Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 12, 2011

JOM BUAT COKLAT

Jom kita buat coklat!
Bila rehat-rehat otak ligat berfikir, apa saya nak buat?
Apa yang  ada dalam peti ais itu?
Ting!
Buat coklatlah senang kerana buat coklat boleh simpan.
Sebab itu saya suka buat cokalat. Sesiapa datang, boleh beri mereka makan.
Hmm..tapi saya tak mahu bagi resipi dengan coklat yang saya buat.
Masakan asyik nak resipi percumakan?
Zaman sekarang ini saya tengok, semua orang nak percuma.
Kita ini tengok kawan-kawan buat sesuatu
mulalah akan tulis begini..
"Dik, akak, abang..minta resipi"
Kadangkala kawan tu punyalah bayar dan bayar untuk dapat resipi.
Punya belajar dan belajar untuk membuat sesuatu
Kita alih-alih dok senang aje minta resipi.
Bukan saya kedekut ilmu.
Tidak...tapi kita kalau nak minta resipi, tengoklah dulu. Pandanglah dulu.
Kalau saya yang tidak buat business tak mengapa, pada orang yang buat business?
Saya sendiri sangat malu mahu meminta resipi pada orang lain.
Baik saya godek sana sini, baik saya beli bukukan, ilmu saya dapat orang yang buat buku tu pun dapat rezeki. (ada orang sangat lokek membeli buku)
Saya suka beli buku resipi. Walau masih tak pandai-pandai masak. 
Ha ha ha..apa punya bebelah saya inikan?


Hari itu ketika membuat coklat saya ada berkongsi di dalam Harian Metro.
Saya ada letak di wall saya di FB, Peringkat demi peringkat saya buat tapi rasanya ramai yang tak beli Harian Metro.



Kali ini nak buat cokelat macam crispy tu? Saya tak mahu bagi resipi tapi tolong beli buku ini.
Saya beli di pesta buku. Harganya cuma RM25. Tetapi macam-macam yang boleh kita dapat di dalamnya.
Cantik-cantik dan nampak sedap.
Crispy cokelat itu sangat mudah dan sangat murah untuk dibuat.
Belilah ya! Tolong penulis tersebut beli buku beliau
dan anda pun banyak dapat ilmu di dalamnya.


6 comments:

Mama Nazhan said...

salam kak yati... baru semalan saya dok borak ngan member pasal org minta resepi ni... bukan apa, mcm saya baru bisnes kecil2 an... depa dah minta resepi konon nak buat sendiri... mcm kak yati ckp laa.. saya gi kursus barulah sifu kasi resepi yg menjadi... takde org nak bagi saje2 jer.... saya pun suke beli buku masakan.... nak beli gak la buku coklat chef tu nanti.... rajin sungguh kak yati... :)

Leeza said...

Saya nak cari buku resipi ni kak..saya cuba satu persatu resipi bila saya free. Betul tu kak...memasak dan mencuba resipi ini elok untuk terapi minda juga. Walau tak makan boleh bagi orang lain makan.kitapun dapat pahala bagi orang makan kan....percuma itu nyaman kak. hahaha.

Intanaziela said...

hahahha intan gelak bila tiba part beli buku resepi...sebab intan tiap2 bulan beli majalah rasa...tapi tak pandai2 masak kak..hahahha suka beli dan belek2 resepi...mana tau suatu hari nanti ada kesempatan boleh cuba kalau sekarang tak sempat kan.. :)

Saliza Shamsudin said...

Dah beli lama dah buku ni akak..tapi tak berani nak cuba lagi..sebab mcm susah je..sebab coklat tu nampak mcm beza je contohnya coklat compound...tak berapa nak paham sangat..duk tengah study ..tapi bila tengok akak buat mcm senang je..TAHNIAH!!! akak

Lin Abdul Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Aku dan Sesuatu said...

Salam. Saya dah ada buku ni. Saya memang sangat3 sukakan coklat! Saya selalu buka FB tengok wall orang yg buat coklat & dah pegi kelas belajar buat coklat. Ramai juga kwn2 yg minta resepi & minta tlg ajar secara free. Diorang x tau saya kena bayar RM100 lebih untuk belajar buat coklat. Saya cadangkan diorang pegi kelas tapi diorang x mau. Alasan diorang yuran kelas tu mahal. Habis diorang ingat saya ni kaya sangat ke? Saya kumpul duit semata - mata nak sangat join kelas buat coklat. Ada kwn2 kata saya kedekut ilmu. Saya bukan kedekut. Kalau nak 1000 daya, x nak seribu dalih.