Kemboja bonsai saya. Berbunga merah
Kemboja cina memang galak berbunga. Hairannya bagi dekat jiran sebelah sepohon meninggal terus..
Tidak tahu apa nama bunga ini...tapi saya tanam juga. Sebab cantik..
Ini Azalea yang ramai orang keliru dengan bunga mawar. Azalea mempunyai berpuluh-puluh spesis
Ha ha tak tahu apa namanya. Hari itu masa saya beli penjual itu ada beritahu saya. Penjual itu sangat baik hati. Seorang lelaki berbangsa cina yang sanggup belikan Qaisara aiskrim bila melihat Qaisara menangis kerana menunggu terlalu lama saya memilih bunga. Pokok ini sudah saya biakkan dan saya beri pada kawan-kawan yang sukakannya.
Bunga kertas berdaun kemboja. Ha ha..
Teka pokok bunga apa ini? Pokok bunga ini satu ketika dahulu amat dekat dengan kitakan?
Salah satu jenis keladi air. Pokok ini diberi oleh jiran cina saya. Asalnya kecil sahaja tetapi sekarang sudah besar dan beranak pinak. Rasanya dah berpasu-pasu saya tanamkan untuk kawan-kawan.
Bunga kemboja lagi..
Rupanya banyak juga pokok di halaman rumah saya. Kalau tidak masakan orang yang membuat rak pokok bunga saya bertanya saya "Kak, akak ni jual pokok bungakah?" Ha ha ha..
4 comments:
salam...wah banyaknya yati bagaikan taman bunga...tanam le pokok bunga kesidang tapi dia memerlukan tempat untuk memanjat....hehehe wangi bunga tu. Hah bunga melur tu kan? wangi alam sekeliling rumah yati...syioknya
cantik2 bunga akk... pandai akk tanam... saya tak pandai tanam pokok... huhuhu
kak..intan minat sangat dgn bunga kemboja tu... nak cari sepokok nak letak kat umah... cantik sangat nampaknya...rasa jatuh cinta..hahaha
tangan sejuk akak ni...menjadi je bila tanam bunga
Post a Comment