Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 12, 2009

SEDIHNYA

Terperanjatkan bila baca blog yang ditulis oleh Azwan Ali dan sudah pasti ditujukan kepada Adibah Noor.


Saya terfikir, di mana perginya budi bahasa seorang melayu, yang terkenal sejak dahulu lagi? Mana perginya rasa kasih sesama umat islam. Kenapa perlu dibabikan seorang wanita yang punya emak dan ayah, di khalayak ramai (saya mengatakan khalayak ramai kerana pasti ramai yang membacanya).
Bagi saya fungsi blog ianya amat cantik sekali, disamping meluahkan rasa, mencatat segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian, ianya juga boleh membina persahabatan dan menanamkan sifat kasih sayang. Setiap kali saya meletakan entry, saya sering memikirkan kesannya. Adakah pembaca akan gembira dengan entry saya atau dapat sesuatu apa yang saya tuliskan.
Walau bahasa yang saya gunakan agak ringkas, tapi saya sentiasa menjaga bahasa saya supaya kemas dan tidak melukakan hati sesiapa.
Entahlah, setiap orang mempunyai pandangannya masing-masing tetapi sebagai orang Islam yang bermaruah saya rasa, sesiapa pun tidak akan sanggup membabikan seseorang secara terbuka begini.

43 comments:

Intanaziela said...

manusia2 yang hanya memikirkan kepuasan diri tanpa memikirkan kesan atas orang yang membaca memang begitu. Lupa agaknya dia, orang yang diaibkan itu juga punya perasaan....

p/s: intan sentiasa terhibur dgn celoteh2 kak yatie... peace...hihihi

aZRi aZLaN said...

salam, puan.

saya juga naik hairan dengan sikap azwan ali. sewajarnya dia tunjukkan sifat yang matang, melambangkan umurnya yang menginjak ke senja.

sudah ramai blogger memboikot blog azwan ali.

pija5120 said...

ishhh... terkejut gak baca...tgk la rancgn dia yg mengarut2 tu!!!

umie said...

salam kak...

nasib baik la umie ni x la fanatik sgt ngan artis..baca blog artis pun jarang..nak buka blog diorg lagi la jarang tp umie ada dengar gak pasal blog dia ni tp xda la berminat nak buka blog nyer..

Marzalina said...

memang leser betui mamat nih kan kak. Apapun..biar Tuhan saja yg membalas setiap perbuatan buruk. intan pernah memdengar sebuah hadis yg berbunyi..barangsiapa yg caci mencaci diantara satu dengan yg lain, maka dia tidak akan lagi dipandang Allah.

ain said...

sebenarnya apa yg diluahkan menggambarkan peribadi penulis tu sendiri.mungkin penulis terlupa , sekali kita mengaibkan orang, 10 kali aib kita sendiri yg terbuka!

sy tdk mengikuti perkembangan dunia hiburan tnh air, sekali2 bila mendengar cerita2 yg sensasi, rasa terkejut gak...mcm teruk gitu!!

akak Roosni said...

salam NB,
saya pembaca senyap blog NB,tapi baru sekarang nak tinggalkan jejak.
penggunaan bahasa kasar ni telah jadi budayalah pulak tapi yang peliknya kebanyakan mereka ni orang yang terpelajar dan luas pengetahuan ugama.pelik....tp pandang balik kebelakang kehidupan kita terutama dgn keliling dan khasnya kedua Ibu Bapa

akak Roosni said...

salam NB,
saya pembaca senyap blog NB,tapi baru sekarang nak tinggalkan jejak.
penggunaan bahasa kasar ni telah jadi budayalah pulak tapi yang peliknya kebanyakan mereka ni orang yang terpelajar dan luas pengetahuan ugama.pelik....tp pandang balik kebelakang kehidupan kita terutama dgn keliling dan khasnya kedua Ibu Bapa

akak Roosni said...

salam NB,
saya pembaca senyap blog NB,tapi baru sekarang nak tinggalkan jejak.
penggunaan bahasa kasar ni telah jadi budayalah pulak tapi yang peliknya kebanyakan mereka ni orang yang terpelajar dan luas pengetahuan ugama.pelik....tp pandang balik kebelakang kehidupan kita terutama dgn keliling dan khasnya kedua Ibu Bapa

