mintak tolong last skali..hahaha

an15 said...

saya dulu kena marah sebab ayah ingat saya sengaja hempas pintu depan tetamu. Padahal angin yang tolak pintu tu, tapi lepas fikir balik betul jugak, what if our guest fikir orang tak suka dia datang rumah.

Shahrizat said...

saya suka cara akak mengajar anak.
Boleh tahan manja juga bibk tu yee..saya terbayang-bayang macammana lah rupa dia menahan sebak tu...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Qhazi betul tu, anak-anak perlu dipandu dan dipantau. Kadangkala cakap lemah lembut tak dengar, sesekali harus juga naik anginkan..

Salam Fadhilah..ha ha, memang pun tapi tak berani pukul dengan rotan, pukul dengan tapak tangan aje, penghabisan tapak tangan kita yang sakitnya..ha ha

Casper, yela casper anak ramaikan..memanglah rasa macam tukan, sudahlah tu penat bekerja. Tetapikan, kadangkala bila sesuatu yang mereka buat mengembirakan kita, hati kita pasti berbunga-bungakan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ieda memang betul pun, pembantu rumah terlalu memanjakan dia, ke bilik air pun berdukong kadangkala tu, dipeluk dicium. Memang kita suka anak kita dijaga dengan baik, tetapi kalau terlebih pun spoil jugakan. Ha ha ha bibik pun memang manja, dan dalam rumah ini semuanya manja-manja.
Ha ha ha pandai Along ya pass baton kat adik dia..

Ziela, memang kena hajar dari kecil. Esok kalau haziq dah besar pun macam tu telatahnya. Kita kena tegas kadangkala..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

sueryn..oh budak-budak kita harus tegas, jangan biarkan terlampau sangat, siapa pun manusia itu mereka harus dihormatikan..

Umie..ha ha ..naik angin sekejap aje, lepas tu si Teta dah duduk atas pangku balik..he he

Mami booluck, anak-anak kita, kitalah jadi gurunya.Qaisara ni manja tetapi tidak perlu dibiarkan sangat..dari kecil harus kita kawal dan ajarkan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

marina, dia tahu kalau dia tak cakap macam tu umi dia akan angin lagi..ha ha..

An..yelah, tapi orang tua pun kena kaji sebelum marah anak..he he..

Sharizat, bibik tu dah menangis dah pun..ha ha

Nur Farina Abdullah said...

bila baca kisah yg ini ina rasa teta dan kimi kalau di satu kan mahu huru hara bibik kut sebab perangai sama jer! ckp dgn bibik mcm dia bayar gaji bibik plak.. hahhaa

Rani Rashid said...

suka dengan cara K.Yati ajar anak :)