Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 23, 2009

BERANGKAT KE BURSA

Hari ini saya ke rumah bapa saudara suami saya. Puas saya mengambil gambar kebunnya yang dipenuhi pokok aprikot, ceri, apple, bawang putih, badam dan bunga tulip. Tapi sayang, semuanya baru tengah berputik. Pokok anggur pun belum berbuah lagi Sedang menangkap gambar bunga-bungaan, saya dikejar lebah. Besar sungguh lebah di sini. Suami mengajar qaisara sesuatu yang menyebabkan saya ketawa.
"Bee berak honey.." Ha..ha..ha..
Saya sebenarnya tengah menunggu bas ke Bursa. Kami singgah ke Salon Selma, anak buah suami saya. Selama bekerja di salon sejak berusia 15 tahun dan beberapa tahun yang lepas, bos tempat dia bekerja menyerahkan salon tersebut kepadanya. Dia baru berusia 23 tahun. Saya beritahu suami, seharusnya anak-anak yang tidak suka belajar akademik perlu belajar kemahiran seperti Selma. Di salon Selma, Qaisara di make over, di makeupkan, dicat kukunya..aduh..rosak anakku. Rambutnya diberi glitter kerana saya tidak membenarkan rambut Qaisara di usik.
Bagusnya walau Selma ni nampak rugged tapi dia hanya menerima pelanggan wanita sahaja.
Cuaca begitu sejuk sekali. 15-18 darjah celcius. Harga tiket ke Bursa RM100 seorang, perjalanan sejauh 10 jam. Keraslah punggung saya....

9 comments:

ain said...

wah...qaisara dah jd model cilik kat sana.hihihi

enjoy your journey to Bursa!!

ibu aira said...

qaisara seronok sangatlah kat sana ye.. di manjakan! hehehe...

umie said...

hehehe..mesti akak dah xtau nak wat pe tengok qaisara di makeup gitu..best nyer dapat tengok real semua benda tukan...

ZARA ALUWI said...

Assalamualaikum Yatie,

Seronok betul akak membaca kisah perjalanan Yatie sekeluarga ke Turky. Tiga kali akak mengulang baca. Paling best citer Qaisara la... jangan benarkan rambut Qaisara dibega-bega... sayangla... rambut dia cantik.

Semoga perjalanan Yatie sekeluarga berjalan dengan lancar. Akak doakan kamu semua sihat dan gembira di sana. Harap orang2 Turki juga sentiasa aman sejahtera.

Enjoy your holiday. Muahhh... untuk Qaisara... ha3x

kakyong said...

salam kakyati,

perjalanan 10 jam.. brp kali berhenti..

idasm said...

akak.. tak sabar nak tengok pic qaisara yg telah dimake over. nasib baik rambutnya tidak diwarnakan... hehe..
take care...

Lizabujang said...

salam akak..
u r right about kemahiran utk anak2 yg x suka belajar akademik.ttp sayangnya pendidikan kita lebih utamakan akademik. mula dari upsr ,subjek kemahiran tidak diberi keutamaan seperti kemahiran hidup.kan baik dibuat pendidikan teknikal sejak rendah lagi dan beri sebagai pilhan dgn akademik,bukannya ppsmi.teknikal hanya difokus bila students habis spm....itupun kemasukkannya bersyarat......happy the trip.umpama jarak pejalanan dari kuching ke SARIKEI.

NORHAYATI BERAHIM said...

Aın salam
yelah dıa jadı model bıla dıpelawa sengeh memanjang dan tak mahu basuh rambut dıa sampaı bıla2 sbb takut glıtter tu ılang

ıbu aıra qaısara seronok tapı selalu tanya bıla nak balık? he he ını malaysıa ke umı walaupun sudah dıberıtahu dı sını turkı

salam kak zara thanks, pengalaman darı perjalanan memang mahal harganyakan..sebab ıtu musafır banyak dıberıkan keıstımewaan

kakyong dua kalı berhentı aje

ıdasm-ınsya Allah ada gambarnya nantı.

Lıza kerajaan banyak mengadakan kemahıran buat kıta tapı ıbubapa lebıh pentıngkan akdemık, bagı mereka anak2 yang belajar dı salon atau menjahıt baju tıdak membawa keuntungan

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bee berak honey...

muahahahaha! ;)