Apa benda ni? Ha ha inilah mini pretzels. Teman saya apabila saya menulis dan bila rasa gian nak makan junk food. Sebenarnya makanan ini diperkenalkan oleh seorang teman saya satu masa dahulu. Semasa di Turki pun banyak pretzels ini, cuma di Turki tidak terlalu masin seperti di jual di sini. Makan pretzels ini macam makan card board sahaja sebenarnya. Tidak ada apa rasa. Ada tak ada rasa masin yang menyebabkan kita mahu minum air selalu.
Satu bekas besar sudah makin jauh di dasar di telan oleh perut saya. ha ha. Inilah makanan yang membuatkan presiden Amerika Bush, tersengkak di leher dan pengsan selama 3 jam. Tetapi saya suka sebab tidak ada gula dalam makanan ini. Bagi sesiapa yang terasa mahu makan junk food. Cuba makan yang ini. Mengurangkan rasa mahu makan benda lain. (Iye ke?) ha ha ha
7 comments:
aka..mana beli..atau akak buat sendiri? hehe
umie beli dah..kat shopping ada, tesco rasanya ada..
errr kalu saye..kompem sekali hadap nih kak..keje ke mana ilham ke mana2 pegi nye ekekeke
sabor aje larr :D
masin dan sampai satu tahap mcm makan ranting kayu la kak.. hehehe.....
lain tekak lain citarasanya. :)
saya ni kalau ada makanan depan mata, kerja tak siap tapi makanan habis sekelip mata je.
anak saya sgt suke makan pretzel... tapi yg beli di auntie's anne sebab maknya ini sgt tidak pandai nak buat pretzel. kak yati bagi le resepi homemade pretzel... hehehehe ;)
Salam, kat mana ye nak beli pretzel ni?
Post a Comment