Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 9, 2011

HADIAH DIRI SENDIRI.

Saya suka ke Nor Afra batik. Adik-adik di situ baik. Siap bagi saya kotak bila saya beritahu batik ini mahu terbang ke eropah dan dijadikan sebagai hadiah.



Semalam hari ibu, saya tidak menyambut pun langsung memandangkan saya pulang ke kampung, menyelesaikan beberapa masalah keluarga. Kemudian saya ke Nor Arfa batik untuk membeli kaftan dan beberapa barangan untuk di bawah ke Holland, Germany, Belgium, Italy melawat saudara mara suami di hujung bulan ini. (saya memang suka pergi Nor Arfa batik ini tau bila balik ke Melaka, terletak berdekatan dengan Mydin).
Seperti biasa suami kesayangan saya sudah menjadi remote control yang sangat berkuasa. Ha haha..
"Honey, please buy this, please buy that.."
Dan saya pun akan bergerak mengikut apa yang diarahnya. (Kalau dia beli barang, mahu pengsan orang yang dapat tu kot? Ha ha ha).
Semalam saya tanya suami, kenapa tak wish saya hari ibu.
"You are my wife honey, not my mother."
Biasalah itu jawapan tapikal suami. Saya tak kisah langsung. Dah bertahun kahwin itulah jawapannya. Malam itu saya balik, membawa barangan daripada Melaka. Saya membelek-belek beberapa kaftan yang saya beli untuk diri saya sendiri. Lebih mahal daripada apa yang saya beli untuk cenderhati itu. he he he he
"Wow, it's so nice honey.."
Suami memang suka saya pakai kaftan di rumah. Oh..kaftan saya ada berpuluh-puluh tetapi tahu sahajalah kaftan sutera atau cotton cepat sangat koyaknya.
Lantas suami bertanya pada saya, berapa harga kaftan saya beli untuk diri saya itu. Saya beritahu harganya. Dia berdiri, pergi mengambil beg silangnya dan mengeluarkan beberapa keping note RM50.
Saya tanya untuk apa? Kata dia anggaplah kaftan itu hadiah dari dia, sempena hari ibu. Ha ha ha, saya rasa nak gelak guling-guling.
Saya tak ambil pun duit suami itu kerana saya tahu, kalau saya harapkan suami membeli saya sesuatu, memang saya tak akan pakai sampai bila-bila. Selalu sahaja yang dibeli itu tidak kena di mata saya! Saya telah menerima hakikat ini daripada melayan perasaan kecil hati!

12 comments:

ieda said...

salam...lama betoi tak jalan2 kat sini...baru ada kesempatan.
masa saya g arfa batik kat terengganu dulu pun best sebab staff kat situ semua friendly...moga dia dapat maintain suasana niaga yg macam tu kat semua outletnya.

btw...selamat hari ibu & selamat menjelajah europe...bestnyerrrr...

Epelijau said...

Salam kak Yati..
Hahahah...lawak husband kak yati..samalah kita kak..husband am lagilah- beli ajelah...kad atm kan awak yang pegang....

Balqis Nazid said...

salam akak....lucunya pak seyit.. tapi tulah suami kan...
saya 3, 4 bulan sekali memang selalu ke trengganu. batik sutera ni fevret nazid..dia suka sangat kalau saya pakai batik buat baju kurung..
yang tak bestnya dia aakan paksa kita beli...warna dia pilih corak dia pilih...memang dialah bayar...
tapi ada masa tak berkenan warna tu atau warna tu saya dah ada kadang2 macam saya tak ada baju lain padahal warna2nya lebih kurang jer ha..ha..

Ijahans said...

Kak nor.. kalau kak nor tulis pasal Mr Seyit tersayang ku pasti ija gelakk... i can imagine Mr seyit tu camna orangnya kan...

well, susah nak dapat lelaki yg ada taste kalau bab membeli hadiah kat isteri kan... sama jer nga cik suami saya... yg dia tunjuk pilihan dia tuh semua nya old fashion or outdated di mata saya.. apa lagi baju anak anak.. so saya kata bagi jer duit.. biar saya yg beli/pilih

Rizziela said...

Syok gak tu kak sebab dihulurnya RM utk beli hadiah...walaupun bukan dia yg pilih utk kita

Yan said...

Kak,

boleh kirim FM ke di Italy, Belgium, dan Germany tu..Holland saya ada dah..hee (no obligation).

NB KARA said...

thanks ida, yelah..suka pergi ke Arfa tu tengok batik yang cantik2 dan kebetulan akak ada member card..

Am, sama ajelah suami kita tu am, nak buat macam mana reda ajelahkan..ha ha ha

NB KARA said...

thanks ida, yelah..suka pergi ke Arfa tu tengok batik yang cantik2 dan kebetulan akak ada member card..

Am, sama ajelah suami kita tu am, nak buat macam mana reda ajelahkan..ha ha ha

NB KARA said...

Salam Salqish part pilih tu pun kadangkala jadi gaduh juga, pak seyit warna cokelat atau koko, apa sahaja warna koko cantik di mata dia, tapi kita nak juga tukar2 warnakan? Samalah tu naziq dengan pak seyit..ha ha

Ija, pak seyit pernah bawa balik turki dan China dia belikan Qaisara baju yang entah apa-apa, Qaisara pun tak mahu pakai..ha ha ha..

NB KARA said...

Ziela..alah duit dia, duit kita, duit kita duit dia, pusing-pusing sama aje, kecuali dia belikan untuk kita..he he..

Yan..insya-ALLAH, kalau akak jumpa FM tu, selalu akak tak jumpa dan selalu lupa, ha ha ha walau begitu ramai yang mengirimnya..

Zana S said...

ayat terakhir tu yang buat saya sengih tu kak... mcm saya biasa buat je. hihi.

dlittlekitchen said...

betul laa k.yati.. sgt seronok beli hadiah tuk diri sendiri.......