Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 19, 2009

DEMI AGAMA

“Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu."

Sebak sedih, saya membaca suratkhabar hari ini. Inilah agaknya perasaan seorang ayah yang sudah membesarkan anaknya dengan sempurna tetapi ajarannya sudah dilupakan. Saya benar-benar tabik dengan beliau yang rela anak dihukum demi agama. Saya teringat cerita Saidina Umar yang menghukum anaknya disebat 100 kali kerana berzina. Pada yang tidak tahu, ini saya lampirkan sedikit ceritanya.

Saidina Umar merupakan seorang yang sangat disanjung tinggi oleh kaum arab Jahiliyyah sebelum beliau memasuki Islam. Kemana-mana sahaja beliau pergi, orang Jahiliyyah pasti akan menghormati beliau.

Suatu hari, Umar menyatakan hasratnya untuk memeluk agama baru yang dibawa oleh seorang Quraisy yang bernama Muhammad b Abdullah atau Rasulullah s.a.w. Apabila beliau menyatakan hasratnya kepada sahabat Jahiliyyah beliau, lantas mereka semua memusuhi Umar. Mereka telah menganggap Umar telah berpaling tadah. Sehinggakan sahabat beliau yang paling rapat sekali dengan beliau pada ketika itu merupakan orang yang paling membenci kepada beliau.

Oleh itu, orang-orang arab Jahiliyyah pun merancang untuk mengeluarkan semula Umar daripada agama baru itu. Akhirnya pada suatu masa, salah seorang daripada mereka mendapat idea untuk menganiaya Saidina Umar yang pada ketika itu menjadi Khalifah. Mereka memberikan suatu air minuman yang kelihatan seprti biasa tetapi dimasukkan bahan yang memabukkan dalam air itu. Lalu air itu diberikan kepada anak Saidina Umar yang bernama Ubaidullah bin Umar.

Selepas itu, orang arab Jahiliyyah mendatangkan seorang wanita Yahudi kepada Ubaidullah yang berada dalam keadaan mabuk itu. Lalu berlakulah perzinaan antara perempuan Yahudi itu dengan Ubaidullah yang sedang mabuk. Setelah sebulan selepas kejadian itu, perempuan Yahudi itu mengandung.

Selepas sebulan itu, perempuan itu bertemu dengan Saidina Umar selepas solat Subuh.

“Wahai Amirul Mukminin! Aku ada pengaduan yang hendak dilaporkan kepada kamu. Mahukah kamu menerima pengaduan aku yang benar ini?” kata perempuan Yahudi itu.

“Jika pengaduanmu itu benar maka khabarkanlah kepadaku”

“Wahai Amirul Mukminin! Lihatlah aku sedang mengandung. Dan anak yang ku kandung ini ialah cucumu. Anak kepada Ubaidullah, anak kamu. Dia telah berzina denganku”

Saidina Umar terkejut mendengarnya.

“Wahai wanita Yahudi, jika benar dakwaan kamu itu maka datanglah kamu besok pagi selepas subuh ke Masjid Nabawi”

Apabila tiba waktu makan, Umar menjemput kesemua anak-anaknya makan bersama-sama dalam satu bulatan yang besar. Ubaidullah dipersilakan duduk bersebelahan Umar maka isteri Umar disebelah kiri. Ubaidullah berasa hairan dengan tingkah laku ayahnya.

“Wahai ayah mengapa ku lihat tingkah lakumu berbeza sedikit hari ini?”

“Wahai anakku, makanlah sepuas-puasnya anakku. Mungkin ini kali terakhir kita dapat berasa makan beramai-ramai begini”
Ubaidullah kehairanan.
“Wahai ayah, mengapa ayah berkata begitu. Seakan-akan ada seseorang dalam kalangan kita tidak akan bertemu lagi. Adakah salah seorang dari kita akan meninggal dunia?”

“Anakku, kalau ayahanda bertanya bolehkah anakanda berkata benar demi Allah dan Rasul-Nya?”

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda akan berkata benar”

“Anakku………… Benarkah kamu pernah berzina dengan seorang wanita Yahudi wahai anakku?”

“Sungguh ayah! Perkara itu mungkin terjadi ketika anakanda berada dalam keadaan tidak sedar (mabuk). Kejadian ini mungkin berlaku sebulan yang lalu kerana pada waktu itu anakanda diberi minuman oleh beberapa orang. Selepas minum air itu baru anakanda sedar bahawa air itu telah diletakkan bahan yang memabukkan. Rupa-rupanya inilah yang terjadi ketika anakanda sedang mabuk itu.”

“Oleh itu anakanda, esok hadirkanlah dirimu ke Masjid Nabawi selepas Subuh.” kata Umar kepada anaknya.

“Baiklah Ayah”

“Ubaidullah, adakah kamu akan sedia menerima keputusan yang akan dibicarakan esok. Walaupun jika ianya tidak berpihak kepada kamu?” tanya Saidina Umar.

