Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU!

Selamat hari ibu kepada ibu di seluruh Malaysia. Tidak kira agama dan bangsa! Moga-moga hari yang sehari ini menaikkan semangat kita semula untuk menjadi seorang ibu yang baik dan lebih istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab. Bukan mudah mendapat gelaran seorang ibu, terpaksa mengharungi susah payah mengandung selama 9 bulan dan terpaksa bergelut nyawa melahirkan. Jadi hargailah peranan kita sebagai seorang ibu dan jangan sesekali mengunakan kuasa seorang ibu, untuk menyakiti hati anak-anak.

Ketika ini saya teringatkan arwah emak! Walau saya tidaklah dipelihara sepenuhnya oleh mak dan dalam keluarga rasanya saya bukan anak kesayangan emak. Tetapi saya tetap ingatkan arwah emak. 

Emak yang pandai memasak, apa sahaja masakan emak menjadi. Kek mentega berbelang merah dan hijau? Kau bahulu, guli agung? Kuih abuk-abuk. Oh..sebut sahaja emak akan membuatkan untuk kami. Emak juga pandai menjahit. Baju apa yang emak tak tahu? Baju maxi, baju panas yang dikait? Baju kurung, baju kupu-kupu. Bahkan seluar dalam pun hasil jahitan emak.

Ya..saya tahu antara ramai adik beradik. Saya seperti agak jauh dari emak kerana saya lebih rapat dengan seorang emak saudara yang kami panggil 'Kak Munah'. Dia yang banyak menjaga saya tetapi masih banyak kenangan saya terhadap emak.

Saya masih ingat jam 3 pagi, saya ikut emak menoreh getah. Saya kopek sekerap emak menoreh. Emak terlalu sayangkan kucing, kucing sentiasa berada di bahu emak. Kadangkala emak ke kebun, kucing akan duduk di karier basikal emak. Bahkan emak akan merawat semua kucing yang datang ke rumah dan memberinya makan. Sampai sekarang perangai itu serba sedikit turun kepada saya. Kucing yang datang ke rumah saya belikan makanan, walau saya tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.

Emak juga wanita yang cukup bersemangat tinggi. Selain dari menoreh, emak membantu ayah ke paya, mencari kayu gelam, dipotong, dikopek kulitnya dan dijemur untuk dijadikan bahan kayu api. Oh..perkara itu bukanlah mudah. Saya masih ingat betapa beratnya kayu gelam yang basah, yang saya pikul bersama kakak saya Mijah. Sampai melecet bahu dibuatnya. Kayu itu arwah emak dan ayah saya akan potong menjadi bilah sederhana kecil untuk dijadikan kayu api dan kami jemur di bawah terik matahari.

Walau hanya 10 tahun kenangan bersama emak, walaupun waktu makin meninggalkan saya. Kesusahan masih kecil dan kesabaran emak melaluinya, sering membuat saya terkilan. Emak tidak dapat merasa kesenangan. Saya pula tidak dapat memberi kesenangan kepada emak, membawa emak berjalan-jalan. Menghantar emak ke tanah suci. Cuma yang selalu saya lakukan, sekurang-kurang sekali sehari pasti saya akan sedekahkah Al Fatihah untuk emak.

Pemergian emak, merengangkan sedikit hubungan saya dengan emak saudara saya 'kak munah' yang mengambil keputusan keluar dari rumah kerana tidak seronok dipandang orang kerana dia sepupu ayah saya.

Kepada arwah emak, saya sering berdoa supaya emak dicucuri rahmat, berada dibawa peliharaannya di sana. Kepada 'kak Munah' selamat hari ibu. Saya tahu kak munah seorang ibu yang baik. Ibu yang penyayang dan sentiasa disayang anak-anaknya. (Beliau adalah seorang wanita yang cukup sabar, lemah lembut dengan kami adik beradik)

Selamat hari ibu pada diri sendiri..moga-moga Qaisara bangga mendapat saya sebagai ibunya. AMINN..

7 comments:

Kak Aya said...

kak yati, entry ni mengingatkan saya kepada kesemua rangkuman novel kak yati...semua tu adunan dari pelbagai kisah hidup kak yati ye?

mcm mana saya nak beremel dengan kak yati, kalau tak keberatan boleh bagi emel kak yati?

mamaijat said...

.....selamat hari ibu buat yatie..
bangganya kita mjd seorang ibu..semuga kita terus mjd ibu yang cemerlang,gemilang & terbilang buat anak2 kita.amin.

kakyong said...

selamat hari ibu kak..
terharu & sayu membaca catatan kak ni...

Yan said...

happy mother's day....

Ann Ishak said...

selamat hari ibu buat kak yatie sekeluarga

Cik Ton said...

InsyaAllah Qaisara akan membesar menjadi anak yg baik. Kadang-kadang kita menjadi semakin matang melalui pengalaman kan akak.

Mama Nazhan said...

selamat hari ibu kak yati.... kenangan dengan arwah mak kite memang sentiasa segar tidak kira lama atau sekejap...hehe