Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 3, 2011

BERAKHIR SUDAH!

Sudah berakhirnya pesta buku. Sambutan yang kami terima memang sangat hangat dan mengembirakan. Dari pelusuk negara pembaca datang dan ada yang datang dari Brunei dan Singapura. Banyak yang dapat dirakam dilensa kamera dan bila melihatnya semula saya ketawa dan menangis. Ketawa gembira dan menangis kerana tidak pasti apakah kita semua akan dapat berjumpa lagi? Moga-moga tuhan panjangkan umur kita semua.
p/s Koperal Muhammad Afnan Fauzan (Ojan) terpaksa pakai topi untuk melindungi rambutnya yang terpaksa dipotong pendek, sebab di sekolah dia memasuki persatuan Tentera Darat. Ha ha..

Makan malam di restoran Idasm, sehari sebelum berakhirnya pesta buku.

Adik saya yatie dari Brunei, duduk sebilik dengan Lizabujang dan kawan-kawannya di hotel. Yatie teringin mahu makan durian tetapi apabila Pak Seyit sudah merancang membawa mereka makan durian selepas balik dari pesta buku, Lizabujang SMS saya tidak jadi pergi, kerana pening. Jadi saya buatkan serawa durian, memandangkan si Atan sudah berhari-hari menyuruh saya membuat serawa durian ini. Jadi kami lari dari kesibukan sebentar menikmati serawa durian yang dimakan dengan pulut. Saya tidak makan, takut lelah saya semakin memburuk. Tetapi gembira bila si Atan makan sampai tiga bekas.

Apa yang dibelek oleh Lizabujang dengan Zul ini?

Menikmati nasi lemak dan serawa durian yang dibawa dari rumah. Makan pula laksa yang dijual di PWTC. Sampaikan, bila habis pesta buku badan saya naik sebanyak 2 kilo..ha ha ha

Antara kerumunan orang ramai. Saya beritahu suami tahun depan kena ambil extra booth..


Teta dengan Atoknya..ha ha..apalah yang membuat mereka berdua bergelak ketawa?


Si minah bunga. Sebelah tu cik Ian yang buatkan bunga ini untuk Teta.

Karipap yang diberi oleh DD darling. Sampai di tangan pak Seyit dengan Ayub. Separuh bekas habis karipap ini. Bila saya sibuk dengan pembaca. Saya tengok tinggal bekas sahaja. Ha ha ha..DD sebenarnya menjalankan perniagaan karipap frozen. Patutlah sedapkan?

Kesihatan saya sebenarnya tidak begitu baik, saya bergantung dengan ubat sepanjang pesta buku bermula. Suami sering memberi semangat untuk saya dan Alhamdulilah, sepanjang pesta buku saya dapat melayan pembaca walau ada kekurangannya.

Adik-adik yang datang ke booth NBkara. Mereka rasanya lebih mengenali Kusyi Hirdan kerana Kusyi menulis buku kanak-kanak.

Macaron yang dibawa oleh Kham. Saya beritahu kham orang yang buat macaron ni gagal sebab macaronnya tidak rata dan ada cinonet di tengah-tengahnya. Ha ha ha. Pandai sahaja saya komen!


 Norhayati Sulaiman yang datang bersama adik lelakinya. Seperti biasa Nor membawakan saya buah tangan iaitu kek lapis buatannya sendiri yang sungguh sedap.

Ha ha ha sesekali si Kham jadi minah bunga...memang lawak gila.

Dua-dua tak ada kerjalah ni! Kusyi juga tidak begitu sihat, kadangkala kalau dia terlampau penat, dia dan suaminya Zul akan menginap di hotel yang berdekatan dengan PWTC. Terima kasih Kusyi dan Zul atas sokongan!


Siapakah yang memakai seluar berbelang-belang ini? Ketika booth NBkara dikerumuni orang ramai, lelaki itu asyik berdiri dan melihat booth kami dan paling seram bila dia merenung saya juga. Alahai.

Oh..pesta buku memang banyak mencatit segala kenangan. Di sini saya memohon ampun dan maaf pada pembaca yang mengunjungi booth NBkara dan mungkin merasakan layanan tidak begitu sempurna dari kami. Kami manusia biasa dan melakukan kesilapan.
Terima kasih yang tidak terhingga dengan para penghujung/pembeli di atas sokongan anda. Moga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan, di PBAKL 2012.

11 comments:

liyana said...

budak rumah sy p pesta buku, bwk balik buku dgn tandatangan akak, suke giler die, hehehe

fifahnazri said...

salam, terima kasih kerana sudi bergambar dengan saya petang Jumaat lepas. Sungguh teruja kerana dapat berjumpa Puan kerana sudah lama saya teringin berjumpa dengan empunya blog ini.. Thanks!

Yan said...

ALHAMDULLILAH...

selamat sudah yee...

INSYALLAH taun depan saya nak jumpa akak lah.. teringin lak.

Hayaro said...

saya pun sempat bergambar dengan kak yati..thn ni sempat 3 kali mengunjungi booth kat yati, harap tahun depan dapat ke sana hari -hari.

mel said...

Saya pun 2 kali ke booth akak, first time beli buku yang dikirim oleh adik saya. Second time saya beli buku untuk diri saya pulak. Insya-Allah tahun depan nak kena ambik Annual Leave kalau ke pesta buku. Weekend tak larat, pack sangat, penat nak redah orang ramai.

dlittlekitchen said...

memang best ke pesta buku, x sempat nk berlama di booth NB, ramai btul orang dan peminat... tp happy sangat...

All the best to NBKara and the team.

nalhuda said...

pergi kali ke2 ke pesta buku tak sempat nak mengunjung ke booth akak, anak dah buat hal sbb ramai sangat orang...dia rimas

idasm said...

puashati dpt borong semua nv akak yg belum dibeli.
tima kasih jugak atas layanan mesra. sempat makan kek sarawak.
tima kasih jugak dtg serang restoran ida.. hehe

tahun depan jumpa lagi.. insyaallah...

Intanaziela said...

kak..tahun ni tak sempat bersembang bagai...kasihan tengok akak yang tak berhenti2 melayan peminat, kami ambil keputusan tak mau kacau..tak sempat nak kasi raisa gomol auntie yatie..insyaallah lain kali kak..terima kasih atas baju2 utk raisa yang sangat cantik..dah pakai pun... :)

GreenJade said...

hehehe sweet nye kakak2 bunge itu ekekeke

puas ati..dah borong sume novel yg terpendam ehehehe

errr...dah penuh sekerat bilik ngn novel2 akak nih..dulu kini n selamanya ekekeke

Zana S said...

ramai betul umat jumaat tu hari.

dalam banyak2 yang menarik perhatian saya apa tau...

mak saya cakap ' pak seyit mcm dah susut bdnnya.'

ekeekke!

mekasih atas layanan mesra kak yati dan kak kusyi. anak saya nak repeat booth akak tak lama lepas kami kuar sebab nak dpt candy pjg tu lagi. aduhaiii!