Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 22, 2009

NAK JADI BERUK KE UNGKA

Hairan sungguh..
Bila bulan puasa, mulalah orang berlumba-lumba untuk balik ke kampung.
Kata mereka terkenang waktu kecil berpuasa dan berbuka bersama
Tetapi kalau bukan bulan puasa, nak balik kampung ada sahaja alasannya
Tak ada masalah, wang tak cukuplah..
sehingga emak dan ayah tertunggu-tunggu
dan tertanya-tanya kenapa anak terlalu sibuk pada bulan-bulan biasa..

Hairan sungguh
Bulan puasa ini ada pula orang boleh berhenti merokok
kalau tidak, bersambung puntung
bila di suruh berhenti katanya..Alah..dah tak boleh,
dah cuba macam-macam cara..
Tapi bila bulan puasa boleh pulak ya..

Hairan sungguh..
Bila bulan puasa ni nafsu makan naik mencanak-canak
Macam-macam yang dimasak..
nasib baik ada tong sampah yang mahu melantak..
isk..isk..bukankah lebih baik,
makan seadanya..atau disedekah pada jiran tetangga..

Hairan sungguh
Kalau hari-hari biasa, jarang dapat berkumpul makan anak-anak beranak..
Suami makan kedai lain, isteri kedai lain
anak-anak makan dengan pembantu di rumah..
Tetapi bulan ramadhan boleh pulak berkumpul makan bersama
Ada pula masa ya..

Hairan sungguh..
Ada yang tak bersolat, rukun islam yang kedua ditinggalkan
Tapi puasa boleh pulak..
Katanya kalau tak puasa raya tak meriah..
Ada pulak...

Ini lagi satu paling menghairankan saya..
Dah berpuluh-puluh tahun hidup
Tak pernah-pernah berpuasa
Ini nak jadi apa?
Nak jadi beruk ke nak jadi ungka..?
Macamana rupa ungka?
Oh..rupa dia macam orang yang tak berpuasa le...

Inilah rupa orang yang tak reti-reti nak puasa..

11 comments:

YatieJay said...

Betul...betul...betul....heheeee

Entry akak kali ni pedas la! Siapa yg makan cili akan terasa lah kepedasannya....

Leeza said...

salam
sinis sinis sinis
bagus sangat...sebagai peringatan kita. sebagai manusia dan sesama islam wajib kita saling mengingati sebab kita sebagai manusia terkadang lupa dan perlu diingatkan banyak kali.

Duke Luce Dell'amore said...

cam ungka ye kak??
jim pun pelik..bkn susah pun berpuasa ni..byk hikmahnya...

KOMIE AROON said...

betul tu..
yg lain2 sy tak hairan sgt
tp yg bab bulan puasa dia puasa tp sembahyangnya tak
sangat2 hairan

dah ramai dah sy jumpa org mcm ni
satu hari sorg kawan tegur budak yg tak sembayang ni,
"ko ni puasa tapi tak sembahyang.kan ke lebih baik tak payah puasa je terus".
terus budak tu marah2.malu la tuu..

Kish said...

ha ha ha ... sinis sungguh ni kak yati. he he he. i like~ sesuai~

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tmpt keje nuar kak, aduhai...

dari sekecik2 level sampailer ke org atasnya...spesis2 ungka ni jugak...mau menegur, nuar paling junior kt situ...dowang semua dah bapak2 budak...ntah ler

ain said...

sindiran yg sungguh tajam tetapi itulah yg berlaku!!!

Hayatito said...

haha..akak.best post ni.
mcm en. nuar ckp, saya pn pelik kak, hidup tak lama mana.
bekalan kita tak cukup pn lg nak ke akhirat.
kalau nak buat perubahan mendadak,nak rasa dekat dengan Allah,ini lah bulannya.

org kita ni yg pelik,nak ry je lebih.puasa enth ape2,sembahyang pn enth ape2.x jaga.time berbuka sakan.mkn mcm nak ganti 13 jam yg xmkn tu.haih..

ni ade tips sikit untuk berbuka,kepada pembaca blog kak yati..hehe. sebenarnya ni diet Rasulullah.bila dah azan maghrib,minumlah susu sikit dan makan sebiji kurma pastu solat dulu.perut kita bila x makan sehari kan banyak asid.

so, bila perut dah neutralize,kita akan ambil mknn yg cukup sje.xmakan byk2.Ramadhan is a great month pd sape2 yg nak kurus..hehe..

Faten Anur(Ladymaroon) said...

Kesian kat ungka tu kak, rasanya ungka ni lagi baik dr org tak berpuasa dan buat peel pelik bulan puasa ni...sbb ungka tu tak ada akal,manusia ni ada akal..tp x nak guna...simpan sampai berkarat..kalo simpan jadi emas tak apa pula..

Sayang.Ibu said...

btol..btolll..sama laa tu dgn beruk dan ungka...patut kena duduk dlm hutan atau kena kurung dlm zoo aje...hahhahaa

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak yati..sungguh menghairankan..dalam sekelip mata manusia pandai berubah,hanya yang cinta dan takut pada allah aku buat seperti biasa..selamat berpuasa kak yati..