Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, August 10, 2009

BEG SELEMPANG

Saya ni memang jarang ada beg tangan biasa. Ke mana-mana saya bawa sling beg atau bag selempang. Tak kisahlah harganya asalkan cantik dan sedap mata memandang. Tetapi membawa beg ini rupanya menimbulkan persepsi berlainan orang terhadap saya.

Kak..hari ni tak berniaga ke?"
satu hari saya ke pasar malam, seorang penjual kuih pau menegur saya.
"Berniaga?"
"Akak berniaga pasar malamkan?"
"Taklah, bila masa akak berniaga pasar malam?"
"Oh ingat akak berniaga pasar malam. Selalu orang berniaga pasar malam suka bawak beg besar dan cara dia pun macam akak.." huwaa..ha.ha.ha..

Hari ini pula saya ke tesco. Saya nikan suka shopping, petaling street pun saya shopping, harrods pun saya masuk (tapi nak beli bag shopping harrods pun saya tak mampu..window shopping ajelah..ha.ha.).Saya belek baju yang berharga RM50.(kedai kat luar tu )
"Dik tak boleh kurang ke.."
"RM45 boleh le kak?"
"Hmm...RM40 tak boleh ke dik?"
"Tak bolehlah kak? RM43lah.."
"Iskk..ko ni RM3 pun berkira aik..."
"Alah kak duit tu kak. Saya tahu akak mesti kaya banyak duit.."
"Aik mana ko tau akak banyak duit.."
"Alah saya tahu akak mesti kaya, akak orang berniagakan?"
Pening saya mana budak ini tahu saya berniaga. Dia pernah nampak saya ke berniaga buku di Pesta buku?
"Mana kau tahu akak berniaga.."
"Orang berniaga selalu bawak beg macam akak. Pakai sling beg, duit banyak..sebab takut orang ragutkan.."
Huwaa..ha.ha..rasa nak gelak guling-guling. Tetapi bila balik terfikir juga kata adik tersebut. Mungkin ada betulnya....


11 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

satu beg, dua persepsi berbeza...mcm2 manusia nih...hikhikhik =D

Leeza said...

salam kak
hehehehe..... betul jugalah kan
tapi pakai beg itu mmg selesa...keh3.

Umie said...

kak..umie pun pakai beg gitu gak..selesa dari pakai handbag..kalu boleh..umie nak gak pakai gitu ke ofis tp rasa janggal la pulak..hihihih

Mrs.Sheikh said...

haha.. beutl juga kan kak..pakai sling bag payah skit nak kene ragut. haha:D

GREENJADE said...

salam kak..pekaba?

sy pon suke style gini nmpk rugged & selesa gitu.. ;)

tp kan kak..kat europe it's seems to be a normal style aje kans..tua muda kecik besor pakat2 carry slig bag tuh ye x..hehe :)

*sy dh slmt abes 'Aku Bkn Billy Milligan'..mmg best & malatop gitu..kwn2 pon dh pakat2 start cari2 novel tuh kt kdai2 buku hehe*

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

pasni cuba akak bwk beg plastik biasa lak jenjln p shoppig..
kite try tgok ape persepsi owg lain plak..mesti akan ade yg leboh pelik..ngee..

idasm said...

akak.. bahaya jugak persepsi org 2 ni ttg beg selempang ni yea... apa2 pun pakai beg selempang ni mmg selesa n feel safe. teruskan aje kak.. pendulikan diorang!!!!

ain said...

hehehehe...tp ada betulnye kak yati. sbb rata2 para peniaga suka pakai sling bag, pas tu selempangkan kat bahu.

psst...kak yati, sy dh abis bc ABBM mlm td, aisey mannnnn....sodap weiiiii!!!tahniah kak!!

Unknown said...

Salam Kak,
Saya pun pakai sling bag jugak. Even pegi kerja pun saya pakai sebab mudah dan selesa.

dhan said...

kak.. sayapun suka bwk sling bag.. ringkas jer..
tapi cam pelik plak orang bila orang percept camtu.. maybe sbb biasanya remaja2 yg suka bwk sling bag tuh kot..
nanti bile saya dah umo baya2 akak bwk sling bag mesti orang cakap camtuh gak.. hehehehehe

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak yati..liza selasa menggunakan sling beg bila liza pergi shoping dkat miri..kadang ada baiknya juga mengunakan sling beg dan ada juga keburukanya bila kita diragut...liza ada beberapa biji sling beg kalau nak jalan jauh ja liza pakai..he..he..