Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 2, 2009

HATI-HATI ADIK2 KU

Baru-baru ini seorang teman saya menelefon, dengan nafas yang terburu-buru memberitahu saya. Kekasihnya yang berada di UK telah datang, membawa wang 1.8 million tetapi di tahan oleh pihak imigresen. Kata kawan saya itu, kekasihnya memerlukan dalam RM10 ribu untuk membayar cukai kerana membawa masuk wang tersebut tanpa mengisi borang pengistiyaran. Kekasihnya menyuruh kawan saya membayarnya dengan menghantarnya melalui Western Union. Kawan saya tidak mempunyai wang ketika itu.

“Jangan jadi bodoh!”

Saya menjerit dalam telefon. Saya tahu kawan saya sudah terjerat dengan sindiket memperdayakan wanita untuk mendapat wang ringgit.

“Tapi dia dalam kesusahan..” suara sahabat saya seperti ragu-ragu.

Dia berkenalan dengan lelaki itu di dalam laman sembang. Tahu sahabat saya kesunyian, lelaki ini mengula-gulakan sahabat saya dengan bahasa yang indah . Serta mengajak sahabat saya ini berkahwin.

Dan beberapa hari yang lepas, konon-konon lelaki ini datang ke Malaysia mahu melamar sahabat saya dan membawa wang jutaan ringgit dan di tahan di pejabat imigresen.

“Cakap dengan dia, kau mahu bercakap dengan pegawai imigresen yang menahan dia..”

“Dia tak bagilah Tie. Dia kata sebelah dia tidak ada sesiapa..”

Saya mengeluh. Tidakkan sahabat saya dapat mencium sesuatu yang aneh telah berlaku?

“Nah..kau nampak bukan pembohong dia. Lagi satu, kalau dia mahu membayar tax pada imigeresen kenapa tidak dia menggunakan duit yang kononnya berjuta ringgit di bawa masuk ke dalam Malaysia..”

Saya memarahi sahabat saya itu. Saya tahu dia sedang berbelah bagi. Antara mahu percaya atau tidak.

Jadi melihat sahabat saya yang masih ragu-ragu, saya berikan dia nombor telefon imigresen KLIA di bahagian ketibaan. Menyuruh dia menelefon sendiri dan bertanyakan imigresen adakah seseorang di tahan kerana membawa wang masuk ke Malaysia.

Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh sahabat saya. Tetapi tampaknya dia sudah mempercayai apa yang saya katakan. Petangnya sahabat saya menelefon saya dan memberitahu dia diugut.

“Dia mahu menyebarkan gambar bogel aku di suratkhabar.. Aku benar-benar takut sekarang ini”

“Kau pernah bergambar bogel ke?” tanya saya.

“Tidak, sumpah tidak pernah..aku pun tak tahu di mana dia dapat gambar tu..”

Saya ketawa. Itu hanya ugutan sahaja. Kawan saya yang trauma diugut lelaki yang disangkanya kekasih dan bertukar menjadi musuh, sudah tidak dapat menimbang mana yang betul atau tidak.

Saya tidak salahkan dia kerana berperasaan begitu dan berasa Trauma. Tetapi saya salahkan dia kerana terlalu percayakan seseorang di dalam laman sembang.

Syukur kawan saya itu tidak terpedaya. Kalau terpedaya wang ringgit tidak mengapalah, tetapi terpedaya sehingga dijual dan disumbat kepenjara bagaimana?

Saya teringat kata-kata pembantu rumah saya.

“Umi manusia memang susah mahu percaya cakap orangkan. Bila sudah terkena baru mereka percaya..”

Kepada pembaca blog saya terutama anak-anak dara yang cantik comel terutama Intan, Lizabujang, Aween, Nor Mukah, dan beberapa nama yang saya tidak sebut. Berhati-hatilah dik. Jangan terpedaya dengan mulut manis lelaki seperti ini. Terutama lelaki yang kita kenali di laman sembang.


p/s Nik Fauziah pernah menerima email daripada sahabatnya yang mengatakan dia dirompak di Negeria. Meminta Nik Fauziah memasukkan 2500UDS melalui Western Union. Apabila saya meneliti email yang diterima NikFauziah, beberapa soalan saya utarakan pada Nik Fauziah menyebabkan Nik Fauziah menelefon sahabatnya itu. Rupanya sahabatnya berada di Malaysia dan e-mailnya di hack beberapa hari sebelumnya..