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda sedia menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh ayah esok” balas Ubaidullah.

Keesokkan harinya di Masjid Nabawi selepas solat Subuh.
Ramai penduduk Islam, orang arab kafir dan Yahudi berkumpul untuk menyaksikan perbicaraan Saidina Umar sebagai hakim terhadap anaknya Ubaidullah sebagai tertuduh. Umat Islam sendiri ragu-ragu dengan kekarismaan Saidina Umar. Dalam benak hati mereka “Mampukah Umar menjatuhkan hukuman kepada anaknya?”.
“Beranikah beliau menghukum anaknya sendiri?”.

Sementara orang-orang arab kafir dan Yahudi bersorak kegembiraan dalam benak hati mereka

“Umar sudah tewas!”,

“Umar tidak berani menghukum anaknya dengan hukum slam!”, “Kita berjaya melemahkan Umar!”.
Perbicaraan bermula. Saidina Umar memebacakan pertuduhan terhadap Ubaidullah (anaknya). Mahkamah begitu sunyi pada waktu pertuduhan itu dibaca. Selepas pertuduhan dibaca, mahkamah sekali lagi sunyi. “Berdasarkan pertuduhan yang telah dibaca dan siasatan yang terperinci telah dijalankan…. UBAIDULLAH!” Umar bersuara. Hati para hadirin begitu gemetar menunggu keputusan Saidina Umar.“UBAIDULLAH bin Umar! Kamu didapati BERSALAH kerana telah BERZINA dengan seorang wanita Yahudi dalam keadaan tidak sedar pada tempoh sebulan yang lalu. Oleh itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Ubaidullah dihukum sebat sebanyak 100 kali di hadapan khalayak ramai berdasarkan dalil dalam Surah An-Nur ayat 2:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada (terhadap) keduanya mencegah kamu (menyebabkan kamu susah) untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”

Mahkamah riuh rendah dengan pekikan orang Islam yang membantah keputusan Saidina Umar yang pada pandangan mereka kejam kerana tidak mempertahankan anaknya.
Tetapi lain pula halnya yang berlaku kepada orang-orang arab kafir dan Yahudi. Mereka semuanya terdiam dan tidak sangka dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Sehinggakan beberapa orang kafir dan Yahudi memasuki kawasan mahkamah menuju kearah Umar. Meminta Saidina Umar mengislamkan mereka kerana telah melihat keberanian dan ketegasan Saidina Umar melaksanakan hukuman Allah kepada anaknya sendiri. Dan kebanyakan orang yang diminta untuk diislamkan itu ialah orang yang merancang untuk memabukkan Ubaidullah dan menyebabkan Ubaidullah berzina.
Beranikah kita mengaku kesalahan seperti Ubaidulah? Beranikah kita bertindak seperti Saidina Umar? Zaman sekarang saya pasti, ramai ibu bapa kalau boleh akan melindungi anaknya walau kesalahan itu sudah tampak nyata..





8 comments:

ain said...

kalau kita boleh mencontohi saidina umar, pasti byk kejahatan dpt dibendung. malangnya sekarang ini ramai ibu bapa yg membela perbuatan salah anak2 mereka!

sy tabik dgn bapa model tersebut! klu sy ditempat beliau..sudah pasti tidak mampu utk mengangkat muka pun.
semoga kita semua mendpt pengajaran dr kisah saidina umar dan kisah model kartika.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK utk kak yati sekeluarga!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

speechless

kisah untuk diambil iktibar sama-sama

=|

tima kaseh kak utarakan isu ini... =)

Zilla said...

Kisah ini sangat bermanfaat untuk di contohi oleh kita semua. Semoga kita semua akan di lindungi dan di rahmati Allah hendaknya....Amin.

sofi said...

mmg contoh bapa mithali yg awak tonjolkan, yati. tahniah!
smg kebaikan kaum yg jd pemimpin ini tidak pupus lagi.

cheerio.

yatie chomeyl said...

aah kak, saya pon baca berita ni kat metro tadi..memang rasa kagum dgn ayah dia. Allah syg di alagi sebab tu bagi kesedaran mcm ni kan..alhamdulillah

Duke Luce Dell'amore said...

kisah tauladan yg dah lama jim xdgr & baca...thanks kak!

Intanaziela said...

termenung kejap intan. Dari siang tadi dok memikir tentang artikel dalam harian metro tu, dan terima kasih pada kak yatie atas kisah tauladan yang dipaparkan.. :)

nadia said...

zaman sy sekolah dulu..kalau setakat kena rotan tu..x de hal..
kalo berani, balik la cerita dengan mak abah, silap-silap lagi diorang tambah rotan ada la..

budak-budak sekarang..baru kena tengking sikit, mak bapak dh pasang lawyer nk saman sekolah..

macam-macam..