Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 18, 2009

PUTUS HARAPAN

Ketika saya balik ke kampong baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang mak cik yang sudah lama tidak saya ketemu.

“Lama tak nampak mak cik..” saya menegur.

“Mak cik dah pindah rumah. Tidak tinggal di rumah lama tu lagi. Pak cik kamu datang. Mak cik takut dan ajak anak-anak berpindah.”

Wanita ini sudah dikira warga emas. Tetapi baru beberapa bulan yang lalu diceraikan oleh suaminya angkara anak-anak tirinya. Kerana terpengaruh dengan kata-kata si anak, si suami menceraikan mak cik yang saya panggil Mak Cik As sahaja. Saya kenal dengan anak-anak Pak cik Dol bekas suami Mak Cik As, yang angkuh dan sering menjadi kritikan orang sekeliling.

“Pak Cik balik?” saya bertanya separuh ragu.

“Semasa bercerai dia kasi mak cik duduk di rumah yang kami tinggal dahulu. Mak cik tinggallah dengan anak-anak mak cik”

Disamping mempunyai anak tiri, mak cik As juga mempunyai anaknya sendiri.Ada 4 orang anaknya. Usia perkahwinan dengan pakcik Dol, bekas suaminya sudah hampir 30 tahun. Ketika berkahwin pak cik Dol adalah seorang duda kematian isteri. Ketika itu, Pak Cik Dol sudah mempunyai 5 orang anak.

“Lepas tiga bulan bercerai dia balik ke rumah. Kata dia itu rumah dia. Dia datang, makan di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Dia ajak anak-anak bersolat jemaah bersama-sama dengan dia. Mak cik malulah. Bayangkan mak cik sudah bercerai dengan dia, tetapi dia datang, tidur baring di rumah tersebut macam kami tidak pernah bercerai. Kami sudah sama-sama tua.”

Saya bayangkan wajah Pak Cik Dol. Lelaki yang sudah hampir 70 tahun itu sudah pasti kesal dengan penceraian yang berlaku. Yalah bayangkan, bertahun-tahun hidup bersama dengan Mak Cik As, dia terpaksa berpisah dengan wanita itu yang telah menjaganya hampir 30 tahun. Kalau saya sendiri pun, saya akan rindukan rumah dan orang yang pernah 30 tahun hidup bersama dengan saya. Bukan kata 30 tahun 3 tahun pun saya pasti rindu dan ingin kembali semula.

“Mak cik tak mahu kembali kepada pak cik semula?” saya bertanya sekadar menduga. Manalah tahu hari orang.

“Tidak, tak mungkin. Dia yang menceraikan mak cik di hadapan anak-anaknya. Dia telah mendengar segala fitnah anak-anaknya sendiri. Dia langsung tidak mengambil kira perasaan dan pandangan, anak-anak mak cik sedangkan itu juga anaknya. Biarlah mak cik tinggal sahaja di rumah sewa bersama anak-anak mak cik. Dia nak ambil rumah tu ambillah..”

Tampak mak cik As sudah nekad. Sebenarnya saya simpati dengan kedua-dua mereka. Baik pak cik Dol biarpun Mak Cik As. Mereka terperangkap dengan permainan anak-anak yang tidak mempunyai perasaan. Anak-anak yang mementingkan diri hanya kerana berebutkan harta. Bagi saya sepatutnya anak-anak yang mengadu domba sehingga memecah belahkan rumah tangga ayah mereka sendiri, perlu diikat dan dicampakkan ke dalam kandang harimau, supaya mereka tahu apa ertinya kesunyian dan putus harapan...



13 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

secebis kisah hidup yg boleh dijadikan sempadan dan teladan... =(

ain said...

malunya punya anak2 yg begitu!!!

Duke Luce Dell'amore said...

simpati pd mak cik As..
semoga die terus tabah harungi dugaan hidup..

Zilla said...

Itulah yang di namakan kehidupan... Di harap Makcik As tabah dan sabar selalu. Kita juga tidak tahu apakah nasib kita di hari tua nanti....

ameeza77 said...

saya selalu terfikir, setelah berpenat lelah melayar bahtera, merempuh hujan panas bersama .... akhirnya manusia tunduk pada rasa benci. di manaka perginya kasih sayang yang dipupuk sekian lama?

Casper a.k.a wifee en.atan said...

kak yati

macam mana pulak dgn anak yg menyingkir diri sendiri dari ayah kandungnya dgn niat tak mau menganggu keharmonian keluarga baru ayahnya???
pening kepala

ibu aira said...

sian makcik tu.. patutnya di usia emas dia berbahagia di samping keluarga tercinta. tak siapa sangka dugaan datang menimpa kala bahgia yang pernah dimilikinya... sedih!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

sedihnya menghadapi hari tua sendirian kan?? kata org kalau bercerai mati..banyak kenangan manis. tp bila bercerai hidup lebih banyak pahitnya..
org tua.. bila tersentuh hatinya susah untuk memaafkan.. apapun harapnya ada kebahagiaan untuk dua warga emas itu.

Leeza said...

salam akak..
memang tak berhati berut tul anak-anak sebegitu. Patutnya kita bahagiakan ibubapa kita di usia emas mereka.Mereka bukannya jaga Pak Dol pun, jika jaga mengapa Pak Dol balik semula? Akak...kalau ikat dan lempar ke kandang harimau, mereka tak sempat merasa kesunyian pun sebab dah k.o kena ngap si harimau. letak je di gurun tanpa penghuni.

GreenJade said...

sedih lah kak..

nowdays manusia lebey pecaya ckp2 molot dr melihat dgn mata kepala sndiri..

inilah akibat bila emosi mengatasi segalanya..

simpati sy dgn nasib makcik As.xceli dia mmg tabah.

moga 'keluarnya' beliau dr umah tuh dpt membuka minda & mata hati Pak Dol erti kasih-syg..moga PakDol diberi petunjuk betapa kejamnye pbuatan dia slama nih!!!

*kasi ikat kt pokok & kasi kerengga gigit lah kak..baru padan..!! hehe*

kakyong said...

kakyati,

maaf kak yati, lama tak jengah sini.. saya baca dari kejauhan jer.. x tinggal komen pun..

memang molek pun diikat & dicampak ke kandang rimau.. ish ish,, berdoalah semoag kita & anak2 kita tak menjadi anak2 yg merosakkan kebahagian org tua kita...

fizafe said...

mcmlah anak2 dia yang nak menjaga ayah tu nanti bila dh tak berupaya

Audra Sazreena said...

Ada juga kes anak-anak menyokong sangat ayah mereka berkahwin lagi dengan harapan mereka dapat mengikis harta ibu tiri mereka dan juga harta pusaka peninggalan arwah suami ibu tiri mereka!!!