Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 29, 2010

MEREKA MEMANG BIADAP

Apa perasaan anda semua, tiba-tiba ada orang datang ke rumah anda dan beritahu.
"Saya nak kahwin dengan anak anda dan sekarang saya nak bawa dia pergi?"
Oh..sudah pasti kita bergaduh bahkan bertumbuk dengan merekakan.
Ini sedikit lebih kurang yang saya alami Isnin yang lalu. Walau bukan bab meminang, tetapi bab yang lebih teruk lagi. Rumah ayah saya akan diambil dan dirobohkan atas alasan membuat jalan.
3 orang wanita dari pejabat penilaian datang ke rumah ayah saya dan beritahu begini.
"Kami nak ukur dan buat penilain kerana tanah dan rumah ini akan dirobohkan untuk dibuat jalan?"
Biadap atau beradapkah mereka. Tanpa apa-apa surat, tanpa perbincangan terus sahaja datang menerjah dan memberitahu rumah kami akan diambil dan dirampas.
Bukan rumah ayah saya sahaja, rumah abang saya juga begitu.
Tanah ini dahulu adalah kepunyaan arwah emak saya dibahagi2kan kepada anak-anaknya. Sekarang ayah saya dan adik saya berlainan emak yang tinggal. Tempat kami berkumpul adik beradik. Tempat kami bermesra dan bergelak ketawa.
Saya hairan sungguh,  yang mereka dengki sangat dengan keluarga kami. Saya benar-benar tidak faham.
Dahulu surau mahu diambilnya? Tetapi bila kami buat solat hajat, baca yassin..mereka mula tukar fikiran  . Rumah keluarga saya dan rumah abang saya mahu diambilnya dengan alasan dibuat jalan.
Tak cukup lagikah jalan yang ada di Melaka tu, jalan yang orang luar komplen paling banyak trafik light dan menyesakkan nafas.

14 comments:

Leeza said...

Saya bacapun angin. Hari bila saya tahu sepanjang hari saya moody. Gila ke ambik tempat tinggal orang. Macam dah tak selamat duduk di rumah milik sendiri. Mana sikap protection dan membela rakyat? Kemajuan bukan untuk menyusahkan rakyat. Laknatlah insan-insan sebegini. Kejam . Ya Allah...tang ado2 jak.Gilalah manusia ni kak.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Tak mungkin boleh berlaku, senang2 nak buat jalan kalau Tanah tuh bergeran dan atas nama persendirian.
Kalau kerajaan nak amik pun, mesti ada pampasan. Tanah adik kami di Tedong, Merlimau pun di ambil sebahagian utk di buat jalan, tapi dpt pampasan.
Alhamdulillah...tidak perlu roboh rumah.

yatie chomeyl said...

bila manusia perasan dia berkuasa, macam ni lah jadi nya kan kak. dia dah lupa agaknya Allah Maha Kuasa ata ssegalnya

marinahunny said...

mereka perasan mereka punya kuasa besar la tu..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Za..memang, dia orang ni macam tak puas hati dengan kami. Hanya kerana perbezaan pendapat, seboleh-boleh nak usir kita dari kampung sendiri..

kak Nani, masa dia orang datang tu..yatie ada di situ, berbalah jugalah dengan dia orang. Surat tak ada, bincang pun tidak..terus sahaja cakap nak ambil tanah kita.
padahal di belakang surau tu ada tanah kosong. Hairannya yang dia nak ambil tanah kami dan rumah kami buat apa? kenapa nak dirampas tanah orang melayu sedangkan tanah kosong di sebelah surau tu kepunyaan orang asing..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..betul, sesuka hati buat dekat orang, rampas tanah orang..padahal dah tulis di geran tu nama sekian, sekian..

Marina..mereka lupa dunia ini tidak kekal..

ChentaHati said...

kakYatie - herannya kenapa ada lagi manusia yang takde hati perut bila bab berlainan pendapat? hanya sebab pendapat tak sama, lepas tu nak dihalaunya sume sekali. semoga kakYatie sekeluarga akan tabah!

shiori_LA said...

puan yati;
ini pernah terjadi di kampung saya juga...senang2 nak ambik tapak rumah arwah mak saya dan tanah getah yang sekarang dah diberi kepada adik lelaki saya....yang baru nak bina rumah baru disitu....huhuhu...nak buat lebuhraya ke kelantan...dan banyak lagi rumah penduduk kampung yang kena semata2 nak senangkan orang kelantan balik kampung huhuhu....ada ka?kesian la kat orang2 tua yang memang ada rumah pusaka disitu...ermmm..entahlah....

ieda said...

amboi!!!suka2 hati depa ja nak ambik tanah orang.at least bagilah surat dulu...mmg tak beradab langsung.

Madam Casper said...

la kak ada lagi yang nak datang menceroboh. jgn di biarkan kak..tu hak kita, suka2 ja depa nak ambil hak orang sebab depa tu pemerintah???? geram laaa

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hmm..sbb tu dulu dorang mudah2 je pinda akta tanah, supaya sesenangnya nak amik tanah orang..
Dorang memang berani kalau tanah tu bangsa sendiri..cuba yang tak sewarna kulit atau agama..rakyat diutamakan, tp apa keutamaannya,kita pun tk tau!

En iLHAM said...

memang biadap sungguh tu kak.main terjah rumah orang pastu kata nak robohkan rumah.huhu.kalau saya pun hangin satu badan.boleh report kat mana-mana pihak berkenaan nih

wanupeh said...

salam kak yati...

mereka tak boleh buat mcm tu...TIDAK SAMA SEKALI!

...paling patutnya...
* bagi pampasan ikut harga tuan tanah atau...
* mereka kena buat pindaan untuk laluan jalan yang dirancang tu...(andai kata tuan tanah tak nak kasi langsung buat jalan atas tanah dia tuh...)...mana bleh suka2 dia jer hakhakhak...semua kena ada bincang2 dulu....

p/s: kak nik fauziah, betul dah tu apa yg diwar2kan... "rakyat diutamakan"...semua2 rakyat kena dulu hikhikhik...minyak naik, rakyat dulu kena, gula naik rakyat dulu kena,apa jer lepas ni naik mmg rakyat kena dulu...
aduhhh...diutamakanlah kotnya...

Unknown said...

aduhhh mendidih darah saya baca ni..

so skrg ni camana kak? ade depa kata nak buat surat ke apa?

kenapa yer ade double std.. kalo bangsa lain, depa takut nak buat.. kenapa dgn bangsa sendiri ditindas...