Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 11, 2011

BERILAH KEMAAFAN

Bila Kusyi dan suaminya Zul datang ke rumah banyak cerita yang berbangkit. Terutama perihal masa lalu yang agak memedihkan. Zul dan saya hampir senasib dan kadangkala Zul seperti tidak dapat melupakan apa yang berlaku.
'Kita harus belajar memaafkan.."
Saya beritahu Zul. 
Ya..dalam kehidupan apa sahaja perkara yang terjadi kita harus memaafkan. 
Saya masih ingat bagaimana saya bercerita dengan seorang teman di mana saya terpaksa beraya Haji seorang diri di rumah. Kakak saya berdua tidak pulang dari asrama dan selebihnya di mana keluarga saya tidak perlulah saya beritahu. Saya masih ingat bagaimana saya memegang kekisi tingkap dan memandang ke jalan. Mengharap kalau-kalau ada yang kembali ke rumah. Saya masih ingat, saya keseorangan yang agak lama. Sehinggalah ada yang menghantar daging korban ke rumah saya.
Saya gembira, daging korban itu saya rebus. Mahu memasak saya tidak tahu kerana ketika itu saya berusia 12 tahun. Hendak disimpan tidak ada peti ais. Saya takut untuk makan daging tersebut dan menunggu mana-mana kaum keluarga saya pulang. Malangnya saya lupa menutup periuk tempat daging direbus, daging itu dicuri kucing. Natijahnya saya dimarahi kerana cuai.
Kawan mendengar menangis mendengar cerita saya, tetapi saya ketawa. Selepas bertahun-tahun saya menangis mengingatkan peristiwa tersebut. Sudah boleh ketawa kerana saya telah belajar memaafkan.
Itu yang saya beritahu Kusyi dan Zul, kita harus belajar memaafkan dan melihat perkara yang menyedihkan dari sudut lain.
Hidup tidak selalu indah, banyak perkara yang terjadi saya belajar memaafkan. Sebab itu kadangkala orang tidak faham dengan tindakan saya. Sudah difitnah ditikam, saya masih memaafkan.
Perlukan kita simpan rasa sakit hati yang akan menjadi barah buat diri kita? Kita harus lepaskan kemarahan itu pergi. Biar diri kita bebas dari rasa sakit hati..
Kemaafaan bukan dendam, kemaafan adalah suatu perasaan yang paling cantik yang kita tidak mengerti, sehingga kita memaafkan...



14 comments:

zackque said...

memaafkan itu lebih indah dari memendam...

yatie chomeyl said...

mcm lagu Aisyah-kemaafan dendam yang terindah.

tapi bukan senang nak memujuk hati utk memberi kemaafan tu kan kak. sebab kadang-kadang rasa macam lemaafan tu tidak berbaloi bila kesalahan itu di ulang lagi.

sigh~ saya juga masih sedang belajar untuk memaafkan.

Nadiah Sidek said...

nak memaafkan boleh kak yati tapi nak melupakan dan nak buat mcm biasa dgn org yg berkenaan sblm benda tu berlaku tu yg susah..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak ingat citer akak tu...msh terasa sedih mendengarnya.. tp bila hati sudah memaafkan segala tekanan akan terasa ringan... maaf itu berat tp sangat indah!

fifahnazri said...

Terlalu sukar untuk memaafkan terutama kpd orang yg memfitnah kita habis-habisan. Sebab itu dalam al-quran ada menyebut, orang yang pemaaf dijanjikan istana di dalam syurga. Masyaallah! Mampukah kita memilikinya kelak?

Madam Casper said...

Kak Yati...
Jujur saya dalam dilema sekarang...hati saya tidak mahu memberi maaf seikhlas yang mungkin...sedangkan mulut mengungkap "maafkan lah"...semua ni bagai satu beban

NB KARA said...

memang memaafkan itu indah tapi mahu memaafkan pun harus mengambil masa..Zack

yatiechomeyl, ia memang betul. Ianya memerlukan masa yang panjang, memerlukan fikiran yang waras dan hati yang lapang, barulah kita boleh memaafkan dengan ikhlas..

NB KARA said...

Nadiah memang betul, tapi akak banyak belajar dari suami, bagaimana kawan dia buat dia, tipu dia. Dia boleh baik lagi. Kadangkala kita sendiri rasa sakit hati bila tengok kawan dia yang mencuri duit dia, menipu dia boleh duduk berbual bual lagi dengan dia..

Nik, betul..maafkan sahaja, itu pilihan yang kita adakan?

NB KARA said...

Casper..lepaskan sahaja rasa dendam itu pergi, memang amat sukar, akak faham. Kalau perlu mengambil masa..ambillah masa, tapi jangan terlalu berat memikirkannya..

Fifah, memang betul. Susah sangat, apatah lagi mahu memandang wajahnya. Tapi bila fikirkan balik, bagaimana besar kesalahan kita ALLAH maafkan, kenapa kita tidak bukan?

dlittlekitchen said...

ntah la k.yati, jiran kami membuat kami malu dan menjatuhkan maruah kami, bukan baru dah setahun lebih, selalu jumpa dia mcm tiada apa2, jiran2 lain pon hairan, mereka x tanya dia, tanya kami.. x tau nk jawab apa.. tp x mengapalah, dia pon dah pangkat ayah dan ibu kat kami.. kalo dia rasa apa yg dia buat tu betul, betul laah kot.. mula2 dulu nk keluar rumah pon malu, tp skrg org dah tau, manusia Allah bagi akal buatlah penilaian sendiri... kalo ada tetamu kami berdoa2 jgn laah diajukan soalan? sbb kami tiada jawapan......

Intanaziela said...

akak...berderai2 air mata intan membaca cerita akak..intan pun banyak melalui peristiwa pahit dalam persahabatan, intan belajar dari apa yang selalu akak nasihatkan kak..terima kasih atas nasihat akak... intan akan cuba maafkan mereka2 yang pernah mengecewakan..

Mizz Tiny said...

Kak Yati, sepertinya saya juga sering belajar utk memaafkan.malas nak simpan dendam..sebab dendam tu tak membawa ke mana pun..malah hiduplebih bahagia tanpa rasa sakit hati dan dendam kan kak? dan itu yang saya rasa sekarang.

sharif said...

kemaafan amat bererti bagi saya...dendam dan sakit hati tidak akan membawa kemana..walaupun sukar dan pahit hanya dengan"saya maafkan awak",tidak sama dengan apa yang berbekas di hati.."

LiTtLe^m3 said...

memaafkan memang tak mudah.. tapi insyaallah hati kita akan lebih tenang bila kita berjaya memaafkan dan redha. memang tak dpt melupakan sbb bimbang kalau kita lupa nanti kita tidak berhati-hati :)