Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 30, 2009

ROTI JALA

Roti jala adalah makanan tradisional orang melayu. Kalau ada kenduri kendara, sayalah manusia yang paling lemah bila ada menu roti jalan. Malas sungguh mahu menghadap asap dari api kayu yang dipasang. Cuma seronoknya kerja membuat roti jala ini kerana biasanya dilakukan ramai-ramai. Sambil mengirai roti jala, masa itulah boleh bergossip sakan. Ha.ha.ha..
Saya memang kerap membuat roti jalan, lebih-lebih lagi kalau ada lebihan kuah kari yang tidak habis masakan semalaman. Roti jala boleh digandingkan dengan kari ayam, daging, udang atau sotong. Ada sesetengah negeri digandingkan dengan pengat pisang atau durian...


Ini bahan-bahan untuk membuat roti jala, tepung gaNdum, susu/santan, telur dan juga garam. Campurkan semua dengan air dan masukkan sedikit kunyit untuk pewarna. Saya kalau membuat kuih tidak mengikut ukuran, saya biasanya hentam saja..

Adun sehingga menjadi sebati, buat sedikt cair, tapis adunan tersebut. Ini bagi membolehkan adunan keluar dengan sempurna daripada acuannya.

Panaskan kuali, seboleh-boleh gunakan kuali yang tidak melekat. Terlebih dahulu cuba adunan, sama ada adunan akan mengalir dengan elok atau tidak daripada acuan. Kalau tersekat dan tidak lancar, besarkan sedikit lubang acuan tersebut dengan mencucuk menggunakan garpu. (acuan kuih plastik..biasalah tersumbat).


Membuat roti jala biasanya dipanggil mengirai bagi orang selatan. Kerja mengirai perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelak roti jalan menjadi dot..dot..dan dot...


Selepas masak angkat dan lipat empat panjang begini.

Ini kari ayam kampung sebelanga yang tidak habis di makan semalam. Sedap dimakan dengan roti jala dan juga lempeng kelapa..he.he..

Kepada sesiapa yang mengidam, NB tidak bertanggungjawab dengan segala masalah yang dihadapi. Risiko adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Harap maklum..ha.ha.ha

P/s Harap Lizabujang puas hati dengan entry saya kali ini..he.he


19 comments:

ibu aira said...

pheh! nampak sedaplah roti jala kak yati ni. terliur lak tengok.. saya selalu beli je. nak wat malas.. hehehe...

Intanaziela said...

kak yatie, kalau ikut mak intan, roti jala makan dgn kuat durian..hihihi yummy ek? intan tak makan durian ...hahahah

ain said...

fullamak kak yati...tiba2 terasa nak mengirai ler ptg ni.

Nanak said...

aduh, kecur air liur..
kak, mlm ni nanak nak masak sayur terung resipi aka tu tapi tak letak bawang..Hubby tak makan bawang..heheee

Zilla said...

Alahai... kecur air liur menengoknye... nasib baik tak mengidam.Saya pun rasa macam nak mengirailah petang ni..

Leeza said...

asalamualaikum....
kehkehkeh....tq tq tq....esok nak buat roti jala lagi...tetiba nak makan roti jala. kalau camtu, za dah tahu mana silapnya roti jala yang za buat dulu.

Miss Nurul said...

terliur tgk roti jala...kena cari la utk berbuka nnt... (^_^)

Duke Luce Dell'amore said...

ya ampun!!!
terliur jim nengok gmbar2 tu..

mana plak r nk dicari roti jala ni??TERMENGIDAM plak!wawawa..

| Krsty Pinky | said...

adoi..tak boleh jadi ni...
ni teringin nak buat ni..
wooooooo..kak NB kijam kerana menggoda!

yatie chomeyl said...

akak bersalah...bersalah..bersalah..buat saya rasa mengidam uwaaaaa....

klo preggy leh gak paksa incik hubby buatkan...kui3x..ni sah2 x preggy, jwbnya..telan air liur je lah

ameeza77 said...

kak yati, saya sukee sgt roti jala n rajin juga buat (tapi dalam kuantiti yang sedikit ler hahah)

selain kuah kari saya juga suka makan ngan serawa durian, alamak kena buat nih :p

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

uih, ada amaran kerajaan tuh...tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung =P

shila said...

kak yati.........takboleh jadi ni , cara kak yati cerita macam senang giler je buat roi jala, saya memang kagum pada sesaper yg buat mender nih.... dah meleleh ni, nak pi cari acuan roti jala n nak cuba la hehhe..

*@t!q@h* said...

hmmm...mmg nmpk sedap roti jala ni...sekali pandang memang terliur..hebat akk memasak ye...leh jd chef ni..hehehe..klo de resepi lain,sudi2kanlah berkongsi...

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..buat jangan tak buat..akhirnya kita jumpa juga ya!

Intanaziela..kuah durian pun sedap juga, pengat pisang pun okay..he.he

Ain..dah dapat mengirai ke belum?

Nanak. bawang tu untuk tumis2 sahaja..sikit aje..

NORHAYATI BERAHIM said...

zilla da mengirai ke belum..sedapkan...

za..ko kena cuba lagi buat roti jala tu..sampai jadi tau..

Nurul..dah dapat tak roti jala tu?

jim..kat pasar malam banyak jim..he.he..tak suruh mak buat

NORHAYATI BERAHIM said...

krsty..sedapkan roti jala ni..

yatiechomeyl..ha.ha..nak gelakkan yatie..nanti balik malaysia jgn lupa beli acuan dia aik..

ameeza dgn serawa durian pun okay..sedap..buat tau!

nuar..ha.ha.ibu2 mengandung jangan baca entry ni..

NORHAYATI BERAHIM said...

shila..senang aje buat dia, practice make perfect..buat2 selalu..lama2 cantiklah..he.he

Atiqah taklah hebat..hentam aje dik

shila said...

yeay.. kak yatie... saya dah buat... nanti saya masuk lam blog.. heehehe...cayalah shila... (puji diri sendirik)