Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, July 13, 2009

PEREMPUAN SEPERTI BUAH

Sudah beberapa kali suami bercerita mengenai seorang kawannya yang kaya raya dan mahu berkahwin lain.

“Saya tak tahu kenapa dia mahu berkahwin lain. Dia mempunyai seorang isteri muda yang cantik dan juga anak-anak yang comel. Saya fikir Mahmet ni 'kuku' atau gila seks.."

Cerita suami pada saya. Pada mulanya saya hanya mendengar. Malas mahu mencampuri urusan rumah tangga orang. Tetapi baru baru ini dia membawa saya ke rumah sahabatnya. Di salah sebuah kawasan elite di Kuala Lumpur ini. Suami menyuruh saya bercerita dengan isteri Mahmet. Ketika kami sampai di rumah banglo tiga tingkat itu, kami disambut oleh sahabat suami saya yang saya namakan Mahmet dan juga anak-anaknya yang sungguh comel seramai 6 orang.

“Selamat datang..”

Seorang perempuan seperti perempuan Arab muncul tidak lama kemudian. Kami berpelukan buat seketika. Perempuan arab itu adalah isteri kepada Mahmet. Masih muda lagi dan saya ketahui kemudian usianya dalam umur 30 tahun.

Dia berkahwin dengan Mahmet ketika usianya masih muda. Masih belasan tahun.Perbezaan umur dia dengan Mahmet hampir 25 tahun.

“Saya amat suka tinggal di Malaysia..”

Cerita isteri Mahmet yang bernama Mariam itu. Berasal daripada Arab Saudi. Fasih berbahasa Inggeris.

“Saya tidak perlu memakai pakaian hitam, saya boleh memandu. Saya bebas ke sana ke mari. Kehidupan di Arab Saudi amat mengerikan..”

Mariam bersuara. Saya duduk berasing ruang tamu dengan suami jadi Mariam yang sebentar tadi menyambut kami dengan cadurnya, sudah membuka tudung dan cadur yang dipakainya. Tampak dia cantik sungguh!

“Di Arab Saudi, ramai lelaki mempunyai isteri 3-4 orang. Ini sudah menjadi seperti budaya. Mereka duduk serumah. Kalau duduk di sesuatu kawasan itu, kamu akan tahu mereka semua bersaudara. Mereka berkongsi suami, berkongsi bapa mertua, emak mertua…” saya mendengar ceritanya dengan pelbagai perasaan.

“Saya suka di sini. Lelaki melayu jarang yang saya dengar berkahwin lain. Tidak macam lelaki Arab…” begitu rancak sekali Mariam bercerita. Rumah besar itu mempunyai banyak ruang tamu dan terpisah dengan tembok antara satu sama lain. Jadi perbualan kami tidak boleh didengar oleh Mahmet dan suami saya.

“Suami saya sekarang sedang mencari isteri lain. Saya adalah isteri ke lima selepas dia menceraikan isteri keempatnya. Sumpah saya tidak tahu dia pernah berkahwin seramai itu. Perkahwinan saya diatur oleh ayah saya. Sudah banyak lamaran yang saya tolak. Kamu cuba fikir. Semua lamaran tersebut mahu menjadikan saya isteri ke dua, ke tiga dan ke empat. Kalau kamu pun tidak akan menerima. Jadi bila suami saya melamar dan mengetahui dia bukan orang Arab dan tidak beristeri saya berasa syukur.”

Saya terperanjat kerana dia tahu rancangan suaminya mahu berkahwin lain. Hati saya terasa hiba.

“Awak tahu, suami awak mahu berkahwin lain?” Tanya saya, seperti tidak percaya.

“Saya tahu, dia beritahu saya. Dia pernah mahu mencari perempuan melayu. Tetapi tidak ada perempuan melayu mahukan lelaki yang punya 6 anak dan masih beristeri. Jadi dia pergi mencari perempuan Indonesia. Perempuan pertama yang mahu dikahwini oleh suami saya, saya kenal. Saya ajak dia datang ke rumah. Dia datang bersama ibu bapa dan saudara maranya. Saya layan dia dengan baik, saya hadiahkan dia dengan pelbagai barang-barangan. Kami habiskan berpuluh ribu ringgit untuk belikan dia barang kemas. Tetapi dia tarik diri berkahwin dengan suami di saat akhir..”

“Kenapa pula jadi begitu..” ini bukan novel. Ini kisah hidup sebenar yang diceritakan kepada saya.

