Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 4, 2009

CERITA PEMBANTU RUMAH LAGI

Beberapa minggu yang lepas saya ternampak seorang pembantu rumah yang membawa anak jiran bermain-main di taman di hadapan rumah saya.

“Aik..pembantu rumah baru ke?”

Hati saya berdetik dengan perasaan seorang minah kepoh..ha.ha..saya suruh pembantu rumah saya merisik. Rupa-rupanya jiran saya itu mempunyai pembantu baru. Seingat saya dalam tahun ini sudah beberapa orang pembantunya. Ada yang seminggu sudah lari dan ada yang sebulan.

“Tanya dia, dia dapat makan tak?”

Mulut saya memang jahatkan bertanya soalan yang sebegitu dan menyuruh pembantu rumah saya menyampaikan kepada pembantu jiran tersebut. Saya masih ingat lagi pembantu jiran saya yang lama. Sering datang ke belakang rumah saya dan saya berikan dia makanan. Dan tiba-tiba sahaja saya dengar sudah melarikan diri.

“Kenapa ibu cakap macam tu?”

Tanya pembantu rumah saya. Kebetulan hari itu kami ada mengoreng karipap jadi saya suruh pembantu rumah saya membawa ke taman permainan untuk diberikan kepada pembantu rumah tersebut. Dan lepas beberapa minit pembantu rumah saya balik.

“Mereka semua makan macam orang laparlah ibu. Dalam beberapa minit sudah bersih karipanya”

Lalu pembantu rumah saya berceritalah, di taman permainan tadi ada 3 orang pembantu rumah. Satu pembantu rumah jiran yang sering bertukar pembantu, satu lagi pembantu rumah jiran, belakang rumah saya, juga sudah beberapa kali menukar pembantu rumah dan seorang memang sudah lama di situ.

.Ke tiga-tiga mereka memang kurang makan. Seorang mengadu majikan hanya membenarkan nasi dimasak satu pot satu hari bersama 3 ekor ikan. Sedangkan anaknya seramai 4 orang, seorang lagi anak tiga. Hanya membenarkan pembantunya makan sekali sehari dan yang seorang yang sudah lama. Selalunya makanan di rumah mee magi yang harus dibelinya sendiri.

Termenung saya mendengar cerita pembantu rumah saya itu. Bukankah pembantu rumah ini yang menjaga anak-anak mereka. Bukankah tenaga mereka diperlukan, kenapa makan pun mahu berkira.

Dan dua hari yang lepas, salah seorangnya merancang untuk melarikan diri. Saya beritahu pembantu rumah saya jangan masuk campur. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.

Saya teringat, baru-baru ini heboh kes mengenai pembantu rumah Indonesia yang disekat untuk datang ke Malaysia kerana kes penderaan. Memang saya tidak nafikan penderaan pembantu rumah ini ujud dan perlu ditangani.

Seharusnya pihak berkuasa kedua-dua pihak menjadi lebih peka.. Mana Majikan yang mengambil pembantu rumah dalam jangka masa 2 tahun melebihi 5 orang, perlu disekat dari memohon mendapatkan pembantu rumah.

Pembantu rumah yang kerap bertukar majikan pula harus di hantar pulang dan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia semula.

Siapa pun pembantu rumah kita, tetapi kalau mereka baik dan menjaga anak-anak kita dengan secara terurus. Sudah pasti kita sebagai manusia yang berakal. Perlu melayan mereka seperti manusia.








11 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

sadis sungguh org yg aniaya pembantu rumah ni...isu skrg smpi Indonesia Malaysia bergaduh hanya sebab org gaji...macam2 hal...

Duke Luce Dell'amore said...

jim xpaham kenapa kt dunia serba moden ni,masih ade manusia yg xde hati perut..

bkn susah pun utk berkongsi rezeki ngan owg yg dh byk bantu kite kn??klu die wat silap pun,xsalah klu tegur ngan car berhemah & seperti manusia berakal..

pembantu umah tu manusia yg ada hati & prasaan..bkn binatang yg boleh dipukul dan dibiarkn tanpa hati perut..

smogo pihak berwajib mampu atasi msalah ni ngan baik..

idasm said...

akak.. ida tersengeh dgn cerita akak ni. kat area akak sana pembantu rumah x dpt makan. ada orang tu pulak.. dh bagi makan, tak pernah berkira , siap belikan macam2 pun.. pembantu rumah dia lari jugak... nasib le kan... kihkihkih...

