Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 13, 2011

KITA KURANG BERSYUKUR..

Saya suka berkebun tapi hobi ini saya tidak tinggalkan, jadi saya terpaksa pakai mask..

Hampir sebulan lebih rasanya saya sakit.
Saya tak boleh makan kecuali bubur nasi dan roti putih yang kadangkala saya celup dengan bubur cendawan. Sejak akhir-akhir ini saya boleh maka takoyaki yang tidak berminyak.
Saya tak boleh makan banyak makanan yang saya suka seperti buah-buahan.
Bertahun saya mempunyai penyakit ini. Sejak saya kecil.
Saya alahan dengan pollen, saya tidak tahan sejuk dan tidak boleh terkena debu yang keterlaluan.
Saya akan batuk terutamanya waktu malam dengan amat teruk sekali.. Ubat pun tidak boleh membuat saya melelapkan mata. Bahkan terpaksa memakai tuala wanita. Biasanya saya akan sakit dalam bulan Dec, january atau Feb.
Sepanjang sebulan lebih saya kira hanya sekali sahaja saya tidur dengan aman selama 4-5 jam
Sudah banyak doktor yang saya pergi termasuk doktor pakar.
Doktor memeriksa tekak, telinga dan juga hidung saya.
Kali terakhir saya ke doktor pakar, ubat doktor tersebut menyebab saya berguling-guling sakit perut dan cirit birit.
Bila sakit begini kadangkala kita menjadi lemas, keupayaan kita amat tersekat sekali. Tetapi perlukah saya mengeluh?
Ya..kadangkala perasaan keluh kesah itu ada.
Namun saya timbal balik apa yang telah ALLAH beri saya, saya amat bersyukur.
Saya hanya sakit sebulan dua sahaja, beberapa bulan yang lain saya sihat.
Saya tidak boleh makan sebulan dua sahaja makanan yang saya suka, tetapi bulan-bulan yang lain ALLAH berikan saya makanan dan selera yang melimpah ruah.
Bila sakit begini, kadangkala Qaisara tidak mengerti. Dia memaksa saya membuka komputer untuknya, mengajar dia mengaji, memaksa saya bermain games dengannya.
Ada ketika saya marah juga tetapi cepat saya fikirkan, saya tidak boleh melepaskan saat bersama anak walaupun saya sakit. Saya takut esok mata saya terpejam dan saya tidak dapat bermain dengan anak saya lagi.
Bila kawan tidak bertanya khabar, saya tidak marah. Bahkan saya bersyukur ada seorang dua yang masih ingat pada saya.
Walau adik beradik ada yang tidak bertanya khabar, tetapi kakak saya Mijah dan Maznah tidak putus-putus menelefon dan merasa risau dengan kesihatan saya.
Oh..kadangkala sebagai manusia saya akui saya kurang bersyukur. Saya selalu membandingkan diri saya dengan orang lain yang sihat. Kadangkala menimbulkan perasaan cemburu tetapi saya tepis sedaya mungkin.
 Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Macam sahabat saya Lizabujang yang terpaksa menjaga emaknya, pergerakannya juga terbatas. Tetapi dia reda. Sahabat saya Kusyi Hirdan juga tidak begitu sihat tetapi dia selalu bersikap positif dan optimis.
Cuma saya tetap bersyukur dan gembira. Saya ada suami yang sentiasa menyokong saya walaupun dia pernah naik  angin mengatakan doktor di Malaysia tidak bagus dan mengajak saya berubat di Turki. Ha haha. Saya mempunyai anak yang comel yang kadangkala menawarkan tenaga untuk mengurut saya walau saya tidak terasa apa-apa dengan urutannya he he. Saya mempunyai pembantu rumah yang baik yang sentiasa berada di sisi saya dan banyak membantu.
Dan saya bersyukur saya mempunyai kawan-kawan yang memberi saya harapan, mengajak saya berkelah, main bowling, ke sana ke mari walau saya tidak tahu bilakan batuk ini saya akan berakhir. Walau mungkin impian kami itu tinggal  impian, tetapi sekurang-kurangnya impian itu adalah sesuatu yang mengembirakan..

P/S saya berjaya menghadiri diri majlis perkahwinan teman saya dan bersyukur sepanjang majlis saya tidak batuk. Masuk sahaja di dalam kereta saya batuk dengan amat teruk sehingga terbuang air kecil. Sekurang-kurangnya saya gembira, saya masih boleh melakukan sesuatu...


11 comments:

Nor Azlina Yusof said...

Aween doakan semoga akak cepat sembuh..Sakit tu tanda Allah ingat dekat akak..Kalau kawan2 tak ingat kita takpa kak..Yang Penting Allah ingat kita..Semoga semuanya dipermudahkan untuk akak

honey bedazzled said...

kakak, cuba makan brand nufera, its a virgin coconut oil with peptide, it improve immune system. saya ada asthma dan lebih kurang dengan kes akak juga. cubalah. satu lagi saya cucuk flu vaccine everyear alhamdullilah never failed and it helps as well. tak banyak pun ada sedikit.cubalah ya.

Fadhilah Maarif said...

moga cepat sembh...cuba bawang putih dengan minyak kelapa tu...insya-ALLAH.

Leeza said...

semoga cepat sembuh kak...tabahkan hati.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam NB, moga sembuh..ujian Allah hanya sementara, terpulanglah pada kita utk menerima dengan redha..
Alhamdulillah..NB boleh memahami nya dan bersyukur..

yatie chomeyl said...

saya doakan akak cepat sembuh. insya Allah ujian kesakitan ini untuk menghapus dosa. semoga akak sentiasa tabah dan sentiasa sabar macam sekarang :)

dlittlekitchen said...

kami sekeluarga doakan NB cepat sembuh...

so touching article... btul kalo kita kurang bersyukur, kita gagal mengawal hati dan perasaan..

Semoga kita sentiasa didlm rahmatNYA.. insyaallah..

GREENJADE said...

owh patutlah makin kurang n3 akak lately..moga akak tabah2 selalu & kembali pulih & sihat2 ceria2 selalu mcm biasa yea.. :)

“...Allah tidak membebani seseorang (dengan ketaatan), kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya....” (Q.S. Al-Baqarah (2):78)

take care yea kak..kami semua syg akak :)

Unknown said...

kak,
saya ni dari minggu lepas nak balas mesej FB kak.. nak ebrtanya khabar kak.. harap2 kak sudah semakin sihat...

saya pun baru seminggu ni batuk2.. batuk2 sampai terkucil ler... sadis sungguh.. tp redo ajer lah, sbb memang dah lama tak batuk,,,

Rusiah_Hazri said...

siannya kak yati, ingat bc buku akak hati yg luka rasanya, kisah pasal elergi pollen...semoga tabah ya...insya allah...

SyuQ said...

mudah2an ada hikmah disebalik penyakit tu kak. mudah2an akak sabar n tabah menghadapi...