1. ALLAH Taalla
Ungkitannya banyak kalau kita baca Al-Quran.
2. Ibu kita. Ungkitan ibu perlu untuk menyedarkan si anak.
Contohnya, emak besarkan kamu dari telapak kaki kamu sebesar dua jari emak sekarang kau nak berkurang ajar..
3.Ayah
Ayah dah susah payah bekerja supaya kau dapat makan, belajar ini balasan kau..
4. Guru
Saya dah ajar awak penat-penat, sampai saya demam pun saya tak MC..
5. Ketua
Hari itu awak buat silap macam ni..begini begini, boleh tak awak senarai dan perbaiki (tapi cakap kena beralaslah. jangan main tembak pekerja sahaja)
Kadangkala memang tidak dapat dielakkan kes ungkit mengungkit ini. Dalam rumah tangga saya sendiri akui, kadangkala saya mengungkit walau amat-amat jarang. Tetapi suami saya tidak pernah sekali pun dia mengungkit (mungkin tidak ada apa yang mahu diungkit..he he). Suami saya ini jenis bila marah kemudian dia akan lupa sendiri apa yang dia marah dan dicakapnya. Tidak macam wanita atau saya. Tetapi sikapnya yang tidak pernah mengungkit itu menyebabkan saya belajar, supaya menjaga lidah saya. Bila saya mengungkit pantas sahaja saya mengingati perbuataan tersebut tidak seharusnya dilakukan dan diamal di dalam rumah tangga.
Tapi manusia dalam berjaga kadangkala dilakukan jugakan....




5 comments:
Betul tu kak, ungkit mengungkit pasti melukakan hati . Kita kena berjaga-jaga dengan lidah kita.
kadang-kadang kita tak rasa pun kita mengungkit kak. tapi dalam bercakap2 tu ada jugak ungkitan terselit di mana2.sebab tulah kene berjaga2 pabila bercakap ni.huhu
setuju sangat dgn ayat terakhir tu...
yelah za..sentiasa berhati2 tapi kadangkala terkeluar juga..
Syamil..betul sangat tu, tapi kitakan manusia kadangkala kerana sakit hati, ungkit juga le..
ha ha..ayat mana kak yong? Ayat kita manusia tu?
maknanya saya bolehlah mengungkit sebab saya seorang ibu & saya juga seorang ketua..hahaha
tapi saya selalu juga mengungkit dgn SU...dlm situasi mesra2an la kan..dia buat tak paham ja pun.habis2 sgt benda yg diungkit jadi bahan lawak dia.
Post a Comment