Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 27, 2009

BERUNTUNG ANAK-ANAK KITA

Ini sebahagian daripada uniform sekolah tinggi di Turki. Setiap sekolah mempunyai uniform yang berlainan.

Semalam saya sempat ke sekolah tinggi di turki. Sekolah di Turki di bahagi pada 3 bahagian. Sekolah rendah dari 7-11 tahun, sekolah menengah rendah 12-14 tahun dan sekolah tinggi 15-17 tahun.
Sekolah Tinggi di Turki mempunyai uniform yang berlainan. Terpulang pada sekolah, negeri atau daerah. Kadangkala ada negeri yang memberi subsidi pakaian pada para pelajarnya. Saya bertanya suami kenapa pelajar perempuan sekolah tinggi uniformnya skirt dan lelaki pula berseluar panjang. Tidak sejukkan kalau musim salji. Suami menjawab..
"Inilah Turki yang mendakwa negara Islam dan mempunyai masjid di mana-mana.."
Wang yuran kemasukan ke sekolah tinggi bergantung pada status sekolah tersebut. Kalau sekolah kampung dan rendah kualitinya yuran kemasukan lebih kurang Rm3,500 dan kalau sekolah yang agak baik yuran kemasukannya sehingga RM20,000. Memang tidak percaya tetapi itulah hakikat kehidupan di negara Turki yang separuh berada di Asia dan separuh di Eropah ini.
Sekolah yang saya kunjungi ini mempunyai lima tingkat dan hanya mempunyai padang bola keranjang sahaja. Tidak ada padang bola sepak mahu tennis seperti di Malaysia.
Bilik darjahnya tidak mempunyai tingkap di dalamnya hanya ada tingkap yang kecil menghadap keluar. Tidak macam bilik darjah di seluruh Malaysia mempunyai tingkap di kiri kanan. Saya benar-benar berasakan seperti di dalam penjara.
Alangkah bertuahnya belajar di Malaysia, cuma anak-anak kita kadangkala malas mahu belajar. Cuba bayangkan kata suami, kalau ada 3 orang anak di sekolah tinggi? Mahu pengsan emak bapak bila semestar bermula!
Turki murah dengan textile. Mana-mana t-shirt dengan kualiti yang lebih baik dibandingkan dengan negara china dijual dengan harga RM10-20 sahaja. Tetapi mahu masuk ke tandas kita terpaksa membayar RM1-R=M1.50 setakat ini saya tidak pernah berjumpa dengan WC yang percuma di Turki ini. Bahkan mahu masuk ke tandas pun terpaksa membeli token dan memasukkan ke dalam mesin palang seperti menaiki LRT.
Saya memerhatikan setiap stesen minya, gas LPG yang biasa digunakan oleh kereta di sini dijual dengan harga yang berbeza. Total, BP dan sebagainya mempunyai harga yang berlainan. Ada yang menjual TL1.54, TL1.59 dan TL1.,49. Bila saya bertanya suami, dia sendiri tidak faham kenapa..he..he.
Esok saya akan ke Istanbul, bermalam dua hari di sana sebelum terbang pulang ke Malaysia. Saya sudah puas makan ceri dan sudah puas makan hamsis..

Hamsi, ikan yang bertulang lembut ini di jual dengan harga TL5 di Turki bersamaan RM12. Kecil-kecil sahaja.

Rasa tak sabar pulang ke Malaysia tapi saya tahu saya akan rindukan Turki yang serba murah buah-buahan dan sayur-sayurannya. Baru saya melawat bazar sebentar tadi, ceri sudah turun sehingga RM3 sekilo.

Hamsi ini biasanya dimasak goreng bertepung dimakan dengan roti, bawang dan tomato dan kalau suka letak perahkan air lemon di atasnya. Kalau di malaysia sudah pasti saya masak sambal..keh..keh..

9 comments:

idasm said...

salam kak...
3 hari tak jenguk dunia blog.. rasa rindu sangat.. lebih2 lagi blog akak... seronoknya membaca coretan perjalanan akak... rasa mcm bc nv pun ada. nanti bila dh balik mesia, akak upload pix byk2 yea...hehe.
mama dan adik2 kirim salam kat akak. diorang tau akak kat turki skarang... akak take care yea...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

lapar teros...grrr...

umie said...

sedapnyer ikan tu..nak sikit..hehehe...mahalnyer yuran kat sana..nasib baik la umie tgal kat malaysia...

ain said...

tentu boring kan sekolah kurang tingkap!!!!

esok kak yati dah nak balik dah..mcm cpt aje masa berlalu kan!!

| Krsty Pinky | said...

asal masuk blog kak NB, mesti nampak foods n drinks..huhu..mmg sentiasa terliur..mcm nk mintak kak NB pos utk sy jek..hehehe

IdaAnuar said...

selamat pulang kak...sedap ikan tu ye kak.

Lizabujang said...

asalamualaikum kak...
terkedu za dgn harga yuran sekolah di Turki. Memang anak2 kita beruntung. di luar bandar, uniform kokurikulum free, yuranpun dah free,cuma bayar takaful rm1.50 dan beli satu set buku setahun rm 9.90. rehat ada makanan free, tgahari ada lunch free, tuisyen free dari 130 hingga 330 tiap hari....uniform sekolah n kasut dan beg juga free utk tahun 1....dental services setiap tahun dtg check...time sukan milo bg air percuma.duit biasiswa lg...sampai rm 500+ ....kalau 5 anak... mahu kaya parents rm2500.tapi semua kemudahan ini utk anak2 luar bandar. berbayarpun masih lg murah.

ina said...

untung luar bandar ye.betul ke semua mcm tu..kat kl ni serba serbi bayar..tup tup tgh tahun ni mcm2 fees kena bayar...sabo je la..

tapi compare to Turki, kita masih lebih baik tang tu semua kan. gaji kat sana mahal dari kita ke yati.

apapun tak sabar nak tunggu yati balik bawa ole2..hehehe...mcm ada je utk sy...huhu..malu seh

~:|:sara:|:~ said...

wa...beznya, jauh perjalanan luas pemandangan...

pandai gak org2 turki buat ikan hamsi tu buat goreng tepung...hehehe