Saya sudah membeli kamera baru. Pada mulanya saya mahu membelikan dia kamera yang dipilihnya berwarna pink. Tetapi memikirkan yang kamera tersebut akan cepat jatuh dan rosak. Saya bagi dia kamera yang saya pakai sekarang . Tough dari Olympus. Kamera ini sangat lasak, jatuh dan masuk air pun tidak mengapa.
Tengoklah Qaisara gaya seorang jurufoto. Ha ha ha..
Yeahhh...suka apabila gambarnya menjadi.
Hasil gambar yang Qaisara ambil semalam ketika kami balik kampung.
Balkish dan kakak Alinnya.
Sepupu kesayangan Qaisara, Abang Adli pujaan hatinya, Alin dan Irfan. Tak tahu kenapa dia suka sangat dengan Abang Adli yang pandai melayan dia bermain.
Gambar yang diambilnya sendiri.
Pokok bunga di halaman rumah saya. Tembak ajelah Ta..ha ha ha..
6 comments:
hahahhah..teta dah rajin snap2. Kak, alin tu mata sepet dia n cara dia senyum, seiras akak la
alahai.. comel2 semuaa nyee... suke sy tgk.. =)
Canggih kanak2 zaman sekrg...
Qaisara ni ada potensilah jadi pro photographer...for her age, amik gambar sendiri, pandai.
salam kak yati.. memang sebijik la alin ngan kak yati... i likeeee... hehe
selamat bercuti...
Qaisara ni comel sangat...suka tengok
Post a Comment