Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 31, 2009

TERLUKA

ThreeSya Post
aku sedih baca buku karya Norhayati berahim now. Tak menyengat cam dulu lagi. Bila tenguk buku dia keluar di pasaran rasa cam tak sabar nak beli, tapi bila baca frust sangat. Yg aku perasa selepas dia kawin, cerita dia memang tak best. Walaupun dulu cerita dia banyak berkisar kisah isteri dimadukan dan anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa tapi jalan cerita memang menarik. Member aku adalah member kepada norhayati berahim. Katanya dia memang anak dari broken family.

Entah macam mana hari ini gatal sahaja tangan saya mencari cerita mengenai saya di internet. Saya memang amat2 jarang, seperti kata mat salleh once a blue moon (bulan biru yang ujud sekali sekali sahaja), mencari cerita mengenai saya diinternet.
Saya langsung tidak kisah dengan kritikan mengatakan buku saya tidak sedap. Saya terima. Tetapi entah mengapa saya benar-benar marah dan sedih apabila keluarga saya dikaitkan dan saya dikatakan dari keluarga yang berpecah belah? (Atuk hang! Pandai-pandai cakap emak dan ayah aku macam tu-memang marah sangatlah).
Kalau difikirkan emak dan ayah saya satu pasangan yang cukup kontras. Emak seorang yang cukup lemah lembut (seperti sayalah..he.he.) dan ayah seorang yang panas baran. Tetapi saya tahu, emak sayangkan ayah saya dan begitu juga ayah saya.
Saya masih ingat lagi. Masa 14 ramadhan, apabila diberitakan emak saya kemalangan. Ayah bergesa ke hospital. Ketika jenazah emak dibawa ke rumah, ayah kelihatan tenang sahaja walau kesedihannya tampak nyata. Tetapi apabila ayah menjadi imam, menyolatkan jenazah emak, suara ayah saya serak! Ketika jenazah emak mahu dibawa keluar dari rumah. Saya melihat bahu ayah saya bergegar. Dia menangis!
Saya tahu ayah saya tidak mahu menangis kerana dia seorang yang kuat berugama, kata ayah jenazah tidak perlu ditangisi. Kerana kematian adalah satu janji ALLAH pada umatnya. Tetapi sebagai manusia ayah tewas dengan perasaan kasihnya terhadap emak saya.
Berhari-hari ayah berdoa supaya dapat berjumpa emak dalam mimpi. Bahkan ayah tidur di atas tilam, di mana kali terakhir emak disemadikan. Saya masih ingat lagi, hari ke 14 emak meninggal ayah saya tersenyum gembira sambil memberitahu.
"Malam tadi abah mimpi emak kamu. Wajahnya berseri-seri sekali. Tapi dia tidak bercakap.."
Saya tahu, walau sudah berkahwin lain. Kasih ayah saya terhadap emak masih lagi kental. Bahkan apabila rumah lama kami dirobohkan, dibina baru ayah melarang kami merobohkan sekeping dinding di tengah rumah, bertahun-tahun dinding papan itu tegak di tengah-tengah rumah batu kami. Kata dia itu kenangan untuk emak saya yang bersusah payah membina rumah papan bersamanya dahulu (dua tahun lepas terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai).
Dan sampai sekarang saya tahu, setiap petang jumaat, selepas ke kubur nenek dan datuk, ayah pasti ke kubur arwah emak saya mengaji di sana. Saya tahu..kasih ayah saya terhadap emak tidak pernah terpadam. Bayangkan..lebih 30 tahun berlalu..
Jadi pada yang pandai-pandai memfitnah emak dan ayah saya, mungkin anda boleh datang berjumpa dengan ayah saya memohon maaf, tetapi bagaimana mahu memohon maaf dengan emak yang membawa kasihnya terhadap ayah saya sehingga ke hujung nyawa?

39 comments:

shelly Yusop said...

Ha...ha... orang memang tidak pernah berhenti menyakiti hati orang lain. biarkanlah kak.. fitnah itu lebih besar dosanya drpd membunuh... dalam quran dah terang2 ada ayat tu pun manusia masih lagi tidak berhenti memfitnah orang. mereka tidak takut pada balasan. sungguh kesian pada mereka kerana mereka cetek ilmunya...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

SEDIH :(

be strong kak :(

luv u so much...luv ur work...luv ur passion

ibu aira said...

mulut orang memang tak boleh di tutup kak yati. ada saja yang hendak difitnahkan. pedulikan dengan mereka yag tak kenal dan tahu siapa akak dan keluarga akak. akak jugak dapat pahala diakan? so just let it be! keep up your good work kak!! persetankan dengan apa yang orang lain kata tentang akak..

maksue said...

menitis air mata sy kak baca akaknya n3 sob...sob...sob..

