Sekarang ini Qaisara amat mementingkan penampilan seseorang lelaki atau perempuan.
Contohnya, orang lelaki bagi dia tak boleh pakai baju berbunga.
Orang perempuan pula tak boleh pakai baju berkotak-kotak
Bila terjumpa dengan sesuatu yang tidak menepati piawaian dia, balik rumah dia akan beritahu dan bertanya dengan saya.
Contohnya kenapa lelaki tadi tu pakai baju berbunga-bunga, kenapa lelaki itu berambut panjang?
Semalam saya membawa dia ke Giant, apabila tiba di kaunter pembayaran matanya melengas melihat barang yang tergantung di rak si sebelah kaunter.
"Umi.."
Qaisara bersuara agak perlahan sambil mengamit saya. Saya datang kepadanya dan dia terus berbisik dengan saya.
"Kenapa perempuan pakai pisau cukur umi?"
Tangannya menunjukkan pisau cukur berwarna merah jambu.
"Mana Qaisara tahu itu pisau cukur perempuan?"
"Dia warna pinklah umi? Kenapa ada pisau cukur perempuan? Perempuan mana ada janggut, mana ada misai?"
Saya tahu dia selalu melihat babanya mencukur misai dan janggutnya.
"Kadangkala perempuan bulu lengan mereka panjang, mereka cukurlah.."
Rupanya jawapan itu tidak memuaskan hati Qaisara. Dia bertanya dengan bibik, bibik sudah tergelak-gelak tidak tahu menjawab.
Kemudian saya terangkan pada dia, perempuan kadangkala mempunyai bulu roma yang agak panjang. Mereka malu jadi mereka cukurlah bulu roma tersebut.
"Oh.."
Itu sahaja kata Qaisara dan saya tahu dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan saya kerana dia membelek-belek lengannya.
dan seperti yang saya jangka malam itu Qaisara bertanya lagi?
"Umi kenapa ada pisau cukur perempuan ya?"
Ha ha ha...
'
13 comments:
suatu hari nanti, bila qaisara dah besar dan dia akan baca blog puan yang bertajuk entri bulu ni, mesti dia akan terkekeh gelak..heheheh :D
kekke..bijak btul.. Curiosity coz pink feberet dier...
Qaisara yang melucukan. Starting my day with her....salam untuk teta...salam sayangggggggggggggggggggg.
salam..teta ni banyak betul soalan kan..hehehe, dulu my son sebaya dia camtu laaa..semua jadi curiousity bg dia...comel betul soalan teta....ibu kena bijak menjawab hehehehe
Hahahaha cerdik betoi dia ....macam dgn danish byk soalan sampai x larat jawab. Kelmarin dulu ambik dia kat bby sitter on de way nak balik rumah byk la lembu kat tepi jalan dan najis lembu pun byk juga.
Dia kata esok bawa pampers muaz bg kat lembu sbb lembu x dak toilet...
Saya pulun gelak dalam kereta...
kak yati: kasut roda Teta tu akak beli kat mana??
hahaha dah agak dah...mesti ade repeat question yg x sudah2 hik hik hik
teta dah besaq..semakin comeii..
susah jgk ye nk jawab soklan gni..haaih,camna la kalu anak saya nnt tanya soklan gni.hehhe
muka oren kalau dia tahu baca mesti dia marah umi dia, dia akan tanya "kenapa umi cerita umi?"
Roza itulah, mata dia kalau warna pink nampak aje..
ha ha za..biasalah si teta ada sahaja tingkah dia
ida, selalunya akak berterus terang dengan dia, nak cakap cukur bulu ketiak karang, dia tanya..asal ketiak dia tak berbulu..aduh panjang pulak soal jawab dia..ha ha
haha ha ha kelakar pulak danish, mana muatnya pampers dia dengan lembu tu..kaha kah kah..akak beli di sogo, brand barbie. Tak pandai main sangat kena pimpin selalulah casper..
Tinie, selagi tak puas hati dia akan tanya dan tengoklah bila dia terfikir soalan itu dia akan tanya lagi..
Booluck, selalu akak jawab dengan jujur dan tidak berselindung tapi kadangkala jawapan itu tetap tidak memuaskan hatinya..
hahhaha... susah kan nak puaskan hati anak ni.. walau dah jawab, dia tetap tanya.. kdg2 dah bg mcm2 jawapan, actuually sama jer maksud jawapan tp tetap juga ditanya.. kalo sampai tahap malas nak layan... 'tanya dengan ayah la pulak...'..
hehehe...teta tak puas hati...jenuhla maknya..
Kak Yati...
Teta so sweeet....tulah budak2 macam2 benda yang mereka hendak tahu.
Post a Comment