Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 21, 2009

SAYUR TERUNG..HENTAM

Sejak akhir-akhir ini nak update blog cukup malas rasanya. Jadi hari ini saya tempekkan masakan Turki yang saya pelajari daripada kak ipar saya. Entah apa namanya saya pun tak tahu. Ha.ha.ha. Saya namakan masakan sayur terunglah!

Ini ramuan wajiblah, bawang putih, bawang merah, minyak zaitun dan tomato. Bawang putih, dipotong halus begitu juga bawang merah. Tomato dipotong 6 atau 8.

Terung, beberapa biji ikut sukalah. Tapi terung di turki tidak ada biji jika dibandingkan dengan terung Malaysia. Terung di sana seperti terung Jepun yang banyak di jual di pasar raya di sini. Terung ini perlu digoreng menggunakan minyak sehingga lembut. Angkat dan toskan.


Timun, biasanya saya buat menggunakan timun cameron atau timun jepun yang hijau dan slim.



Isi ayam, dipotong-potong kecil.


Kentang yang diracik-racik sebegini. Tetapi terpulanglah pada individukan. Kentang ini perlu digoreng dahulu sehingga masak/lembutlah.

Goreng bawang putih, bawang merah menggunakan minya zaitun, apabila sudah lembut masukkan ayam, goreng sehingga ayam masak.

Masukkan timun kemudian masak sehingga separuh masak.

Masukkan terung yang sudah digoreng, kentang dan tomato. Gaul sehingga sebati. Masukkan garam dan juga perasa. Kalau tak ada garam apa pula rasanyakan? Sedap di makan dengan roti. Komen suami..sedap, sedap, sedap.
"Tetapi kenapa kamu letak kacang kecil-kecil dalam terung ni? Saya tak berapa sukalah" suami bertanya saya.
"Mana ada kacangnya hubby?"
"Ini..." dia menunjukkan biji terung.
"Lah..itu biji terung bukan kacanglah.."
"Aik terung ada biji?" ha..ha.ha.
Itu ketika pertama kali saya masakkan sayur ini untuknya. Sekarang dia dah lali dan dah tahu yang terung di Malaysia ada biji.. Macam-macam halkan...
Selamat mencuba....

17 comments:

umie said...

salam kak yati...mcm sedap jer terung tu..umie suka terung undu yang panjang tu..sedap..nanti kalu berkesempatan nak try la resepi ni...

Marzalina said...

kak..intan ni kalau makanan yg berunsurkan sayur memang intan kurang suka, tapi resepi ni intan ingat nak try masak kat ayah intan la..dia mesti suka sebab ada banyak sayur hehehe.

ibu aira said...

nampak sedaplah sayur terung ni.. kena cubalah macam ni... thanks for the receipe kak yati..

ain said...

hehehe...kelakar lah hubby kak yati ni. tp kan sayur tu nmpak mcm sedap tau. boleh lah try nanti. tq!!

~:|:sara:|:~ said...

wah! menyelerakan...
bule la sara cuba nnt...
membelbagaikan recepi sedia ada...hehehe..
tq

ameeza77 said...

klu meza buat nanti ingat nak tambah black pepper bagi pedas sikit, ok tak kak yati :)

Tekak nih tekak kampung, mesti nak pedas2 juga. Tapi makan ngan roti yang keras2 skit mesti sedap nih yer. Kak yati biasa makan ngan roti per yer?

Mama Nazhan said...

kak yati, masakan terung ni takde taruk apa2 cili ker? kalau taruk mesti lagi power kan!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bawak berkelah sedap ni...makan ngan roti kan...nyum2...!!~ ;D

NORHAYATI BERAHIM said...

umi..cuba umi jangan tak cuba..he.he

intan..lah intan tak suka sayur ke..akak suka juga, tapi terung masak pajeri lagi sedap intan..

yatie..ur welcome..cubal2 yati..

ain..budaya lain, sampai sayur yg sama pun isinya lain2 ain..

NORHAYATI BERAHIM said...

sara.boleh2 silakan

ameeza, letak aje.terpulang pada selera masing-masing kalau nak letak cili api pun silakan..

Bai..masakan ni masakan turki, dia orang alergi dgn cili2 ni..tekak kita aje nak yag pedas..letak aje bai..cili api, cili hidup..cili kering..he.he

nuar..wah ingat berkelah le pulak..lama sungguh tak pegi berkelah espc sungai congkak..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...
This comment has been removed by the author.
liya71 said...

ha.. best best ni,... baru je terfikir beli terung undu aritu tak masak2 lagi, ingat nak makan cecah ngan budu, ikan bakar, tapi resepi kak yati ni nampak sedap .. agaknya sedap kalo makan ngan roti pita ek?

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...^_^
Ternampak pulak n3 pasal sayur terung kat sini...
semalam berbuka sayur terung...
memang suka sangat terung, apalagi memulas perut hingga terlewat hantar hubby pergi kerja nasib la hubby tak terlepas tren...
Balik dari hantar hubby rempit habis (macam che rose palk...hehehe) sebab perut sudah memulas semula...
Amien dan hakim yang ikut cakap..wow ibu drift...keh3
kena lalu 3 trafik light bila sampai kat trafik light sumenya merah....haru sungguhlah....

Apa2 pun best sangat nampak resepi ni...nak cuba jugakkkk...hehehe

Duke Luce Dell'amore said...

wah!
pasni akak leh wat buku kompilasi mknn Turki..
YUMMY!!

kakyong said...

kalo kakyati kata sedap.. memamg harus dicoba ni... walaupun saya ni alergik dgn terung... (angin jer), tp kdg2 teringin jugak.. tergoda tgk cara dimasak tu...

idasm said...

wah.. ketinggalan ida nampaknya...
ida pun nak cubalah resepi ni. mmg suka jugak terung ni..

Mama Safiyyah said...

kak,

selama ni saya baca je, taki komen...saya suka baca buku2 akak...jumpa blog akak laaaaaaaaagi suka baca cerita Qaisara.....

husband saya anak mekah (org pattani yg dilahirkan dan dibesarkan di mekah) jd bila saya cuba masak resipi akak ni....mmg dia minat sungguh...share lah lagi kak resipi yg mudah dan sedap hehehehe