Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 4, 2009

MAHAL SUNGGUH!

Dalam seminggu ni selalu sangat saya nampak anak dara saya ni bawa beg warna biru ini ke hulu ke hilir. Beg ini saya dapat percuma daripada Gurdian kerana membeli shampoo dan beberapa barangan kesihatan.

Qaisara memang suka sangat dengan barangan penjagaan diri dan juga makeup. Tapi saya tidak begitu mengalakkan dia memakainya, kecuali minyak wangi.

"Apa dalam beg tu Qaisara?"
"Umi nak beli ke?" dah dia dah buat perangai lagi. Tak ada kerja lain asyik menjual beli.
"Hmm..sebelum beli kena tengoklah apa yang ada kat dalam tu Ta.." kadangkala panggil nama penuh Qaisara, kadangkala Ta, kadangkala Teta..


Beg yang dibawa ke hulur ke hilir oleh Qaisara yang mengandungi semburan pewangi, mesin kira-kira dan shampoo power puff girl.

Lalu anak dara saya keluarkanlah satu persatu barangan yang berada di dalam beg berwarna biru itu.
"Ini piss..piss...." kata Qaisara sambil menunjukkan dua botol warna biru dan merah jambu.(minyak wangi dirujuk sebagai piss..piss oleh Qaisara)
Ya..saya kenal minyak wangi yang dikatakan oleh Qaisara, kalau bukan saya membelikan siapa lagi.
"Ini pula shampoo.." Qaisara mengeluarkan sahmpoo powerpuff girl daripada dalam beg biru itu.
Saya hanya menganggukkan kepala.
"Itu nak jual juga ke?" saya tunjukkan pada mesin kira-kira yang turuT dikeluarkan.
"Hey..taklah, itu Teta nak kira duit. Tak boleh jual.." ha.ha.ha..
"Hmm..beg biru ni pun nak dijual?" sakat saya lagi..
"Heh..tak, tak. Kalau jual, piss..piss..(minyak wangi) nak letak mana?" ha.ha.ha..saya gelak lagi.
"Hmm..nak beli tak?" jurujual ini tak sabar-sabar nak meniaga rupanya.
"Hmm..boleh juga. Mana satu yang wangi? Biru ke pink?"
"Cubalah.." lantas Qaisara menyemburkan ke dua-dua minyak wangi tersebut kepada saya.
"Saya nak warna pink boleh. Warna pink ni wangilah.."
"Boleh.."
"Berapa ringgit ni?"
"Tiga ringgit sahaja......"
"Wah..murahnya. Tak pernah ada minyak wangi semurah macam tu.."
"Nak beli ke tak?" macam marah aje bunyinya jurujual ini?
"Nak..nak.." pantas sahaja saya menjawab.
"Bak 3 ringgit.." lantas saya berlakonlah memberi Qaisara duit ke dalam telapak tangannya.
"Ok..nahhh?" lantas Qaisara membuka penutup minyak wangi tersebut dan menyemburkan pada saya.
"Sudah.." kata Qaisara.
"Aik..takkan sembur aje..."
"Yelah umi satu piss..piss.(satu semburan) 3 ringgitlah..." auwah..ha.ha.ha.
Lah..ingat satu botol RM3, rupanya satu semburan RM3. Kalau macam ni mahu satu dunia orang tak pakai minyak wangi. Mahal sungguh! Ha.ha.ha.



22 comments:

umie said...

hehehe..bijak jugak Qaisara wat jual beli ni..mesti dapat untung bayak kalu gini..hahaha

Marzalina said...

adooi kak..kelakar betul teta ni..pandai pulak tu berjual beli hahaha..boleh jd bisneswomen yg berjaya cam umi dia hehehe

Mama Safiyyah said...

alahai kak.....such a cute and adorable lil girl....

Epelijau said...

hahah,...mcm Laura dalam ABBM je kak Yati :)

dhan said...

kak yati... penat gelak... camnelah dia terpk kan camtu advance betul... hahahaha....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

MUAHAHAHAHAHAHAHA! Manyak bijak ini budak kicik! Taktik bisnes sgt! Harus bukak empayar perniagaan nih...kikiki =D

Lily Haslina Nasir said...

fuhhh.. cekap bijak, pantas, awesome.. sumerlah... boleh jadi GABENOR BANK NEGARA cam ni si qaisara...
kecik-kecik pandai fikir bissness... bangga pak seyyit.. kita dah terkekeh gelak ni

ibu aira said...

hahahaha.. saya ketawa besar pas abis baca entry ni. Qaisara memang bijak dan ada je keletah dia. Hai! mesti jadi bisneswoman yang berjaya besar nanti. like mother like daughter.. Amin... :)

Intanaziela said...

kah kah kah..kak yatie..ha, tengok..Qaisara lagi pandai meniaga...hihihi

ain said...

kihkihkihhhh....caya lah teta!!!

~:|:sara:|:~ said...

kakaka...lawak teta ni...
bijak²..habis dikenekan umi dia balik...hehehe...

tiny laiman said...

cepat kaya ler mcm ni...hehehe

Leeza said...

salam kak....
inilah teta...bakal businesswoman berjaya. semoga dia berjaya nanti....amiin.

ameeza77 said...

heheh bijak sungguh anak dara akak nih :)

Duke Luce Dell'amore said...

Taktik niaga yg sgt bijak!
ketawa guling2 jim baca entry ni..

pandai btul teta tu meniaga!jim sendiri pun xterpikir tau nk niaga camtu..hahaha..

shila said...

tEta very clever.........

idasm said...

akak!!!! inilah entri akak yg paling lawak giler!... ida dh ketawa guling2 ni... hahahaha.. mmg luculah Teta ni... sakit perut ida gelak sorang2 ni.. nakallah teta ni...
pandai dia berniaga...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Pandai teta pekena umi dia hahaha.. tak sangka lak satu semburan 3 hinggit..

shida5062 said...

TETA...TETA..BISNES MINDED BETUL DIA EK...SUKA BACA CELOTEH AKAK TTG DIA...

jazlina said...

kak ti...teta mmg bijak.mcm umi dialah...

Mersik said...

Wahh.. mmg mahal tu. Hmmm.. Kalau gitu, cakap kat Qaisara, kita hendak beli setengah piss piss je la.. kekekek

GreenJade said...

n3 yg bikin sy tdo smbil tsenyum simpul hihihihi..aduhai si teta yg brilliant gegege