Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, July 6, 2009

DOA UNTUK QAISARA


Sejak akhir-akhir ini Qaisara agak nakal. Suka menendang dan memukul kalau kemahuannya tidak diikuti. Pada mulanya saya nasihat tetapi tidak jalan, pantas sahajalah tangan saya mencubit.

Bila kita cubit dia, dia menangis. Meraung-raung macam orang putus cinta. Saya tahu masalah Qaisara adalah masalah terlalu dimanjakan. Kalau saya marah, dia akan pergi ke pada pembantu rumah. Kalau pembantu rumah marah dia akan pergi kepada babanya.

Biasanya kalau dia bermasalah dengan baba atau bibiknya dan mengadu pada saya. Saya akan cakap pada dia.

“Umi tak mahu campur, Qaisara bergaduh dengan baba, Qaisara kena minta maaf dengan babalah kenapa nak datang ke umi. Umi tak campur!.”

Memang saya tidak pernah memujuknya kalau saya rasa dia dipihak yang salah.

Cuma yang bermasalah pembantu rumah saya, dia terlalu memanjakan Qaisara kerana bagi dia Qaisara terlalu cantik atau comel untuk dihukum atau dimarahi.

Semalam Qaisara meradang dengan pembantu rumah saya kerana pembantu rumah saya sibuk, tidak melayan dia bermain. Jadi ditendangnya pembantu rumah saya. Bila saya tegur tempiasnya kenalah pada saya. Saya ditendang dan dipukulnya. Saya tidak melawan. Tetapi saya bacakan dia ayat Kursi dan juga Al-Fatihah. Saya sembur ke mukanya. Lantas saya beritahu Qaisara.

“Alhamdulilah, umi dapat lihat beberapa ekor syaitan sudah keluar daripada kaki dan tangan Qaisara..”

Qaisara terpegun mendengar kata-kata saya. Dia tahu apa itu syaitan kerana ada CD yang selalu ditontonnya. Dan bagaimana mahu mengelakkan daripada syaitan menakluk kita. Iaitu melalui doa.

“Tapi ada lagi beberapa ekor syaitan dalam badan Qaisara. Sekejap umi baca lagi..”

Saya bacakan lagi Ayat Kursi dan saya sembur ke kepala dia. Mendadak sahaja Qaisara menangis dan memeluk saya.

“Sorry umi, sorry umi..” dia memohon maaf dengan suara yang mendayu-dayu.sambil menyembabkan kepalanya di dada saya.

“Alhamdulilah syaitan sudah pun keluar. Tetapi syaitan akan masuk balik kalau Qaisara marah, tendang-tendang orang dan pukul-pukul orang…”

Qaisara memeluk kejap saya sambil memohon maaf. Saya cium dia beberapa kali. Saya bersyukur sudah dapat caranya bagaimana mahu mengatasi marah Qaisara. Tetapi saya tahu cara ini mungkin tidak akan berkesan pada satu peringkat . Dan ketika itu saya akan mencari jalan lain untuk menyelesaikannya.

Cuma sebagai ibu saya tidak pernah putus berdoa supaya Qaisara menjadi anak yang baik.AMIN

Dan saya tahu cabarannya terlalu besar untuk saya sebagai seorang ibu...



19 comments:

Leeza said...

salam akak...
thanks. boleh jadi panduan untuk za...bukan hanya utk anak2 tapi diri sendiri juga...untuk menawar rasa marah dan gelisah dalam diri.

Marzalina said...

salam kak NB..bagus cara kak mengajar anak..intan kagum, ada banyak cara untuk mengajar kanak2 kan..bukan dengan cara pukul saja..tapi cara yg paling berkesan adalah nasihat dan doa..nanti kalau intan ada anak intan pun nak buat mcm kak NB la..hehe..

Lady Arween said...

