Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 15, 2009

MATI ITU PASTI

Pukul sebelas pagi itu saya menerima berita Ustaz Asri meninggal dunia. Berderau darah saya buat seketika. Saya baru sahaja menghabiskan novel terbaru saya 'Ranting Cinta Si Plato'. Di dalam buku tersebut saya ada sertakan lagu Pergi tidak akan kembali' nyanyian dan lirik dari Ustaz Asri sendiri. Di dalam itu juga ceritanya berkisar tentang isteri kehilangan suami dan tidak dapat menerima hakikat tersebut. Ya..ALLAH, hati saya berdetik. Kau kuatkan semangat isteri Ustaz Asri, kau kuatkan semangat anak-anaknya menghadapi kehilangan., lebih-lebih lagi mahu menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya berdoa sungguh-sungguh sehingga saya sendiri menangis. Saya menangis bukan kerana kesal Ustaz Asri yang suaranya begitu lunak pergi, tapi saya sedih mengingatkan keadaan isterinya yang harus mengendalikan 6 orang anak tanpa suami di sisi. (saya memang emosi keterlaluan ada waktunya).
Terus terang saya sendiri banyak bersedih menulis novel ini (tapi happy ending) Tetapi saya harus habiskan kerana kematian akan dilalui oleh sesiapa sahaja. Buku ini bukan buku tazkirah. Tetapi tidaklah terlalu ringan seperti Billy Malligan.
Dan esoknya saya berjumpa dengan Lily Haslina. Kami lepak-lepak dan makan di Sogo bersama dengan editor saya. Saya bising sungguh dengan Lily. Kami bercerita mengenai pemergian Yasmin Ahmad dan Ustaz Asri.
"Dalam blog kau dengan Nora asyik tulis tension sahaja, asyik meroyan. Hidup ini kena relax. Kau suka menulis, kau cintakan bidang penulisan dan seharusnya penulisan tidak membebankan kau dan membuat kau tension. Tulis dengan fikiran yang lapang.." (sorry Nora aku mengumpat ko-kurangkan minum kopi kau tu).
Memang ada beberapa orang pernah bertanya dengan saya. Akak tak tension ke menulis? Tengok penulis lain dalam blog tulis asyik tension sahaja mahu menghabiskan novel mereka?
Tidak..bagi saya bidang penulisan adalah minat saya, tumpuan saya sepenuhnya kepada penulisan. Ketika menulis saya menangis, saya ketawa dan juga bergembira dengan tulisan saya. Semuanya berbaur menjadi satu.
Bila kepala saya tepu tak boleh menulis, saya keluar. Saya ajak pembantu rumah bershopping. Kalau tidak untuk saya, saya belikan siapa sahaja yang saya ingat. Kalau terlalu penat untuk menulis saya berchatting, ambil masa dalam 15-20 minit mengaji Al-Quran dan juga memasak.
"Saya kurus beberapa kilo ketika menulis .." Lily memberitahu. Mungkin tak ingat makan agaknya.
"Aku pulak menjadi semakin gemuk dan gemuk.." saya pula menjawab. Kami ketawa. Apa tidak gemuknya. Duduk sahaja menulis sambil minum susu panas (saya tak minum kopi dan jarang minum teh).
Mati akan datang, bila-bila masa sahaja. Secara mengejut atau secara perlahan. Tetapi mati muda boleh dielakkan dengan menjaga diri dan menghindarkan tekanan. Saya selalu berdoa setiap kali solat, kalau tuhan mahu ambil nyawa saya, ambillah. Tetapi biarlah selepas Qaisara sudah mempunyai keluarganya sendiri.

20 comments:

Leeza said...

salam akak...
semua akan mati....dan thanks sebab selalu mengingatkan za untuk jaga kesihatan diri. semoga kematian kita dalam keadaan beriman.
Tahniah atas siapnya RANTING CINTA SI PLATO.
Semoga isteri arwah Ustaz Asri dan anak2nya tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup.

Rose Harissa (NORA) said...

hahahaha... patutlah saya tersedak-sedak masa minum nescafe pagi tadi...

Lily Haslina Nasir said...

ha ha ha...
apa apa pun... kita sudah jatuh chenta ngan sogo..
chenta berpaling tadah dari midvalley ke sogo...
banyak baju seukuran badanlah kat sana....

ibu aira said...

betul tu kak. mati tu pasti. bila-bila masa je Allah boleh jemput kita. semoga isteri dan anak-anak ustaz asri tabah dan redha dengan kepergiannya...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

al-fatihah utk arwah ustaz asri dan keluarganya, semoga mereka tabah dan menerima doa2 semua org yg mendoakan ketenangan mereka sekeluarga...amin

hoye2! Si Plato lak kuar! Cepatin hantar kilang cetak...kikiki =D

yatie chomeyl said...

insya Allah,moga doa akak di makbulkan..dapat tengok Qaisara berkeluarga dulu..amin

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak..sedihkan kak ustaz asri meninggal tapi apakan daya kita mati itu pasti,bila dan dimana tak kira tempat, hanya allah yang tahu dan dan kesian anak2 ustaz asri semoga isteri/anak2 tabah untuk menghadapi saat kehilangan suami/ayah,liza pun macam kak,kita kena besedia untuk menghadapi saat kematian tapi liza pohon pada allah biarlah selapas anak liza berumahtangga dan moga allah dengar doa rentihan kita ya kak..siapalah kita..Perginya tak kan kembali hilanglah sebutir bintang,semoga rohnya ditempatkan disisi orang beriman.amin..

