Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 24, 2009

SAKIT HATI SUNGGUH!

Menonton perlawanan MU dan Malaysia saya bertanyakan soalan pada adik saya Khairul siapa yang disokongnya. Saya tahu dia penyokong tegar MU. Terkebil-kebil juga dia mahu menjawabnya. Lambat-lambat dia menjawab Malaysia. Lega juga hati saya dengan jawapan tersebut. (topic ini da basi kot..keh..keh)

Saya masih ingat, saya adalah penyokong tegar hoki semasa kecil, remaja dan juga sebelum kahwin. Apatah lagi sejak ada bukit jalil. Semakin selalulah saya menontonnya. Perlawanan hoki Piala Azlan Shah pun pergi tengok, sukan komenwel apa lagi, world cup juga saya tidak lepaskan, rasanya world cup di Malaysia kali terakhir 2002 (Selepas berkahwin bila ajak suami menonton Piala Azlan shah dia akan bertanya balik. Hoki tu apa? Ada ais ke di Bukit Jalil tu. Dia ingat hoki tu, hoki ais aje?)

Berbalik pada semangat kenegaraan. Ketika menonton hoki saya dapat melihat dengan jelas.Kalau pasukan India yang berlawan dengan Malaysia, ramai orang-orang India akan menyokong pasukan India dan bukan Malaysia. Bayangkan di antara beribu-ribu orang penyokong Malaysia terselit penyokong-peyokong pasukan lawan. Ianya maha aneh dan cukup aneh. Mahu dikatakan mereka pelancong tidak mungkin kerana mereka kadangkala bercakap bahasa melayu.

Bila Pakistan berlawan dengan Malaysia, saya cukup sakit hati sungguh juga. Pasti ramai penyokong Pakistan yang terselit di antara penyokong Malaysia, walaupun saya cukup pasti mereka warga negara Malaysia. Saya selalu menanti saat-saat kalau Malaysia dapat membelasah Pakistan. Seronok sungguh saya bukan sahaja kerana Malaysia menang, kerana dapat membookan penonton yang menyokong pihak lawan.

Saya masih ingat ketika itu saya menyaksikan satu perlawanan. Pasukan India melawan pasukan Malaysia. Di sebelah saya adalah orang India, rakyat Malaysia menyokong pasukan India. Mereka bersorak gembira apabila India menyumbatkan gol.

“Weh..balik Indialah..” saya berkata dengan perasaan marah.

“Apa balik India? Saya orang Malaysialah?” marah orang yang saya sorakkan itu.

“Oh..awak pandai cakap melayukah? Saya ingat awak orang India. Setahu saya kalau orang India, pergi mana-mana pun dia tidak akan sokong negara lain. Tapi hairan ya orang Malaysia ni, duduk Malaysia, mengaku orang Malaysia..tapi sokong negara lain..” Sindir saya.

Lelaki India yang saya sindir itu terdiam, dia kemudian bercakap dalam bahasa India/Tamil dengan kawan-kawannya sambil memandang saya yang duduk keseorangan. Lantak kaulah. Tapi hati saya sakit, lahir di Malaysia, cari makan di Malaysia. Tetapi sokong negara lain.

Sama seperti sakitnya hati saya melihat orang-orang Malaysia, tak kira bangsa India, Melayu atau Cina, memakai baju merah bersorak bagai nak rak menyokong MU pada perlawanan yang lepas.


P/S teringat dengan pak cik yang jual aiskrim di luar stadium hoki ketika sukan komenwel. Saya selalu beli aiskrim yang dikepit dengan roti. Dia kenal saya kerana kekerapan saya ke sana. Rindu pada aiskrim rotinya dan rindu mahu bercerita dengan dia.

13 comments:

Zilla said...