Mama Safiyyah said...

betul kak.....saya setuju......memalukan kan.....nanti kalau dibaca oleh budak2, diorg ingat tak salah pulak buat macamtu.......and to think yg dia anak seorang ustaz yang disegani....benarlah......iman tak dapat diwarisi......

saya pernah belajar mengaji dengan arwah ustaz ali....seorang yg telah banyak berjasa kepada anak2 dikawasan kami.....semoga rohnya tenang disana dengan doa anak2 didiknya....kalaupun bukan doa anaknya sendiri......

LiLa said...

Kak,
Kadang-kadang saya menjenguk juga ke blog AA. Sedih melihat mentaliti bekas graduan melayu kita walaupun dianya personaliti TV. Aznil contohnya personaliti juga...tapi budi bahasnya terjaga. Bahasa menunjukkan Bangsa. Sedih...sedih...dengan dia ni...

yatie chomeyl said...

memang sakit mata & sakit hati baca blog azwana tu kak. saya memang nyampah dan memang tak gi baca. cuma terbaca apa yang dia tulis bila gi baca blog gossip.

dulu dah ada usah auntuk flag blog dia, tapi ntahlah, tengok masih ada lai blog tu..haisyyy

GreenJade said...

hmm..mmg jelek lah akak..

itulah bile emosi menguasai diri..ckp pon dh mcm org x beriman.. :(

fzzh said...

Salam Kak Yati
Jangan terkejut dengan budi bahasa seorang bernama Azwan Ali. Kerjanya tak habis-habis aje bergaduh sana-sini. Nama aja seorang granduan & berpelajaran, tapi bahasa haprak. Mungkin kita boleh cadangkan dia jenguk lelaman akak, cuba cedok ilmu & bahasa yang akak gunakan.

Audra Sazreena said...

Saya rasa dia ni ada multiple personality disorder. Mungkin blog itu hasil tulisan personaliti dia yang lagi satu, masa dia jadi hos atau pengacara, dia ada lagi satu personaliti, kalau jadi pelakon, ada lagi satu personaliti, selain dari dirinya sendirilah kan...

dhan said...

salam k.yati....
pelikkan dunia ni...orang terpelajar cam dia ni bleh memaki hamun sesuka hati... ntah hape2 ntah... saya memang xsuka sgt ngan dia ni...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tu namanya gila glamor kak...

merepek jer lebeh blog tu!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
Manusia ni lupa yang lidahnya, tangannya akan ditanya di sana nanti.
Pelik jgk dengan perangai manusia yang bangga diri dikenali dengan mulut celupar! Tak faham btol!

akak Roosni said...

salam,
maaf NB sampai keluar 3 komen yang sama..akak bukan pandai IT sangat..

~:|:sara:|:~ said...

ngucap sara baca sub-enty dlm blog AA tu...Nauzubillah, mintak² kita sume di jauhi dr melakukan perkara begitu..

*mcm hape je maki² ni..cm la dia tu bgs sgt!

zakiah said...

Salam puan
memang pelik baca blog tu
saya mengikuti pengacara ini ini secara tak berapa detail sejak beliau mengutamakn muzik-muzik dulu...
berubah benar rasanya
harap kita semua tak terpengaruh

~Kak AZZ~ said...

salam...


sampai bila 'kita' nak biarkan dia mengaibkan sesama insan sesuka hati dia ekk...adakah kerana dia 'lawyer' dia boleh bercakap ikut sedap mulut dia je....nauzubillah....

puteri_kebayan said...

azwan ali punyer mulut memang xdak insurans..
xsuka dia!!!!!!

ibu aira said...

org mcm dia tu kak, hanya rasa dia je yg bagus dan terbaik. padahal diri sendiri dah jauh menyimpang dari jalan yg benar. gaduh sana gaduh sini macam bagus!!! org nak tulis blog dia pun nak tulis blog. blog dia menampakkan betapa ceteknya pemikiran manusia yang bernama AZWAN ALI!!!!!

