Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 12, 2009

SABUN DAH HABIS!

Sabun minyak Zaitun yang banyak terdapat di Turki.

"Soap finish! Soap finish!"
Suami sudah menjerit di muka pintu bilik air. Saya yang sedang bermain tampal stickers dengan Qaisara berpandangan antara satu sama lain. Kalau Qaisara terlebih rajin dialah yang meluru turun dan meminta sabun mandi dari pembantu rumah dan diberi kepada babanya. Tapi kali ini Qaisara seakan acuh tidak acuh sahaja. Jadi sayalah yang turun dan mengambilnya di kabinet dapur. Hairan saya, baru dua minggu lepas saya membawa naik 6 buku sabun protex. Masakan sudah habis?
"Sabun di Malaysia ni tak bagus.."
Celoteh suami apabila saya menghulurkan sabun padanya.
"Huh.."
"Cepat sangat habis. Tidak macam sabun di Turki.."
Sambung dia lagi seperti mengejek sahaja bunyinya.
"Orang Turki, bila summer mandi berapa hari sekali?"
"Dua atau tiga hari sekali.." jawab suami tulus tanpa dapat menebak apa yang cuba saya sampaikan.
"Kalau winter?"
"Hm..siapa nak mandi masa winter! Basuh muka ajelah. Seminggu atau dua minggu sekali baru mandi."
"Sebab itu sabun Turki bagus, tak habis-habiskan.." Perli saya.
"Pidahhh..."
Panjang Pidah..suami sedangkan saya sudah ketawa besar. (suami memang suka menyebut perkataan pidahhhh!)
"Dekat sini you mandi kadangkala satu hari sampai 3 kali, apatah lagi musim panas ni. Itu yang menyebabkan sabun Malaysia tak baguskan.."
Kali ini suami sudah ketawa besar dan tanpa menjawab apa-apa dia terus pintu bilik air dan mandi. Huh! Nak mengena orang dia akhirnya terkena!

4 comments:

ain said...

hahahaha....pandai kak yati membela nasib sabun2 malysia ni la.

kakyong said...

salam kakyati,

rumah saya sabun cepat habis juge.. tp bukan kerana kerap mandi, tp sebab anis suka main sabun & picit2 sabun tu.. sudahnyer habis berkecai2.. kdg2 tak dpt nak elak, tpaksa buat 2,3 kerja (multitasking?/!!) sekaligus.. bior anis berendam dlm bilik air, sambil saya mop lantai @ basuk pinggan @ pun melayan aliya makan...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati....

hahahaha...mmg jawapn yg superb(^_^)
suke3....

cayang cokmo2...

yatie chomeyl said...

patutla sabun cpt habis...hehe