Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 25, 2011

BERTERUS TERANG VS MENJAGA HATI

Petang semalam saya mengoreng mee sayur, mee ini seperti pasta yang diletak bayam. Buatan orang Melayu, Islam dan saya beli di pasar tani. Biasalah saya. Satu bungkus mee yang seberat 500gm sudah cukup untuk saya dah bibik makan untuk dua hari.
"Bagi dekat mami bibik.."
Saya suruh bibik kerana saya pasti mee tersebut akan terbuang sahaja. Bibik menelefon mami pada malam tu memandangkan dari siang dia tidak ada di rumah. Mami jiran cina saya tidak menjawab telefon dan kerana susah sangat, bibik keluar dan mengetuk pintu rumahnya.
"Ayooo..sekarang tak mahulah mee. Saya baru sahaja masak nasi. Nanti umi bagi mee, mesti anak-anak makan mee. Nasi saya tak laku. Besok sahajalah.."
Balik bibik berceritalah dengan saya, mengatakan yang mami tidak mahu mee kerana baru memasak nasi untuk makan malam.
"Apa salahnya cakap nak, simpan ajelah di peti ais.."
Bibik mempertikaikan kata-kata mami.
"Saya tahu anak-anak suka sangat makan mee, mami mana tahu goreng mee. Nanti tak lakulah dia punya nasi." Saya ketawa.
"Hesy..mami ni, dia suruh hantar esok pagi. Pagi dengan malam sama sahajalah.." sungut bibik lagi.
"Orang cina bukan macam orang melayu. Lebih menjaga hati orang. Orang cina lebih berterus terang."
Ya..berkawan dengan jiran cina, mereka rasanya jarang menjaga hati tetapi lebih bersikap berterus terang. Mula-mula memang kita terasa. Contohnya jiran sebelah rumah, satu hari saya mahu memberikan durian pada mereka. Pantas sahaja isterinya menjawab.
"Sorry saya tak mahu, kami nak keluar makan.."
"Simpanlah" suruh saya.
'Tak mahulah, nanti rumah busuk.."
Memang saya berkecil hati. Kita memberi dan dijawab sebagai acuh tidak acuh sahaja. Namun selepas lama berjiran saya tahu sikap mereka amat berterus terang. Berlainan dengan kita orang melayu yang sangat menjaga hati dan Qaisara sendiri telah mengikut budaya itu. Contohnya seperti pernah saya cerita dahulu..
"Umi, ini ada coklat uncle sebelah bagi.."
"Oh..iye ke.."
"Tapi umi jangan makan, tak ada tanda halal tau.."
"Habis kenapa ambil?"
"Aik.kenalah ambil tapi tak payahlah makan.."
Rasanya yang mana satu lebih baik?. Berterus terang dan kadangkala menyinggung perasaan orang, atau menjaga hati tetapi kita harus menyelesaikan sedikit masalah kecil yang berbangkit nanti?
Kalau saya, saya tetap menjaga hati orang lain. Seperti makanan yang diberi oleh mami atau uncle sebelah. Tetapi makanan itu saya berikan kepada pengawal keselamatan yang bukan beragama Islam.
Pengawal keselamatan itu dapat makan dan saya menjaga hati orang bukan?
Pagi ini saya tengok bibik memanaskan mee lebihan semalam..
"Mami tanya umi adakah lagi mee yang kita nak bagi dia semalam?"
Ha ha ha...manusia macam-macam perangaikan?

Para pembaca saya akan berangkat ke Europe malam ini. Berkelana selama 20 hari. Jika ada apa sahaja kesilapan saya, ampun maaf saya pinta walau kesalahan itu sebesar hama. Doakan saya selamat sampai dan selamat kembali. AMINNN...(Peluk semua...)

19 comments:

yatie chomeyl said...

*peluk balik* have fun during your Euro tour :)

aku ida... said...

slmt bercuti! hope gembira selalu..:)

Bila Ummi Menulis said...

seronoknya dapat bercuti...Jaga diri..Moga perjalanan akak dilindungiNya..Aminnnn

CuteOven said...

bestnye dapat pergi tour....

selamat pergi dan selamat kembali ketanah air....

Ozzy Choc D'Luscious said...

have a nice trip kak, & jaga diri ya

Mata-Jiwa-Cinta said...

Kak Yati..saya doakan semoga kak yati selamat pergi dan kembali..& have fun. Nanti balik kongsi la dengan kami yg belum pernah jejakkan kaki ke europe

Rizziela said...

Kak..nak ikut boleh?

Amna Faqiha said...

akak: slmat pergi dan kembali buat akak sekeluarga..best teta dpt pi europe

EnO said...

peluk balikk.. selamat ye kakk.. mudah mudahan semua nyee selamat..

=)

Intanaziela said...

selamat berkelana kak yatie...semoga pulang dgn idea2 yang menarik untuk dikongsi...

liyana said...

mmg kak, org cina ni ckp main lepas je, x mcm org melayu kite..

smg selamat pegi n selamat pulang :)

Ruziawati Ramazan said...

Selamat bercuti kak yati...semoga selamat pergi dan kembali...

umie said...

nak peluk gak la..hehhe..ok..semoga semuanya selamat yer kak..

ummuamin. said...

salam kak yati,
eid said kak sekeluarga,selamat pergi dan kembali,hug untuk akak dan teta yang jamila.

Yan said...

Selamat bercuti.. Back in one piece.

mamaijat said...

.....selamat bercuti yatie....semuga semua nya dalam rahmat & keberkatanNya juga..insyaallah.

Atie Ahmad said...

selamat bercuti kak yati....moga selamat pergi n selamat balik.... salam peluk cium.....

Kak Aya said...

semoga perjalanan kak yati di permudahkanNya, selamat pergi dan balik, happy selalu....

Mizz Tiny said...

peluk Balik...jaga diri kak....n have fun...:)