Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 21, 2009

SAMBUNG CERITA

Saya sudah tiba di Keyseri, lapanganterbangnya buat saya benar-benar terperanjat bahkan selepas itu saya ketawa besar. Bayangkan bahagian arrival hanya seperti kabin kecil dan orang yang menunggu penumpang terpaksa menunggu di luar.
"Kalau winter macam mana?"
Saya tanya suami. Suami beritahu kalau musim salji, selalunya kapalterbang tidak berfungsi. Patutlah..
Suami menyuruh pemandu teksi membawa kami ke Sur Hotel. Tetapi komen pemandu teksi tersebut.
"Tidak pernah orang turun dari kapalterbang pergi ke hotel tersebut.."
Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang hotel tersebut. Memandangkan saya sudah kepenatan. Jadi saya memang tidak ada masa untuk memilih-milih,
Mak ai hotel yang berharga RM140 itu tidak mempunyi air panas (bayangkan di Turki tak ada air panas. Malam cuacanya 15darjah}. Tandasnya pun Qaisara tak 'mahu masuk. Kata Qaisara busuk. Biliknya amat kecil, paipnya berbunyi seperti bergegar satu hotel.
"Dua puluh tahun dahulu hotel ini yang terbagus di sini.."
Kata suami, saya seperti nak menangis berguling-guling. 20 tahun dahulu? Penghabisan saya tak jadi menangis saya ketawa besar. Suami tidak mahu membawa saya tinggal di rumah adiknya kerana mereka memelihara anjing dan anjing itu suka mengigit kaki orang. Ha,ha
Hari ini suami akan ke Dewan Bandaraya, menyelesaikan semua hal tanah di kampungnya. Semua tanah tersebut di letak atas nama suami. Jutawan weh kalau dekat sini. Tetapi suami mahu meletakan ke nama adiknya yang agak kurang bernasib baik.
"Dari tanah itu ditinggalkan, biarlah saya berikan pada adik saya"
Saya terlupa membawa kabel camera, tak boleh nak update gambar. Rupanya di Keyseri ceri belum bermusim. Tetapi strawberi sebesar penumbuk anak kecil harganya sekilo hanya RM7 begitu juga aprikot. Suami beritahu saya makan tu ingat-ingat sikit, awak tu senang dapat batuk. Saya puas makan mante dan baklava.
Tengahari ini kalau cuaca baik kami akan ke gunung sebelum ke kampung, melihat rumah yang telah lama suami tinggal dan dia bercerita bagaimana dia melihat lambaian tangan emaknya yang terakhir sebelum emaknya menghembuskan nafas yang terakhir. Sedih weh...
Ketika saya menulis ini Qaisara mengacau. Saya marah dia. Dia tanya saya balik.
"Why you angry umi.."
Saya beliakkan mata saya. Dengan muka yang selamba dia bertanya.
"You dont love me umi?
Auwahah.hah..anakku..anakku....
Teruk-teruk hotel ni pun rupanya ada wifi....

12 comments:

Marzalina said...

wah kak..kiranya tak koman la hotel tu..ada wifi hehehehe..kak, mante dan baklava tu apa ye?
qaisara tu memang pandai amik hati uminya kan..hehe..

psst..dah jumpe ke mamat turki yg ensem tuk buat ole2 kat intan?? haahahahaa

ain said...

dasat seh hotel teruk pun ada wifi. bestnyaaa tgh musim starwberry!!! puas le dok makan.

pandai qaisara amik ati akak ekh!

Casper a.k.a wifee en.atan said...

Wah kak...balik M'sia jgn lupa up-load pic yer...

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Sonoknyerrrrrrrr............

yatie chomeyl said...

nsb baik ada wifi..leh update blog hik3x :)

idasm said...

salam kak..
seronok betul dgr cerita akak ni.. mcm2 hal yea.. bila akak bercerita pasal hotel tu.. teringat plak kat hotel pakistan.. lebih kurang le... hehe.. sib baik ada wifi yea kak dpt jugak update blog utk tatapan kami ni... hehe...
Qaisara... saje aje usik akak tu... ohya.. musim strawberry kat sana.. bestnyer!!! ida suka betul ngan strawberri...

intan... takkan nak suruh kak yati bawak balik pakwe turki utk intan.. kot... hehe...

Zila said...

nasib le ada wifi kalau tak mahu rindu nak baca cite kak Yati & Qaisara....

nadia said...

baklava..sedapnya..
p/s:dulu kalau bos pegi meeting kt istanbul, dia msti bwk blk ole2 baklava untuk saya..dia tau itu favorite sy..ada sekali tu dia bw blk baklava for diabetic..katanya sbb sy byk sgt mkn baklava,dia takut sy kena diabetis..jd dia beli baklava yg kurang manis..heheh..

kakyong said...

salam kakyati...

takper la takde foto.. janji cerita nyer ade...
kakyong terbayangkan strawbery sebesar penumbuk budak.. adakah budak itu = baby,
atau sebesar penumbuk Qaisara... hihiii.. mesti sedap... kakyong ni memang addict dgn strawberi..

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan..akak tak nampak pun yang handsome2 yang misai tebal ramailah..ha.ha

ain puas makan strawberi,,tapi still nak makan juga...

casper insya-allah nanti akak upload banyak2

Mila..penat tapi seronok

Yati yelah nasib ada wifi..keh2

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..
da biasa dgn hotel di malaysia ni, tapi akak selalu positif segala kekurangan akak terima dengan gelak ketawa, seminit dua saja tension lepas tu okay aje..

zila..memang nasib baik sangat2..he.he

nadila..baklava mesti manis, ditaburnya kuah gula di atasnya. Akak kurang suka tapi mahu memgembirakan hati saudara mara makanlan..

Kakyong sebenar penumbuk budak kecil..penumbuk baby dan ada juga yang besar sampai macam penumbuk qaisara..

pearl said...

Salam Kak Yati, seronoknya dengar cerita akak. Zaimah harap akak sekeluarga gembira dan ceria sentiasa. Jaga diri....