Salam Kak Yati..Cara akak deal ngn Qaisara..lain dari orang..Boleh cuba nie..bila Aween deal ngn kids yang tak blh dibangkang...Cabaran la kak..besarkan anak zaman cyber nie..Budak2 cepat membesar..pemikiran cam orang dewasa..Semoga..akak extra sabar Layan karenah Qaisara

ida_nardiel said...

tak sabar nak jadi ibu....tapi lum kahwin lagi, apapun blog ni banyak tips dan panduan untuk hari muka saya

Liza said...

Doakan yang terbaik buat qaisara..jangan2 qaisara manja nak dapat adik...buat qaisara minta adak dekat mama..

ain said...

nanti sy nak apply cara yg sama ngan anak saya. mungkin cara ini lbh berkesan. all dis while, sy akan marah balik atau cubit anak2 bila they all buat hal. maknya pun sama ada setan dlm diri.hihihi

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mau praktikkan kt Piah :D ngeee...

dhan said...

salam k.yati... thanks.. k.yati banyak bagi tips utk panduan saya...
moga2 anak2 kita menjadi anak yang soleh dan mendengar kata... Amin

idasm said...

mmg blog akak ni penuh nasihat dan teladan yg bagus utk kita semua contohi.. ida mmg kagum dgn akak. untungnya diri menjadikan akak sbg sumber inspirasi ida.
Teta ni cutelah kak. Cerdik pulak tu. insyaallah berkat usaha dan doa akak, qaisara pasti jd anak yg baik.. ida pun turut doakan utk Teta.. amin!

yatie chomeyl said...

bagus cara akak ni, nanti saya nak apply kat baby SN gak lah..

kakyong said...

kaka yati..
daku suka n3 ni.. terima kasih kak sbb mberi ku idea utk atasi kerenah anak2...
Alhamdulillah..

ibu aira said...

suka ngan cara akak ajar qaisara.. moga2 qaisara akan jadi anak yg mendengar kata dan solehah.. Amin...

SaYanG kidA said...

salam yati,
buat qiasara, auntie anim doakan moga qaisara jadi anak yang solehah. taat pada Allah swt, patuh dan sentiasa berbakti pada umi dan baba qaisara ammiinnn.

peluk cium tuk qaisara
-anim-

Intanaziela said...

kak yati..lepas ni intan pun nak buat cam gini la kat hadif..hahaha :p

NORHAYATI BERAHIM said...

leeza ko nak marah siapa pulak za..he.he..

intan..wah dah berangan da ada anak ya2..bagus2 ciri2 ibu yang baik tu..ha.ha.

Aween..qaisara ni memang mesti extra ordinary sabar nak melayan dia..dia sama ngan mak dia masih kecil, nakal2 sebab itu selalu kena pukul..he.he..

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..jadi ibu bnyk cabarannya, walaupun anak itu cuma seorang..

Liza..memang lepas solat, satu slot doa adalah untuk Qaisara liza..doanya sama..jadi anak yang baik, beriman, taat..cerdik..etc2.

Ain..ha.ha..memang setan dalam tubuh mak seperti kita kena buang dulukan...

Nuar..ha.ha..piah tu nakal2 ke? dia nampak lemah lembut ajekan..

dhan.begitu yang akak harapkan dhan..amin...

NORHAYATI BERAHIM said...

ida.itulah harapan akak, moga2 teta jadi manusia yang baik, wanita solehah..AMIN2...

yatiechoemyl..anak2 lain karektornya yatie..moga2 baby SN..tak nakal extraodinary macam si teta..he.he

kak yong, yelah cuba2lah mana tau ianya berhasilkan...

ibuaira..yelah, kita semua berharap yang anak2 kita menjadi anak yang baikkan..

NORHAYATI BERAHIM said...

thanks auntie anim-teta..he.he

Intan..cuba2lah..insya-ALLAH berkesan tu...

MyHasla said...

insyaalllah akan ku cuba ngan anak2 ku yang nakal2 belaka. tapi masalahnya... takut nanti bila tiba masanya... mamanya pun hilang sabar ngan karenah anak & tak ingat dah nak apply kan petua and idea kak yati ni! ahaks!