Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 9, 2010

KUALA GULA

Ketika menghantar adik saya bernikah di Parit Buntar, kami tidur di Kuala Gula Santuary Resort. Resortnya biasa-biasa sahaja. Di dalam bilik memang tidak ada telefon, tidak ada cerek untuk memasak air. Untuk menelefon ke operator terpaksa mengunakan telefon sendiri. Saya bertanyakan cerek, kata pekerja sudah habis dipinjam orang. Tinggilah sedikit suara saya kerana saya mengambil bilik yang paling besar dan sedikit mahal dari yang lain kenapa tidak ada cerek? Tidak lama kemudian datang seorang pekerja menghantar. Heasy...ada pula. Selain daripada bising orang berkaroke siang malam di restoran tidak jauh dari resort ini, lainnya saya sangat suka dengan tempat ini.

Melihat pemandangan ini suami mula teringat dengan musim luruh di Turki. Kata dia tak perlu pergi jauh-jauh bayar tiket kapalterbang. Ha ha..nak pujuk hati sendirilah tu.


Memerhatikan burung bangau ini, saya amat mengagumi kebesaran ALLAH. Paruh dan kakinya yang panjang itu rupanya ada fungsi tertentu. Bahkan bangau ini tidak lari apabila hujan turun. Kebal sungguh dengan hujan dan dia tidur berdiri begitu. Sangat takjub.


Pemandangan ini boleh dilihat daripada balkoni. Seronok melihatnya. 


 Belacak, ada yang panggil ikan tembakul. Mana satu saya sendiri tidak pasti. Ketika asyik memerhatikan ikan-ikan ini keluar masuk lubang dengan mengundur, kami ternampak 3 ekor memerang. Comel-comel tidak sempat mengambil gambar sudah melarikan diri.


Memerhatikan ketam yang keluar masuk ini memang seronok terutama suami yang jarang dapat melihat suasana yang sebegini kerana ketika di Turki beliau tinggal di tengah-tengah bandar Bursa.


Boleh memancing dari balkoni. Kata abang ipar saya, ada belangkas di sini memandangkan banyak buih dipermukaan sungai. Tapi kami tak nampak pula belangkas tersebut.
Musim hujan sekarang ini, tetapi memerhatikan hujan turun dengan melihat tingkah bangau, belacak memang amat menyeronokkan dan sangat romantis.

Sedikit info, Kuala Gula adalah terletak dekat dengan Kuala Kurau di dalam daerah Kerian.  Sesiapa yang mahu ke sana, perlu memasuki tol Bandar Baru dan mengambil jalan ke Parit Buntar. Kuala Kurau adalah bersebelahan dengan Parit Buntar.

7 comments:

Marina Monroe said...

Akak tak pernah sampai tempat ni..
Cantik pemandangan nya..

Bonda Mawar said...

pernah pegi tempat ni..
tapi lama sudah tak jejak..
parit buntar tu kampung saya..
tak jauh dengan kuala gula,cuma selalunya tak berkesempatan nak singgah..

CaHaYaNuRQaSiH said...

salam...selalu pegi kat sni...adik keje kat KK depan resort tu...akak ketam kat sana murah...ada pelantar kat tepi resort tu...org melayu kita jual...

AuntieYan said...

Salam Yatie,

Masaallah!...cantik sungguh pemandanganya, syahdu je....tak sangka kat negeri kita pun banyak tempat-tempat yang indah.

Selamat dalam adik ipar baru.

p/s: AY pun orang Perak, tak tahu pulak mas kawinnya begitu mahal...rasanya, bukanlah harga yang telah ditetapkan, cuma mungkin keluarga pihak perempuan minta begitu...ye lah, kalau setakat RM80, apalah yang boleh dibeli??...cincin belah rotan pun dah tak dapat dah...kan?

NB KARA said...

Kak nani memang cantik sangat2, sukalah..ingat nak pergi lagi..

Bonda Mawar, oh iye ke..adik ipar di Parit Buntar...itu yang singgah..

Qasih, iye akak tahu dekat restoran yang asyik memekak tukan? Ha ha..nanti akak nak pergi sana lagilah..

Kak Yan..memang cantik, dia ada pakej pergi tengok burung, cari siput. Nak ajak suami pergi lagi sekalilah..
Seharusnya kak Yan, hantaran tu jadi mas kahwin macam kelantan tukan?

Yours truly said...

Salam kak yati,

saya pernah tido di sini dulu.. akak tak sewa bot? boleh tgk pemandangan ditengah2 tasik hingga ke kuala, macam saya nasib baik terjumpa bot tgh tangkap kerang, dapat la kerang free..hehehe...

Jake Daughter said...

Alamak... X jauh dr kampung saya nih kak.. Kpg Nenek saya kt Kuala Kurau...