“Perempuan tersebut berasakan saya mempergunakan dia untuk memuaskan nafsu seks suami saya. Saya tidak ada perasaan cemburu atau marah. Kata dia, satu masa nanti dia akan ditinggalkan kerana suami saya berkahwin dengan dia hanya memenuhi tuntutan nafsu bukannya cinta..”

Hati saya benar-benar basah ketika ini. Saya tahu hati Mariam hancur. Tetapi dia cuba melawannya.

“Yang kedua pulak, saya tidak kenal. Suami mencarinya sendiri di Indonesia tetapi kuasa ALLAH. Perempuan itu sekampung dengan pembantu rumah saya. Pembantu rumah saya beritahu perempuan itu, saya orang yang bagaimana dan berapa anak saya. Jadi perempuan tersebut tidak sampai hati mahu berkahwin dengan suami saya walau suami sudah membayar wang hantaran sebanyak RM6 ribu.."

Saya melihat wajah Mariam yang kelihatan tenang sahaja. Saya tanya perasaan Mariam. Sekadar ingin tahu.

“Sedih, saya fikir saya mahu lari dari orang-orang Arab dan berkahwin dengan orang Turki. Tetapi malang, perangai mereka sama kerana suami saya dibesarkan di Arab. Berkahwin ramai sudah membudaya dalam dirinya. Tetapi saya yakin, saya serahkan diri saya pada ALLAH. Kalau Allah tidak mengizinkan suami saya berkahwin lain. Allah tidak akan lakukan. Saya tidak mahu melarang suami mahu berkahwin. Lelaki kalau semakin dilarang semakin menjadi-jadilah dia.”

Kasihan wanita ini. Sudah penat melahirkan anak seramai 6 orang, sudah penat menjaga badan untuk suami. Tetapi suami tidak menghargai perasaannya.

“Betul kata awak. Tetapi bukankah itu mencari masalah. Sekarang setiap hari dia tidur dengan aman, hanya memikirkan satu rumah. Esok-esok kalau dia berkahwin lain, bukankah dia akan pening memikirkan rumah yang lagi satu? Apa alasan dia berkahwin lain?” saya bersuara dengan perasaan yang sukar digambarkan.

“Kata suami saya, perempuan ibarat buah. Ada macam-macam rasa, ada macam-macam jenis. Jadi dia ingin merasa buah anggur, strawberi, epal dan sebagainya..”

Hati saya menggerutu. Rasa marah teramat sangat. Saya menyumpah-yumpah dalam hati. Ketika mahu balik, Mariam memeluk saya erat.

“Sila datang lagi. Saya suka bercerita dengan awak..” saya dapat melihat mata Mariam yang basah. Dalam hati saya berdoa supaya hidup Mariam dirahmati dan dipermudahkan. Saya berdoa supaya Mariam tabah bersama anak-anak.

“Lelaki macam Mahmet itu memang suka mencari masalah. Saya tahu Mahmet sekarang mengalami masalah dalam perniagaa. Beberapa puluh peratus dari sahamnya terpaksa dijual kepada orang lain. Saya rasa ini balasan ALLAH pada Mahmet kerana mempunyai niat tidak baik pada isteri dan anak-anaknya. Orang yang menganiaya isteri akan disekat rezekinya oleh ALLAH.”

Balas suami saya apabila saya menceritakan perbualan saya bersama Mariam dengan suami. Saya berharap saya tidak akan jejakkan kaki lagi ke rumah Mahmet. Namun saya tidak akan berhenti berharap yang Mariam akan dilindungi dari perbuatan suaminya yang tidak menghargai pengorbannya.

"Apalah saya ni..dapat kawan miskin pun 'kuku' dapat kawan kaya pun 'kuku'. Orang-orang di Turki di sini ramai yang 'kuku':

Saya ketawa mendengar kata-kata suami. Syukur..suami walaupun orang Turki tetapi tidak sakit jiwa seperti rakan-rakannya.


Kuku=Someone who is equivalent to a retard/mental problem


21 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sadis betol...menghalalkan niat dengan alasan agama...huhuhu

simpati kt mariam..

umie said...

kesiannya mariam tu..ada ke pulak perempuan ni ibarat buah..hampeh betul la...hehehehe

nadia said...

sebak hati sy baca entri ni...haihh..mcm2 la lelaki ni..

