Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 17, 2009

KENAPA BAWA PANADOL BANYAK-BANYAK!

Lizabujang cakap tak payahlah bawak barang-barang banyak sangat terutama panadol tu. Saya tahu dia tidak tahu cerita sebenar dan paling penting. Ubat di Turki bukan macam ubat di Malaysia. Murah. Dekat sana sudahlah mahal dan ubatnya macam tak kena dengan saya.
Hari itu saya seorang diri menaiki penerbangan SIA ke Singapura. Saya berhenti di Singapura sebelum terbang ke Cyprus, Turki dan Greek. Di sana ada kawan yang akan menunggu saya. Ketika itu saya masih belum berkahwin. Dan dalam berjalan kaki di lapangan terbang Changi itu, saya melihat seseorang wanita yang kelihatan terhoyong hayang. Mabukkah dia? Tapi tampak dia seperti kepenatan atau keletihan.
“Are you okay?”
Saya bertanyakan wanita yang berbangsa cina itu. Dia menganggukkan kepalanya tetapi saya tahu dia tidak okay. Lantas saya pegang tangannya dan saya papah dia duduk di salah satu kerusi yang ada di sana. Airport di Changi bukan seperti di Malaysia, dari satu Gate ke satu Gate boleh menaiki keretapi. Tetapi di Changi, terpaksa berjalan kaki!
(dah lama sebenarnya saya tak transit di Changi lagi)
“What happen to you?”
Saya bertanya.
“I got headache!”
Wanita itu memberitahu dia sakit kepala teramat sangat dan seperti mahu pitam. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Italy. Penerbangan yang berlainan dengan saya dan tanpa saya sedar dia sebenarnya satu kapalterbang dari KLIA dengan saya sebentar tadi.
“Ini..”
Saya menghulurkan sekeping panadol dan saya keluarkan dua biji panadol dan berikan kepadanya berserta dengan air mineral yang saya bawa (dulu boleh bawak air naik kapalterbang, sekarang imigrisen lempar dalam tong sampah kalau kita bawa!). Dia mengambil dan memasukkan ke dalam mulutnya. Saya temankan dia buat seketika dan beberapa minit kemudian dia tampak okay!
Bila saya mahu beredar dia mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Kata dia pertolongan saya amat besar maknanya bagi dia. Dan saya berikan dia beberapa biji lagi panadol untuk peneman dia nanti (walaupun saya tahu dia boleh mencarinya di dalam air port itu).
Hati saya puas dapat menolong. Membawa panadol atau ubatan memang habit saya untuk keluar negara. Dengan ubat kita boleh bersahabat dengan orang lain dan memberikan sedikit pertolongan. Walau tampak kecil tapi cukup berguna. Dan untuk Lizabujang cerita akak ini akan memberi jawapan pada Liza kenapa akak bawa panadol banyak bila travel. Dan saya sering mengingatkan diri sendiri, jangan pertikaikan perbuatan seseorang kerana setiap orang mempunyai alasan dan ceritanya sendiri!

6 comments:

Lady Arween said...

Kak Yati..Cerita akak bg Panadol nie cam cite Inas ngn Zachry... Dapat idea dr insiden nie ke kak?

idasm said...

betul kak, tak rugi bawak ubat2 tu semua. sebab kita tak tau bila kita atau org di sekeliling kita betul2 memerlukannya. kalau dh ada, tak perlulah susah2 nak pergi cari. mcm ida, ponstan dan counter pain ubat wajib bila travel... hehe..

ain said...

kak yati..baca kisah akak ni, teringt citer novel akak, lupa lah tajuknya tp hero nyer zakry, heroin dia inas, kat german kan. alahai, best citer tu, sat lg nak pi cari ler..nak baca balik.hihi

p/s..saya dah berulang membaca novel akak seperti inferior, lewat musim itu, seindah derita dan cinta pertama. best!!

idasm said...

hehe... tajuk novel tu.. SENTUHAN CINTA, memang ingat sangat tajuk dia sebab itulah novel feveretku..

yatie chomeyl said...

ooooo gitu citenye...baru tau. nak wat gini gak la lain kali time travel ;)

kakyong said...

salam kak,

betui tu, baik bawa siap2 seblum apa jadi.. cam kakyong minyak cap kapa @ balm cap rimau tu memang wajib bawa... lagi le bila bjln jauh dgn anak2, panadol utk ibuayah & kortal utk anak2 memang siap sedia & vicks..