cite ayah k.yati lbh kurang sama dgn abah sy.... abah sy pun smp ari nie slu kata, x penah sehari pun yg dia x rindu dgn arwah mama :-(

semoga allah tempatkan arwah2 bersama roh2 org yg beriman... ameen...


mascomel

Duke Luce Dell'amore said...

kak..jim dh terlalu byk menangis mlm ni..jim ni terlalu lemah..

jim harap jim leh jd setabah akak & ayah akak..

al-fatihah utk arwah ibu akak..

me-zila-bubbles said...

salam kak yati,

saya rasa orang ni, iri hati barangkali. karya kak yati, saya baca ok je, takde kurang, takde lebihnya. saya pernah baca 2-3 novel sebelum kak yati kawin...tapi ikut suka ati akak la kan nak buat citer pasal apa pun, kalau yang mengkritik tu hebat sangat, buat la novel sendiri, pastu beli sendiri, baca sendiri.

ntah2 kalau dia buat novel pun takde sape nak baca (sebab muak sangat dengan citer2 cliche)

jangan pedulikan apa kata dia tu kak, saya suka novel akak yang ada ciri2 keislaman tu. suami saya pun suka, kadang2 tergelak dia baca novel akak.

memang sifat manusia, suka menilai dari luaran, suka bercerita tentang sesuatu yang tak pasti, tak penah terpikir pun macam mana nak minta maaf nanti.

~~kak yati jangan sedih, kitorang peminat kak yati ni, selalu bersorak guna pom pom untuk semangat kak yati :)~~

Faramidi said...
This comment has been removed by the author.
Mama Nazhan said...

salam ramadhan buat kak yati sekeluarga...
Aparaaah org tu kan kak! ayat tak puas hati namanya tu...
kalau dr broken famlily pun apa masalah dia kan?
Sabo jer la kak...
kak yati buat kuih raya tak taun ni?
saya rasa saya pecah rekod taun ni ..tutup dapur kuih raya...
anak tak bleh lekang la... nak lekang pun lepas dia tido tgh mlm...saya pun dah tak larat la time tu...hehehe

~penahati~ said...

sabar kak yati... mulut manusia memang sewenang nk wt tuduhan. xkenal maka xcinta...

teringt pemergian arwah adik ramadhan 6 taun lepas.. tmbah sedih arwah xcident mse bufday sy, n meninggal mse 1st paper spm sye... beratnye dugaan time tu..
hilang dh teman bergadoh, begumpal..

mak salu terkenang arwah adik. menitis air mata tiba2..

mari kita sedekahkan alfatihah utk pemergian org2 yg kita sayang...
smoga mereka sntiasa dlm rahmat & kasih syg Allah.....

che anis

NORHAYATI BERAHIM said...

shelly..bila keluarga kita disentuh..hati memang marahkan..tak mengapa orang kata kita macam2.kita terima..

thanks nuar..im sabar enough..

ibu aira..memang akak tak peduli apa orang kata tentang akak, cakaplah..tapi bila melibatkan kasih ayah dan emak..memang akak marah sungguh..

Mas..Ameen..itu juga doa akak..dah lamakah ayah mas meninggal?

NORHAYATI BERAHIM said...

jim..kenapa jim menangis? apa yang terjadi jim?..harap2 semuanya okay ye jim..

zila bagi diri akak, akak tak sedih..tapi bila ingatkan betapa ayah terlalu sayangkan emak..memang sedih orang cakap macam tu, apatah lagi 14 ramadhan ini sudah 32 tahun emak akak meninggal..orang yang meninggal disentuh memarang marahlah..

faramidi, akak bukan penulis tersohor, akak penulis ikan bilis ada perasaan marah bila ibu dan ayah kita disentuh,Alfitnatu asyaddu minal qotlu.fitnah lebih kejam dari pada pembunuhan dan masihkah kita mahu berbaik dengan orang yang membawa fitnah?

Bai yelah apa salahnya kalau datang dari broken family, kalau baca kutukan demi kutukan budak ni, orang lain pun angin..tapi akak angin bila sentuh bab ayah dan emak aje, ..sekarang hang tahu bagaimana ada anak ya? ha.ha.ha.nanti bai tepek kuih..nazhan tepek kuih..ha.ha.lama2 kuih tu pun tak menjadikan..

che anis, bila ramadhan ni semua kenangan yang sedih, mula bertandang..akak faham, sedih..susah diungkap, tapi apa daya..semuanya ketentuan ALLAHkan..

aZRi aZLaN said...

sebagai manusia biasa, kita patut berasa marah apabila maruah keluarga dipermainkan.