13 comments:

Marzalina said...

salam kak NB..
tak sangka ya zaman sekarang ni banyak penipuan yg dasyat2 cam ni..takut pulak intan memikirkannya, nasib baiklah intan ni jenis yg susah nak percaya kat orang yg tidak dikenali terutamanya yg kenal melalui chatting, manusia sekarang ni asyik suka menipu je kan..pastu kena ugut lak tu..eiii..seram intan. Thanks atas peringatan kak NB buat anak anak dara yg comel hahaha

intan sgt menghargai keperihatinan kak NB..

dhan said...

takutnya kak... nasihat tu bukan setakat tuk anak2 dara je kak.. sesapa je.. even isteri2 orangpun nak kena beringatkan....
macam2 sekarang ni....

Zaimah Zakaria said...

Terima kasih atas peringatan akak atas diatas anak2 dara yg comel2 tu dan kepada kami semua? Memang sesetengah orang nak mencari wang dng cara yg cukup mudah tanpa bekerja keras dan memerah keringat org lain? Cuma kita yg mesti berhati2 diatas lelaki yg kita kenali dilaman sawang ini. Terima kasih akak dan jaga diri....

ain said...

alahai...macam2. apa2 pun terima kasih atas cerita akak ni. semoga menjadi pengajaran kpd kita semua!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lagi satu kalu emel2 yg suwoh kita htr details dan kater kiter leh redeem baper ribu US dolar tu toksah percaya. Mark emel camtuh as spam...

SMS pun camtu...tiber2 dpt dari certain unidentified number atau private number mntk no. pin or so on toksah percaya

samerlah gak ngan kad gores & menang atau yg seumpamanya...byk ada kat bukit bintang khususnya kt monorel tren Imbi dan Bukit Bintang...chinese teenager yg hulur kononnya diskaun Jusco lah n whatsoever tuh...pn penipuan

pendek kata...populasi org penipu makin berlambak!

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak,apa nak jadi dgan dunia ni kak,bagi perempuan2 jganlah mudah terpedaya dengan tipu mushliat orang yg kita kenal dialam maya tu..berhati2lah..

yatie chomeyl said...

macam2 cara org nak menipu zaman skrg ni kan isk3x

Nor Azlina Yusof said...

Salam Kak Yati, Thanks sebab ingatkan...Banyak kes cam nie kuar kat newspaper..Tak sangka jadi kat kawan akak jugak..Bagi gal yang dah nak masuk 30's cam Aween nie..Tak mustahil cair gak kalau kena ayat bunga2..Maklulam la..bila kita sunyi ..ada yang nak layan kita...Minta dijauhkan la kak, kaum wanita luar sana..Tak jadi mangsa..Terima kasih sekali lagi ye kak..Ingatkan Aween

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

mcm2 cara owg nk dptkn duit kn??cam mlampau je!

Nanak said...

hi kak NB, ni 1st time bg komen..
huhu..org skng mmg mcm2 cara nk dapatkan duit mudah

hertiny said...

salam kak yati...hehhe mak dara tak nak ingatkan ke...? mcm2 berlaku sekarang ni kak, klu kita tak berhati2 memang boleh kena tipu..nasib baik kawan kak yati tu dengar nasihat akak.klu tak sia2 duit melayang...akak pun sama juga jaga diri...org nak menipu ni mcm2 hal diorg buat...take care sis....

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Intan..memang intan harus berjaga dengan kawan2 di laman sembang ni.jangan terpedaya. Terutamanya orang-orang asing..

dhan betul juga, untuk isteri2 orang pun kena berjaga, supaya tidak terpedaya dgn janji2 manis lelaki jahat ni. Esok kekasih ke mana rumah tangga pun ke mana. Minta dijauhkan Allahkan..

pearl..akak da lama tak masuk laman sembang ni kecuali dgn kawan2 yang dikenali, da masak dgn perangai2 orang2 yang berada di laman tersebut..

yelah ain..moga2 jadi pengajaran yang cukup bergunakan..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..email2 cam tu memang akak delete aje atau letak under spam..tak kuasa nak melayan, kad gores nak menang tu lagi menyakitkan hati..tak payah layan..skrg bukan di KL aje cam tu..sabah, sarawak pun..

Liza..betul cakap Liza, kena berhati2lah..sebenarnya banyak cerita yang akak ada..tapi inilah salah satunya..

Aween betul tu, akak faham jiwa wanita yang da 30an, rasa keseorangan sunyi, dapat lelaki yag suka berjanji manis..memang mudah terpedaya, berhati2lah aween..

jim..memang melampau sangat2..

Nanak..hairankan orang ni tak mahu bekerja, tapi rasanya sendiket dari Afrika yang suka buat begini..

Tiny..yelah nasib kawan tu cepat sedar, tapi puaslah akak marah2 dia..sampai nak bawak rotan pegi sebat punggung dia..sebenarnya..ha.ha.ha