Jiwe selerak said...

salam akak..
azwan ali mmg cm tue kn! ayt yg kua dri mul0t die xpenah ngan el0k.ckp cm tak pena blaja agme. kang ckp xblaj ta0 lak marah. tp maki 0wg cm ader kt tmpt tgi sgt. b'taubat lah dari menghine owg. sdr lah manusia sume nyer same taraf. yg beze nyer kaye,mskin,budi pekerti,pangkat!! kal0 stkt kaye dng harta tp tader budi pekerti cm ngalah owg tader harta,bek gali lubang kubur then tanam sniri diri.. maaf kal0 agk ksr! tp tue yg ptot sdr kn diri die

Mrs.Sheikh said...

tu la pasal.. bahasa azwanaaa ali ni mmg kurang ajar skit akak..
ni akak buat entri ni kang ada gak dia meroyan ...
tp betullah rais yatim kene black list dia ni. bahasa kurang sopan..
nape ek takde akta utk benda2 camni??

tiny laiman said...

Salam Kak YATI...BILA tiny terbaca coretan dia..tiny pun terkejut..sbb boleh katakan dia ni terdiri dari golongan yang ijak pandai..dgr citer dia ada ijazah dlm bidang undang2...Honestly tiny katakan dulu awal kemunculan dia sebagai pengacara muzik2 tiny minat sangat2...minat teramat sangat..tp bile tgk dia skang ni tiny sedih sangat2...at least hargailah peminat yg sayangkan dia..tiny harap abang azwan akan berubah...itu doa tiny yang tak putus kak yati...

Mujahidah said...

saya rasa azwan ali ni ada sakit. Cadangkan dia jumpa psychiatric!..seriously his writing shows that he has a very unstable mind!
It's scary to see sumeone like him acting in this way.. entah di mana pengkahiran perkara ini, jagan tiada pengakhiran sehingga di panggil tuhan sudah.. Ya Allah bantulah dan bimbinglah kami semua..ameen

Leeza said...

salam kakak...
agaknya si AA itu nak jadi BILLY MILLIGAN tak?

dayah said...

Salam Kak Yati,
Mualnya baca entri dia. Tak ada nilai langsung.
AA buatkan dirinya makin tidak di sukai!!
To u AA, if u r reading. Pls la, be matured! U'r older but don't know how to "berbudi bahasa"
Menyamakan manusia dgn haiwan, melampau sungguh. Kalaulah anda yang di samakan seperti haiwan sudah pasti melenting. Habis heboh seluruh media.
Used ur good brain before you said!!!
Semoga kita semua dalam redhaNya.

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..manusia kadangkala lupa, tidak selamanya kita mahu menongkat langitkan..

azri...usia sahaja senja, tapi fikiran macam anak-anak...tapi akak rasa budak2 pun tidak pandai bercakap kasar begitu..

Intan..betul le kata hadis tu, orang yang suka caci mencaci ni memang tidak mendapat limpahan rahmat..

pija..akak chichat tengok juga, tapi kalau da bahasa memaki hamun orang macam tu..nak tengok muka dia pun kita seramkan..

NORHAYATI BERAHIM said...

umie..sesekali akak buka juga blog2 artis ni, nak tahu perkembangan dunia..konon2nya..he.he

ain..setuju sangat cakap ain..apa yang dia cakap itulah peribadi dia..

Akak roosni, ini bukan budaya kita, tapi betul juga cakap anak..kita kena pandang ke belakang, tgk ibu bapa kita..tapi kalau dgn ibubapa pun tak berbaik sangka..macamana kan?

mama saffiyah. kadangkala bukan salah ibu bapa mendidik, tapi salah anak itu tidak mendengar dan mahu mengambil apa yang baik

Lila..terfikirkah kenapa manusia seperti ini bercakap kasar, memaki hamun orang..sakit ke dia?

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..blog yang bercakap kasar ni patutnya diflagkan..kenapalah dia jadi macam ni..

Tini..cukup2 menjelekkan..

fizzh tahu dia ni laser tapi taklah sampai nak membabikan orang..bahaya sungguh..