Duke Luce Dell'amore said...

Al-Fatihah utk Allahyarham..

mati itu pasti..tp jim sgt takot klu tetiba kehilangan insan2 yg jim syg secara tiba2..
smoga kluarga jim dipanjangkn umur & dimurahkn rezki..
begitu juga utk akak & sekeluarga..

umie said...

salam kak...
kak sya pun turut bersedih baca n3 akak ni..x sabar rasanya nak beli buku tu...

umie turut mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama org yang beriman dan semoga keluar arwah ustaz asri sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

idasm said...

kak yati, mmg terperanjat juga bila dpt berita kehilangan ni kan.. al-fatihah buat arwah dan semoga isteri dan anak2 arwah sentiasa dipermudahkan jalan hidup mereka.

kak yati, seronok dgr akak lepak2 kat shopping compleks feveret ida tu, dan seronok juga bila dgr kak lily dh jatuh chenta ngan sogo.. hahaha.

bagi ida.. hidup mesti enjoy! hehe.. tension2 tak mainlah kan kak!

tahniah juga atas novel baru. ida baru beli ABBM tadi kat pustaka mukmin. 2 minggu lepas ida dh khatam kembalikan cintaku.. best!!!!!!

ain said...

semoga isteri arwah sabar dan tabah menghadapi dugaan ini!!! dan semoga roh arwah dicucuri rahmat!!

psst.....x sabo nak tunggu novel baru akak pulak.

GreenJade said...

sy pon sebak dgn berita sedih ni..moga isteri beliau & anak2 trus tabah & strong dlm mhadapi hari mendatang..

..yg pasti bile janji itu dtg..kita pasti akan tetap dijemput oleh-Nya..

kak...bestnye..!!ade comin' novel ek?x sabor tggu nih..dh penuh koleksi NB kt umah nih..suke..suke..!!hehehe :)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak yati..
mmg terkejut hari tu bila masa kita chit chat akak bgtau ustaz asri dah kembali ke rahmatullah..
Teringat lagu nun di sana nyanyian ustaz yang menginsafkan..
"NUN DI SANA CITA2 KITA
YA AKHIRAT NAMANYA
DI DUNIA INI BUKAN TMPT TINGGAL
DI SINI HANYA SEMENTARA TIDAK KEKAL"

airina said...

memang tak caya kan kak yati?
macam still terkenang2 kenangan waktu sekolah lu, masa tu ada Minggu Kesenian Islam
sekolah jemput arwah ke sekolah
masih terasa kata2 motivasinya walau ia hampir 6 tahun berlalu...
AlFatihah tuk arwah Ustaz Asri...

ps:-xniah kak yati!bila nak publish that new novel???jeng jeng jeng

Intanaziela said...

yang pasti...mati itu pasti..cuma bila waktunya bukan kita yang menentukan..masa mendengar berita itu, terkedu sekejap. Semoga rohnya dicucuri rahmat...Alfatihah..

Insyaallah..semoga kak yatie terus sihat untuk melihat Qaisara membesar di depan mata....

NORHAYATI BERAHIM said...

Za..AMEEN..AMEEN

Nora..kau minum lagi kopi ke? migrin2

Lily..baru ko tahu penangan sogo ha.ha.ha..

yatie..bilalah turn kita ya..

NORHAYATI BERAHIM said...

Nuar..Ameen..Ameen..buku tu lambat lagi..standby aje..he.he

yatie..harap2 begitulah..dapat tgk qaisara bersanding..he.he..AMEEN

Liza memang kita kena bersediakan..harap2 kita sempatlah menghadapi hari tua..AMEEN..

Jim..memang betulkan jim, janganlah kita diduga..janganlah kita kehilangan.

Umie..beliau orang yang baik2..tuhan pinjamkan sekejap sahajakan..

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..betul2 kata ida..hidup mesti enjoy tak boleh tension sangat..apa yg berlaku kena terima dgn hati yg terbuka..

Ain..akak pun harap begitu..moga isteri Ustaz sabar menghadapi hari mendatang..

Tinie..lambat lagi buku tu keluar..bagipeluang dekat penulis lain..asyik si NB aje..he.he

Nik..hidup didunia smeentara, hairankan orang yang berlumba2 utk kaya hingga sanggup menikam orang lain..

NORHAYATI BERAHIM said...

airina mati itu ketentuan ALLAH..cepat atau lambat sahajakan?

Intan..sama2lah kita berdoa supaya dapat tengok anak2 kita membesar dan berdikarikan intan.>AMIN..

Marzalina said...

salam kak NB..intan doakan kak NB panjang umur...dan dapat tgk qaisara berjaya dalam hidup..amin.

intan pon gi sogo kak..hari isnin tu.