Tak habis-habis cerita Qaisara. ha ha..Anak seorang, kalau ada anak lima boleh saya cerita pasal kelima-lima anak tu ya tak? Jadi bila anak seorang, modal saya hanya satu sahajalah.
Qaisara memang suka melukis.
Malam tadi, malam pertama dia tidur dibilik dia sendiri. Kata dia, dia sudah besar. Boleh pergi tandas sendiri bila rasa nak buang air.
Umi tak perlu bimbang kata dia. Dia dah besar dan berani.
Sambil suami dan saya meneman dia di dalam bilik, Qaisara melukis.
"Teta lukis apa Ta?"
"Rumah umi.."
"Rumah, oh..rumah babakah?"
"Bukanlah umi.."
"Habis tu.."
"Our house, baba house, umi house and Teta house.."
Paling saya suka Qaisara, apa sahaja yang dimilikinya dia akan berkata ini kepunyaan umi, baba dan Teta. Tidak sesekali dia akan mengatakan kepunyaan baba seorangkah, umi atau dia seorang.
"Wow..thanks canam (sayang)" Pak Seyit pulak menyampuk.
"Umi..Umi suka pokok bungakan?"
"Iye.."
"Teta letaklah pokok bunga ya, kat rumah kita ni.."
"Ok.." ha ha ha...
dan hasilnya..-
-
-
-
"Rumah apa ni Ta?" Ha ha ha (gelak dalam hati)
"Rumah kitalah"
"Pelik sangat rupanya?"
"Alah dalam TV dalam buku ada rumah macam nilah umi.."
"Oh iye ke?" (manalah anak saya tengok ya..)
Kata Teta yang ini khas untuk umi yang suka tanam bunga. Dia tahu hobi uminya..kih kih kih..
7 comments:
pandai qaisara lukis..hehe..(tak baik umi dia gelak dalam hati hehehehe)
kak...walaupun kak cerita hari2 pasal teta...intan tak penah jemu baca...suka sangat...menghiburkan!
alahai teta canam...pandai jugak dia lukis...ada pulak bunga khas utk umi dia hehehe
hem,sweetnya...
skrg ni saya ngn suami asyik dok sembang ngn baby yg cuma tahu jawab huhu huhu je..
lambatnya saya rasa baby nk mmbesar mcm teta..heheh
woow....Teta baru berusia 5 tahun dan dia sudah pandai melukis sendiri. Umur ini biasanya ramai anak hanya tahu mewarna sahaja tapi Teta boleh transform maklumat bergambar yang dilihat dari buku dan TV serta persekitaran ke dalam lukisan. Tahniah Qaisara Seyit Kara kerana berjaya tidur di bilik sendiri. Love and miss you always .
ekekeke ade2 aje si comel nih
ngeri arr auntie Tini nengok pokok munge tuh..nk same besau ngn umah tuh..tak takut tumbang timpa umah ker? ekekeke
niway..mmg kagum dgn ilutrasi & tranformasi Teta..sgt kretif :)
pandainya teta melukis...
tu dia, bunga sama tinggi dengan bumbung rumah. hehehe.
saya suka budak pandai melukis!
haha :D
lukis banyak-banyak lagi ya qaisara.
Post a Comment