NB juga manusia biasa, bukan malaikat. NB berhak marah kerana yang diungkit itu adalah ibu dan ayah NB.

hati mana yang tak sakit jika ibu yang sudah tiada diheret sama?

faramidi,
anda salah. rezeki NB bukan datang daripada dia tapi daripada DIA Yang Maha Esa.

salam ziarah,
azri azlan

Faramidi said...
This comment has been removed by the author.
NORHAYATI BERAHIM said...

azri..sesekali memang kita perlu marah, lebih2 lagi bila emak dibabitkan..tapi jangan gaduh2 dengan farah ya..ha.ha.ha.(harap2 gabra accident azri hari tu dah hilang ya...)

faramidi thanks kerana mengingatkan..tapi kalau nabi dbandingkan dengan akak.ALLAH2..macam setitik air di dalam lautan....

Faramidi said...
This comment has been removed by the author.
me-zila-bubbles said...

kak yati tak tido lagi..? :)

takpela kak yati, semua orang ada mulut, dia berhak kata apa saja, tapi perlu juga guna otak, untuk memikirkan akibat dari setiap kata - kata dia.

bila orang menyentuh tentang family, ayah, mak..dah tentu kita naik angin kn kak...

aZRi aZLaN said...

hahaha, sorry faramidi.
bkn marah okeh. pendapat. gud luck exm utk esk...

alhamdulillah, dah okeh NB...

Faramidi said...
This comment has been removed by the author.
Kish said...

salam di pagi hari kak yati (",)

sabar2 je la menghadapi kerenah dan ragam manusia ni akak.... mcm2 mereka ni. tp kish suke cara akak menegur, he he. tersurat dan tersirat, dlm!. pd yg terasa, kalau da tau terdetik satu titik hitam dlm hati tu.. cepat2 la balik kg kak yati! he he he...

p/s: x mudah nak hadapi, tp yg penting, akak cekal dan tabah hati. smat bersahur kak yati (^.~)

umie said...

salam...

x baik tol la diorg ni mengada-adakan cerita..tu yang x best ni..kalu xtau perkara sebenar xyah la nak ckp2 kan..lebih elok lagi kalu dengar daripada orgnya sendiri...sabar je lah kak yer...

ain said...

salam kak yati...itulah sifat manusia kak. suka membuat cerita tanpa usul periksa. semoga akak tabah dan sabar menghadapi keletah org2 begini.

Semoga roh ibu kak yati dicucuri rahmat selalu!!!

~M.i.z.D.i.e.L.a~ said...

Assalamualaikum wbt...

Kak Yati, sabar la eh... Tak semua yg kita lakukan akan puaskan hati suma org w'pn kita rasa kita dah lakukan yg terbaik...kita masih akan mencuba...

Tntulah kita akan masrah bila hal keluarga dibangkitkan, tmbh lg perkara tu tak benar... Tp takpe la kak...Mulut org, kita tak bleh tutup..

Pd sy novel2 akak masih lg menyengat apa...Sy pun suka dgn jln citer novel akak...Bleh d jd kan iktibar...InsyaAllah...

Ok la akk, sy doakan akk sntiasa sukses...Klu ada rezeki..Sy pn nk jd mcm akk..InsyaAllah...


Wassalam..

nurul ain said...

kak yati..saya pun sakit ati kalau orang kaitkan dengan family..biarla apa org nak kata..janji kami masih menyokong karya akak..setiap karya akak saya miliki..teruskan usaha..Billy Milligan bestttttt....

Epelijau said...

salam kak yati...
Suka-suka je manusia ni ye.
Sabar ye kak.

sue said...

pelempang jer org tu, suka hati jer.

wpun citer k.yati dah tak mcm dulu, but i still can feels ur message, it still there. for me ur piece of works still strong and more matured as time changed.

Sayang.Ibu said...

Ya Allah.. sabar aje lah orang2 nih.. pandai2 je buat cerita, kalo x tau kesahihannya..jangan lah buat fitnah macam ni. Saya pun marah kak.. banyak2 sabar ye..

GreenJade said...

Astaghfirullah..!!

sabar byk2 ye kak..sy tau akak very strong to handle tis kinda rubbish..!!

komen yg agak 'terlampau' & 'beretika' yg langsung x menjaga 'sensitiviti' perasaan org..!

dun wori weols tetap menyokong kuat & ttp setia dgn semua hasil karya akak.

cheers..! :)

Hadif Khawarizmi said...

Kak..penulis ikan bilis pon tiap kali novel baru keluar.. boom! as introducer pada wife saya.. mama Hadif... saya akan make sure dia tau Kak Yati ada 'baby' baru. hahaha cheer up.. kadang2.. tak tau lebih baik dari tau kan.. :)

MissNera said...

salam kak yati..
saya sangat kagum ngan akak.
mungkin novel akak agak berat bagi dia kot?! jadi cam tu la.. skang ni saya malas nk beli novel sbb citer banyak yang sama jer. wsemua mmber saya cakap mcm tu. tapi bukan novel akak la.

pada yg dok buat fitnah tu kena la fikir dan selidik betul2 kan kak! siapa pun akan marah klu bab mak bpk kena babit!