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Ada ka patut kita ni cam strawberi, epal......isk...isk...

yatie chomeyl said...

mcm2 cerita kan akak..kadang2 rasa tak terjangkau dek akal.. beruntung akak dapat dengar pengalaman2 camni, haisyyy...ade ke perempuan macam buah? isk3x

dayah said...

Salam Kak,

Kasihan Mariam, Lelaki itu menganggap wanita ibarat buah!!!

Bagaimanalah nasib Mariam kinikan. Harap2 dia tabah menghadapi hari2 mendatang.. Amin.

idasm said...

harap mariam tabah mengharungi dugaan hidup dan permudahkan hidupnya. walau niat 100 kali nak kahwin lagi satu tp kalau Allah tak izinkan tak jadi jugak... sebab jodoh di tgn Yang Esa....

Leeza said...

Salam kak..
jika ada pompuan yang sanggup kahwin dgn lelaki tu, pompuan itupun kuku juga. Semoga Mariam tabah dan dilindungi ALLAH selalu....dan kita yang masih single kenalah ingat....Mariam mewakili isteri2 orang lain juga....semoga saya tak ambik laki orang....hehehehe.

ibu aira said...

kesian mariam.. ada ke perempuan di ibaratkan buah.. lelaki ada saja alasannya kalau nak berkahwi lain!! geramnya!!!!!!

ameeza77 said...

saya nih buah apaler agakyer yer heheheh :)) karut betul!

ain said...

apa lah nasib si mariam tu dpt suami yg mengibaratkan perempuan spt buah. sungguh memalukan dunia ini punya lelaki spt itu. dan kenyataannya ada beribu2 lelaki mcm laki marian tu kan.

kak yati. kita miss n3 kak yati psl gi genting. baru dpt baca hr ni. blog ada poblem x leh nak sign in ngan password biasa. adehhhh!!! ni sy create blog lain.

tiny laiman said...

Geram nyer kak yati bila kite perempuan ni diibarat macam buah...uhh...

NORHAYATI BERAHIM said...

nuar..ramai sungguh orang2 yang sebegini..

umie..memang kesian, akak nak berhubung dgn meriam tapi malas bila kenangkan suami dia..

nadia..akak yang berhadapan dgn meriam rasa terlalu sedih dan marah sangat2

mila..suami akak pun marah dengar dia cakap macam tu..memalukan lelaki aje katanya

NORHAYATI BERAHIM said...

nuar..ramai sungguh orang2 yang sebegini..

umie..memang kesian, akak nak berhubung dgn meriam tapi malas bila kenangkan suami dia..

nadia..akak yang berhadapan dgn meriam rasa terlalu sedih dan marah sangat2

mila..suami akak pun marah dengar dia cakap macam tu..memalukan lelaki aje katanya

NORHAYATI BERAHIM said...

yatiechomeyl..memang macam2 cerita kawan suami ni, hari itu ada kawannya bunuh diri di Kuala Lumpur bergaduh dgn isteri..meninggal on the spot..

dayah..meriam tu memang sabar, masa dia kahwin suaminya bukan kaya sangat..tapi semakin kaya bila ada anak..mungkin berkat doa dia, skrg suami bua dia cam tu..

ida..betul kalau tuhan tak izin, tidaklah jadi

Za betullah tu, kesian isteri2 nikan..terutama mariam..tak kahwin pun tak apa jangan dapat macam laki mariam

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..yatie akan lebih geram kalau tau cerita laki2 arab yang buat perempuan macam pelacur, yang gunakan pembantu rumah macam isteri tapi tak nikah..

ameeza..buah kelapa kot, serba boleh..kulit boleh pakai, tempurung boleh guna, air boleh minum..ha.ha

ain..sangat2 memalukan..cukup mendukacitkan..smlm suami dia baru telefon suami akak, ajak datang ke rumah dia lagi..tak ingin akak..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

Tiny..memang geram2 sangat2

JuliaEsqa said...

Betul ke perempuan mcm buah??? ingtkan org arab ni kuat imannya..rupanya tak. Patutlah kat sana semua perempuan tutup sampai ke wajah...emmm..

ameeza77 said...

wow kak yati, satu penghormatan tuh, terima kasih, kang bagus kalau suami mariam pun berfikiran serupa :)

ida_nardiel said...

salah satu sbb saya takut nak kahwin macam inilah.........

nalhuda77 said...

isteri yg baik dan taat yg jadik mangsa