Salam.
Memang betulah Kak Yati, saya pun rasa yang sama, ape ke halnya tah, belum mula perlawanan lagi dah dengar komen-komen yang Malaysia kalah. Pada saya tak kiralah kalah ke menang yang penting kita mesti ade rasa untuk support negara kia sendiri... Semagat patriotiklah pulak... hehehe

yatie chomeyl said...

saya mmg big fan of MU . masa tgk game tu kat tv baru2 ni hubby sokong malaysia dan saya konon2 nya sokong MU. tapi bila game dah start, sedar tak sedar saya asyik sokong malaysia dan seronok bila malaysia dapat score. rasanya saya masih terlalu sayangkan Malaysia drpd MU. mungkin itu jugak perasaan orang2 lain yang konon nya ke stadium memakai jersey MU dan mahu menyokong MU..ends up mereka tetap sokong menyorak bila Malaysia dapat score goal.

:)

umie said...

umi ni kata suka tengok bola x pulak tp abg2 umie semua main bola yuk jabatan masing2..tpkan memang pelik la time MU lawan Malaysia..majoriti pakai baju merah..kalu la rakyat malaysia sokong Malaysia ri tu mungkin kita boleh menang kot..hehehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

make sense wokeh entry nih...saper makan cili dia terasa pedasnya kan kak kan... :D

Mama Nazhan said...

setuju sangat ngan kak yati...saya memang berjiwa patriotik punya olang...hehehe...benda2 camni suka buat darah saya mengelegak...hampir2 hijau dibuatnya...
kadang2 pikir...depa ni mcm malu jer nak mengaku rakyat malaysia

Duke Luce Dell'amore said...

hehehehe..
MALAYSIA BOLEH!!
Kak NB BOLEH!!!

kikikiki..

-NuNa- said...

skrg ni semangat patriotisme rakyat kite dh kurang..sedey btol...

ain said...

saya pun anti sgt ngan org2 kita yg dok msia..cari mkn kat msia...dh kaya raya kat msia..2 3 buah kat msia..anak2 diberanakkan di msia...tp asyik dok ngutuk2 msia aje.
pas tu dok puji2 negara jiran. piirahh!! hehehe

Kish said...

salam ziarah lg ...

wah~! kak yati minat hoki?? pandai main x? besh2... he he. kdg2 rase marah gitu perlu akak. semangat patriotik kene ade... kita kan anak jati malaysia. x kire la melayu ke, cina, india, lain2 bangsa. Asal saje lahir dan membesar di tanah melayu, perlu ade semangat kewarganegaraan yg jati. he he (",) *semangat gak ni - lg2 nak dekat bulan ogos*. - bangga jd anak malaysia!!!

NORHAYATI BERAHIM said...

Zilla..mentality kita telah dijajah..sampai ada yang tak pernah tengok cerita melayu atau novel melayu, kerana mereka rasa filem inggeris, novel inggeris lebih advance..padahal filem contohnya..terlalu banyak propaganda yahudi yang kita tidak perasan..dan meresap dalam benak kita tanpa kita sedar..

NORHAYATI BERAHIM said...

yatiechomeyl..he.he..baguslah yatie kalau ada perasaan macam tukan, memang cinta pada tanah air tidak pernah pudar walau dimana kita berada..

umie..tidak menang pun tak apa asalkan semangat kita ada untuk nengara kita dan amat2 dukacita dgn rakyat malaysia yg memakai baju merah dan terdiam apabila malaysia menjaringkan gol..he.he

nuar..ada orang makan cili..walau pun pedas tapi mereka tak mengaku..ha.ha

NORHAYATI BERAHIM said...

Bai..isyk..akak pegi mana2 bangga aje cakap, im from malaysia..ari itu akak pergi Genting ada orang tanya, are u from singapore? cepat aje akak jawab..nope, im from kajang..huwaan..ha.ha.

Jim! ye..kita semua boleh..Insya-ALLAH..

Nuna..bukan sekarang sahaja..dari dulu pun..semangat itu amat kurang..

NORHAYATI BERAHIM said...

ain dok kat johor mesti banyak mengalami masalah yang beginikan, orang2 memuji negara seberang, padahal tak ada apa pun. Syukur negara kita lebih makmur dan ada segalanya...

Kish..pandai main tulah yang minat..he.he, kish akak bulan ogos semangat nak puasa..ha.ha