Audara dia kena jumpa pakar kot untuk indentify apa masalah dia..

dhan..sebenarnya tak pelik..orang terpelajarlah yang ramai berkurang ajar..sekarnag ni..

NORHAYATI BERAHIM said...

nuar apa yang ditulis diblog..itulah peribadi yang empunya blogkan..

Nik..betul2, dia lupa diakhirat yang tangan, mulut dan semua anggota badan akan menjadi saksi dia..

akak roosni..ha.ha..tak apa, tak apa..

sara..dia rasa terlalu bagus sebab itu dia memaki hamun macam tu..

zakiah...selalunya orang berharap akan berubah ke arah kebaikan tapi lain pulak ya..

Kak Azz, orang begini susah untuk disedarkan tapi mungkin kita boleh berdoa untuk dia, supaya berubah..

NORHAYATI BERAHIM said...

puteri kebayan..sedih orang melayu begitukan..

yatie..betul sungguh cakap yatie, orang nak tulis blog..dia nak tulis blog..tapi gunakan cara yang salah..

jiwa selerak, oran macam ni tidak pernah melihat dirinya di cermin..

Mrs sheikh..akak setuju sangat2 rais yatim kena tengok dan baca blog dia..

Tiny..yelah kalau tak mampu tutup mulut dia..kita hanya mampu berdoa untuk dia..

Mujahidah..Ameen..memang azwan ni rasa ada sakit, kalau tak sakit tak ada dia buat perangai macam ni

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..billy dia bunuh aje..tapi kata orang..perkataan lebih tajam daripada pisau..

dayah..manusia macam tulah, cakap orang sesedap rasa sahaja..cuba diri sendiri yang terkena..

untuk semua, marilah kita berdoa untuk AA, moga-moga satu hari nanti beliau mendapat pentunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT, moga-moga hatinya dan hati kita juga dibersihkan dari hasad dengki..AMEEN..

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak.hati2 ja nanti c mulut lizerazwanali menyembur aka...he..he..apa hal c azwan tu ya..dah buang tabiat ke or tak ada yg ambik dia buat pogrem tv..

NORHAYATI BERAHIM said...

Liza..dia nak sembur? tak kerja ke dia?..tak apa..kita doakan dia..berubah jadi baik, jadi lemah lembutkan..itu yang lebih afdal..dari kita maki hamun dan marah dia balik..

Duke Luce Dell'amore said...

kak,owg macam ni akalnya xpanjang..sbb tu die bercakap secara membabi buta..
last2 die yg jd hina mcm binatang tu coz owg lain tetap hargai bakat owg yg die hina tu..

Hayatito said...

salam kak yati..
orang yang ada penyakit hati mcm ni je yang suka meraban/memfitnah/mengata org yang bukan2..

Mintak2 dia bertaubat sebelum terlambat..hidup pn bukan lama..

Lagi satu, blog dia xde la fames mana..takat 6-10 komen banding akak dgn dia, blog akak lagi fames..

ha ha ha..

since1990 said...

ala die tu dh x glamor so suke la cari publisiti murahan kak yati..heee...dgr2 blog die dh kena hack..padan la sgt...hehe

Unantichrist said...

Assalamualaikum...Akak..terlebih dahulu sy ucapkan ribuan terima kasih cz telah bagi novel akak yg bertajuk Viva Sakura dekat suami sy untuk sy yg berada d turkey skarang ni..Akak..nama sy Nuraini..sy telah pun berkahwin dgn warga turkey..macam akak :)..akak..anak akak comel sgt2..Ummm..akak lau akak ade facebook tau yahoo messenger hrp akak blh bg dkat sy..Lau blh sy ingin mengenali akak dan kluarga akak dgn lbh dekat..di sini sy sertakan email sy..guzellerguzeliaini@yahoo.com.my..

Unantichrist said...

Akak..maaf saya tersalah info..novel Viva Sakura tu adalah pengarang lain..sy ingatkan akak..maaf yee..
novel tu sebenarnye sy dpat dari suami sy...suami akak yg berikan kepada suami saya..ape2 pun trima kasih sy ucapkan..