Intanaziela said...

kak yatie, memang sedih bila orang mencaci keluarga kita...sakitnya hati tu rasa macam nak ketuk dan hempuk je kepala orang yang bercakap tu kan... dah la apa yang dicakapkan tu semuanya tak betul.. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya kak..

Cute_chucky said...

Salam kak Yati...
1. orang yang memandai mengata org lain tu takde kerja dan tak de OTAK...kalau tak suka diam2 dah lah.
2. Maafkan jelah kak...bulan puasa nie bagi kredit percuma kat manusia tu.
3. Saya dah beli buku terbaru akak tu, beli bukan sebab dgr org cakap tak best tapi sebab satu blog...(kalau saya tersilap harap maafkan...) LizaBujang-Cikgu...dia bagi promo kaw-kaw kat blog die...ngeh ngeh ngeh
p/s: saya tanya Hubby siapa Billy Miligan...dia tanya balik siapa...saya bagi tau dia tu setiausaha PBB-betul ke?. Dia tanya mana awak tau, saya jawap dari kak yatie...hahahahaaaa( Hubby nie orang cina tak pernah-pernah baca novel melayu pun, tapi sebab saya bagi tahu novel Norhayati Berahim Hati Yang Luka boleh buat kita mengangis dan marah dia baca...well saya pun jadi kamus bergerak dia...)

* Apa pun kak...teruskan berkarya ciyayooooooooooollk

Cute_chucky said...

Salam kak Yati...
1. orang yang memandai mengata org lain tu takde kerja dan tak de OTAK...kalau tak suka diam2 dah lah.
2. Maafkan jelah kak...bulan puasa nie bagi kredit percuma kat manusia tu.
3. Saya dah beli buku terbaru akak tu, beli bukan sebab dgr org cakap tak best tapi sebab satu blog...(kalau saya tersilap harap maafkan...) LizaBujang-Cikgu...dia bagi promo kaw-kaw kat blog die...ngeh ngeh ngeh
p/s: saya tanya Hubby siapa Billy Miligan...dia tanya balik siapa...saya bagi tau dia tu setiausaha PBB-betul ke?. Dia tanya mana awak tau, saya jawap dari kak yatie...hahahahaaaa( Hubby nie orang cina tak pernah-pernah baca novel melayu pun, tapi sebab saya bagi tahu novel Norhayati Berahim Hati Yang Luka boleh buat kita mengangis dan marah dia baca...well saya pun jadi kamus bergerak dia...)

* Apa pun kak...teruskan berkarya ciyayooooooooooollk

sofi said...

yati,

lambat cket saya nak komen. x pe kan? bagi kawan-kawan lain beri pendapat diaorang dulu.

bg saya, biar apa orang nak kata, janji kita tahu siapa kita, tahu siapa ayah dan ibu kita. katalah apa sj, allah ada di pihak yg benar. biar allah menghakimi.

kasar jgn dibalas kasar, makin teruk jdnya. biar bagai tarik rambut dlm tepung. rambut dapat, tepung x selerak.

kita kan manusia? org suka cari salah kita tp kl kita susah, ada depa kisah?

cheerio.

Marzalina said...

salam kak NB..intan harap kak bersabar di atas dugaan ni..jd orang terkenal pun susah gak kan..ada saja finah. apa yg penting peminat novel NB akan terus menyokong kak NB.

Mujahidah said...

kak yati, saya faham apa yg akak rasa. Saya pernah hentak calssmate saya dengan kayu sebab dia mengata mak saya. nak kutuk benda lain kutuk la, nak kutuk saiz badan ke hape kak..tapi mak ayah never dare to touch hah! =) saya harap orang2 yang kurang sensitif ni belajar2 berfikir sebelum bercakap atau menaip!

-NuNa- said...

sampai ati diorang fitnah parent akak camtu,,wut ever bagi sy..buku akak tetap meletup!

Nadiah Sidek said...

sabar ye kak yati..

kakyong said...

siapkah org itu yg memandai komplen pasal karya kak.. betui ker dia baca...? dengki barangkali... pandai2 pulak buat cerita...

airina said...

as 1 of yr 1000 fans - sy yg kcik ni sgt2 tersentuh
pe la puncanya smp org itu sggp berkata begitu
mg2 kak yati tabah sntiasa
kak yati ttp terbaik di hati sy
mungkin ada kekurangan cerita di mne2, tapi pd sy tu bkn soalnya
tp keikhlasan kak yati menulis itu perlulah dihargai

we l0ve u & yr stories also =)