Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 8, 2011

KELAPA

Pokok kelapa memainkan peranan penting dalam masyarakat kita terutama orang melayu.
Dari daun sampai ke batang, semuanya berguna.
Daun dibuat ketupat, lidi dibuat penyapu, batangnya satu ketika dahulu dibuat jambatan.
Buahnya sudah pasti pelbagai guna..Tempurungnya boleh digunakan sebagai batok. Isinya boleh dibuat minyak, diparut dan diambil santannya. Airnya pula bukan setakat diminum tetapi mahu mencantikkan pulut kuning kita letaklah air kelapa. Mahu mencantik dan membuat kuih pau kita lembut dan berkilat pun boleh letak airnya juga.

Siapalah yang memetik kelapa dengan diawasi oleh dua orang perempuan ni? Ha ha ha.
Ojan tengah berusaha menurunkan kelapa di  kampung sambil diperhatikan oleh adik saya Nurul dan uminya,

Sebenarnya bukan mudah mahu menurunkan buah kelapa. Kalau tidak percaya cuba tanya beruk yang menurunkan kelapa. Susah ke tidak?.
Teringat saya masa kecil-kecil, ada orang tanya soalan begini.
"Kenapa beruk Pak Abu duduk depan basikal tuannya. Bukan di belakang?"
Jenuhlah memikirkan jawapannya. Rupanya jawapan dia..
"Kalau dia duduk di belakang., orang nampak Pak Abu dulu dan orang akak cakap. Hey..Pak Abu, beruk. Tetapi kalau beruk duduk depan. Orang akan cakap hey Beruk Pak Abu.."
Ha ha ha..apa yang saya repekkan ini.

Macam-macam gaya si Ojan memetik buah kelapa. Jatuhnya tidak. Jenuhlah adik saya Nurul menunggu nya.


Jolok punya jolok berdebub segugus buah kelapa jatuh ke tanah. Punyalah seronok si Ojan. Rupanya yang gugur hanya kelapa komeng. ha ha ha..

Nasib baik Ojan dekat asrama, tidaklah dia baca entry saya ini ini. Kalau tidak harus dia marah saya letak gambar dia tengah gigih menurunkan buah kelapa. Akhirnya dapat juga sebiji. Boleh dilawan dengan kuih apam manis emak tiri saya.



6 comments:

Leeza said...

Kahkahkah...gelihati baca entry ini. Akak nak mengusik Ojan aje kerjanya. Teringat Fakhri kak, teruja dia bila mengumpul buah mangga muda dalam baldi. Bila si Riswan abang iparnya mencuci mangga muda ini, terjumpalah buah kelapa kecik sebesar genggam Putri...gelak sakan kami sebab buah kelapa ini masuk sama dalam mangga..agaknya rabun kerana seronok dapat mangga banyak...hehehe.

Nor Azlina Yusof said...

Kak Yati..lebih kurang sama cerita dengan ayah saya ja..Kitaorang balik kedah minggu lepas..sempat lagi dia kait kelapa , 20 biji bawa balik pahang..Punya la jauh kelapa tu travel..la kelapa dah kurang kot kat market

ieda said...

hati2 masa kait kelapa..kalau tertimpa kat kepala boleh parah jadinya.

an15 said...

belakang rumah my parents ada 2-3 batang pokok kelapa, tapi takde orang nak buah dia dah. dulu2 sedekah ke orang buat pulut lepa, tapi sekarang terbiar je buah tu takde orang amik

no name. i'm sorry said...

teringat coconut shake pulak bila cerita pasal kelapa ni..
coconut shake kelantan paling best..! yahuu.

GREENJADE said...

hahaha kelapa komeng pon komeng lah Ojan...boleh buat kari skali hehehe