Mrs.Sheikh said...

betul tu kak..cadangan akak tu bernas. kadang2 saya heran juga kenapa segelintir majikan tak bleh layan maid ni macam orang lain?

kenapa mesti asing2kan makanan dorang? ada kat tempat saya ni.. pinggan cawan sudu pembantu rumah diasingkan..
iskk.. kejam juga bila tgk berita2 penderaan pembantu rumah..

mamashilla said...

Cerita kak yati kali ni mengingatkan saya pada kisah pembantu rumah jiran saya yg diperlakukan seperti itu oleh majikan melayu beragama islam.

Tak semua majikan melayu itu baik, dan tak semua majikan bukan melayu itu zalim.

Melihat keadaan Beliau ketika itu,
menginsafkan saya bagaimana mereka diperlakukan seperti "hamba abdi" zaaman moden.kalau cerita pada orang mungkin susah nk pecaya kalau
tak lihat dengan mata kepala sendiri.

kerana simpati saya sering membei
makanan secara sembunyi kepada beliau ketika majikannyer tiada.

Kini telah hampir 3 tahun dia kembali kenegara asalnyer kembali..

Liza said...

Kesah pembantu tak kan pandai habis..kita sebagi majikan kena perhatin begitu juga buat pembantu jalan kan tanggung jawab yang diamanahkan,kerana antara majikan dan pembantu saling perlu memerlukan,liza perah juga ada pembantu liza buat seperti kelurga tapi terpulang pada nasib kita,kalau kita baik allah datangkan kita orang yang baik jika kita sebaliknya allah datangkan sebaliknya jadi kita berhati2 menunaikan tanggungjawap pada pembantu dan pembantu juga bertanggung jawap pada amanat kita kerana kita sama2 berkerja..

Audra Sazreena said...

Bagaimana pula dengan pembantu rumah yang dijaga majikan dengan cukup baik, tapi melarikan diri dengan ditinggalkan hutang bil telefon, mencuri barangan milik tuan rumah semata-mata kerana majikan hendak memotong gaji separuh untuk membayar hutang bil telefonnya? Di depan majikan punyalah baik, mulut manis, muka sentiasa senyum, tapi dibelakang, dialah hantu!

Saya serik..

NORHAYATI BERAHIM said...

nuar..yelah, kenapa mahu dilayan pembantu rumah begitukan. Siapa pun pembantu rumah mereka ada perasaan..

jim bagi akak pembantu rumah sebahagian daripada keluarga kita, dapat yang baik layanlah dengan baik. Bersyukur kerana tak ada pembatu rumah yang mencuri, melarikan anak majikan atau membawa lelaki masuk ke dalam rumah..

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..dan Sazreena
masalah pembantu rumah yang jahat pun masalah juga, tapi biasanya yang jahat ini ada sendiketnya, satu kita..jangan sesekali ambil pembantu rumah tanpa permit, kerana yang begini akan sesuaka hati lari atau melarikan barang-barang kita, kedua..pihak berkuasa, seharusnya meneliti latarbelakang maid yang sebegini..
Tetapikan
yang masalahnya pihak indonesia pun satu, main hantar saja rakyat mereka..tidak tahu ada yang sakit jiwa, ada yang mempunyai rekod jenayah dan sebagainya...
dan pihak media pula harus melaporkan secara besar-besaran pembantu rumah yang cuba membunuh majikan, melarikan anak2 majikan seperti pihak media Indonesia yang melaporkan..pembantu rumah diderakan?

NORHAYATI BERAHIM said...

mrs sheikh..akak tulis n3 sebab hari2 tengok majikan melayan pembantu rumah macam mereka hamba..

shila..kalau tak mahu pembantu rumah ini, antarlah balik kgkan..kenapa diseksa begitu..

Liza..apa yang liza cakap tu betul,dua-dua seharusnya bertanggungjawab. Baik pembantu rumah ataupun majikan. Kadangkala takdir juga, dapat pembantu baik, majikan teruk dapat majikan teruk..pembantu baik..hidup2

kakyong said...

ish, naper lah dibuat camtu.

kalo tak mau layan dgn baik, baik tak usah ambil pembantu rumah... dah le kwn tu tlg jagakan anak2, bersihkan rumah kita lagi, memasak lagi.. ish ish, sungguh tak patut...